Nasik Kandaq





Assalamualaikum semua :)

Sekarang ni aku tgh terbongkang mcm ular sawa kekenyangan setelah membedal nasik kandaq Shariff, Gelugor Penang. Uih, siap bgtau lagi kt mana noo.. haha. kandaq bukan sekadaq kandaq no, ini kandaq ada spesial jugaaa.. ngeh3..

Sebelum ni penah la kan tengok nasik kandaq Beratur (blom penah rasa walau dh berzaman kt penang). tak tau lah sedapnya mcmna dan xpenah lagilah nmpak org Q panjang kt kedai tu. Tapi ini hari machaa, saya mau try itu nasik kandar Shariff juga, saya tgk dia punya 'Q' ayoyoyoo serupa itu org beratur mau tgk itu cerita Transformers 3 jugaaa.. hahaha!

True enough folks! mmg tak expect lngsung.. orang beratur ok utk beli nasik dia. huhu, letih2 pun Q jugaklah nk rasa punya pasal kan... huhu. Rupa2nya beratur panjang ni memang dh jadi satu fenomena biasa kt sini.. huhu kesiannya aku kan. Kenapa, Mengapa, Apakah yg membuatkan org sanggup beratur panjang untuk sepinggan atau berpinggan2 nasik?? Jawapannya? jeng jeng jennggg... haahaha.

Faktor utamanya mustila sebab dia sodappp banget! Ok lah kot kalau nk dibandingkan dgn Kassim Mustafa (KM). Jangan marah ya pak kassimm..ngeh3.. satu lagi, harga dia mmg berpatutann dan boleh dikatakan murah untuk nasik kandaq. mcm aku, ambik seketul ayam campur dengan acar timun dan nenas baru RM4.00, kalo kt KM baru ambik ayam seketul SAHAJA dh kena RM5.00! huhu... (pak Kassim kata tak abeh2 nk kondem aku).

So, sapa2 yg plan nak mai Penang, jgn lopa masukkan nama Nasi Kandar Shariff ke dalam menu ehh eh, silap, ehem! ke dalam list "must go n' try" anda! heheee.. lepas tu blh judge sendiri okeh? nsik ni bukan sekadar satu Malaysia (Chinese, Indian, Malay sgt suka) tp satu benua juga kalu (Nepal Bangla, Pinoy, Indo puuun suka juga macha) hm, satu alternatif lah kan bagi sesapa yg dh jemu makan nasik kandaq di 'chain-restaurant' spt Pelita, Khaleel dan KM (ok! ok! cek stop dh nii, jgn hambat cek pak kassimmm!)

Jangan dok kata cek promote ni ada apa2 ka? sebijik nasik pun cek xdpt aihh. hehe, sebenaqnya kan, tak payah promote pun dh tak menang tangann...
tak gitu pak Shariff? wink3! Sampai bertemu lagi y'olls!

0 orang roxxers:

Post a Comment

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape