Mengapa Chanel Mahal...

Hi! sekarang tengah gila dok nyanyi lagu Fashion by Lady GaGa. tersebutlah beberapa nama pereka fesyen terkenal di situ yang barangannya boleh mencecah ribuan ringgit Malaysia (takkan mampoo -___-!) Tapi yg xtersebut adalah Chanel. Haa pasal ni la aku nk bercerita..jeng3.. tanyalah pompuan mana pun, pasti tau dan teringin nk miliki barang Chanel ni. Tak kisah lah perfume ke, make-up ke.. kalau handbag lagi2lah nk kan?? I mean.. yg ORIGINAL ok, bkn Petaling Street atau pasar mlm malii.. haiyo..

Dan oleh itu, mari kita mendalami lebih mendalam tentang Chanel dan kenapa ia menjadi kegilaan wanita dari dulu hingga sekarang..Artike ini tentang jaket (kt M'sia jarang lah org nk berjaket kan..huhu) tapi belasah jelahhh..

Jaket pertama Chanel dihasilkan pada tahun 1916, apabila Gabrielle Chanel menggunakan fluid, malleable wool jersey (fabrik yang hanya digunakan untuk menghasilkan pakaian dalam lelaki pada masa itu dan telah mencetuskan skandal apabila beliau menghasilkan sut pertama Chanel degannya!) Ish..ish.. padan la mahal... LoL! Tapi dia buat macam tu disebabkan material yang terhad akibat peperangan, hanya itu yang ada.... Pada masa dimana kebanyakan fesyen menggunakan material keras dan korset, jaket Chanel meninggalkan tredmarknya sendiri dengan mencerminkan keperluan masyarakat yang mana akan memperlihatkan wanita juga akan memainkan peranan besar dalam masyarakat.

Pada tahun 1954, Mademoiselle Chanel kembali kepada polisi fesyen beliau yang ganjil dan menghasilkan jaket daripada fabrik kegemarannya - tweed (kain kapas yang kasar). Dia tidak suka kepada apa yang terjadi kepada dunia fesyen selepas Perang Dunia Ke-2. Wanita kelihatan terperangkap di dalam korset ketat dan baju sendat dengan skirt kembang, stail yang dipopularkan oleh Dior tetapi sangat tidak selesa tambahan pula, kelihatan tidak semulajadi..kebanyakkan wanita tidak mempunyai pinggang berukuran 18 inci dan 40 inci ukuran dada! wow...hehe. Beliau ingin memberikan wanita pakaian yang sesuai dengan gaya hidup aktif mereka; selesa dan stail adalah moto utamanya dan beliau akan memastikan setiap perincian pada jaket Chanel memenuhi kehendak wanita moden.

Panjang lengan baju dan saku perlu menepati kehendak rekaan yang spesifik dan panel dibuat terlebih dahulu supaya jaket sesuai digayakan oleh setiap wanita menikut bentuk badan mereka. Beliau juga lebih sukakan jaket tangan tiga suku sebab boleh menunjukkan gelang kesayangan beliau.... citt.. haha.

Salah satu rahsia jaket Chanel (juga penyebab kepada kemahalannya ;p) adalah terletak pada lining suteranya; ia mengandungi rantai halus yang memberikan jaket tersebut bayangan yang sempurna. Seperti kata-kata beliau " tiada apa yang lebih disukai wanita melainkan dibaluti oleh rantai". Secara teorinya, rantai pemberat menjadikan jaket tergantung cantik dan kemas pada tubuh wanita dan tidak akan hilang bentuk. Chanel merupakan butik fesyen tunggal yang "memberatkan" jaket merekan melaui cara ini.. :)

Rahsia seterusnya adalah panel jaket tersebut. Terdapat beberapa panel di dalam setiap jaket yang dihasilkan untuk memuatkan tubuh wanita dengan sempurna, tidak hanya mengekalkan bentuknya tetapi ia juga boleh ditukar saiz sama ada penambahan atau pengurangan kepada 2-3 siaz! hebat2.. pakaian mana lagi yang begitu fleksible? (padanlah harga dia pun boleh buat beli stok pakaian untuk setahun.. ~,~)

Mme Chanel menggemari riben, mutiara dan sulaman dan mengolah lesemua elemen ini tidak hannya pada jaket beliau tetapi juga barang kemas, beg dan tali pinggang. Mme Chanel sangat menyukai riben sebagimana beliau menyukai rantai. Beliau lebih menumpukan kepada elemen feminiti dan diteruskan oleh Karl Lagerfeld sehingga ke hari ini.

Saga rekaan yang begitu mengkagumkan yang menerangkan bagaimana jaket Chanel dapat bertahan zaman berzaman. Walaupun fesyen datang silih berhanti, namun kajet Chanel tetap menjadi dambaan setiap wanita (kecuali aku kot, haha) kerana gayanya yang anggun dan sukar diciplak.

Hum, maka tidak hairan lah jaket dan segala macam barangan Chanel ini mahalll... hehehehe..Dan yg menambahkan lagi kemahalan sudah tentu jenama itu sendiri. Brand vintage dan asal pulak dr Italy... kt Malaysia jaket tak digilai lah sangat kan.. tp kalau handbag.. ehem, nyum2!

0 orang roxxers:

Post a Comment

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape