Pengalaman VS Kelulusan


Sekarang ni bilangan siswazah memanglah berlambak-lambak sampai melimpah ruah tak dapat dibendung. Hehehe... Siswazah pulak ada macam-macam perangai dan 'cakadak' masing-masing. Ada yang choosy, ada yang ok je kerja apa pun asalkan halal (bagus diorang ni).

Tak kurang jugak yang naik hantu bila warga-warga emas masih belum 'dibenarkan' bersara. Ada sorang kawan mengeluh, "dok simpan orang tua-tua je, abis yg muda-muda ni nak keje ape?" Gulp! Memang agak pedas tapi padanlah dia pun memilih pekerjaan, baru grad dah nak keje pangkat tinggi, memang kena tunggu bapak dia bukak kompeni dulu lah jawabnya! Huhu..

Setengah orang memang susah sangat nak paham, atau buat-buat tak paham bahawa pengalaman itulah yang dikejar oleh majikan! Nak kejar graduan buat apa kalau dh berlambak2 dalam pasaran, lainlah kalau pointer tu bombastik atau jurusan yang diambik tu kritikal (grad je terus disambar). Makanya, sebab itula kita kena keja dulu, tak kisah lah keje apa pun kan janji dapat pengalam. Biarlah kita bermula daripada bawah, asalkan kita akan berada lama di puncak nanti, jangan jadi cam Mawi AF, cepat sangat berada di puncak, cepat pulak jatuh berdebuk! Oppsss.. Hehehe..

Kat sini ada satu cerita menarik tentang pengalaman dalam kerja dan mengapa mereka begitu berharga..


Insiden berikut adalah tentang kegagalan enjin kapal yang sangaaaaatlah besar berfungsi. Tuan kapal tu dah try bermacam expert untuk tengok apa yang tak kena dengan kapal kesayangannya tu. Tapi sorang pun tak macamana nak baiki enjin kapal tu.

Kemudian, pekerja dia ni bawak sorang tua yang dh lama baiki kapal, sejak zaman dia muda-muda lagi. Orang tua tu bawak beg punylah besar bersama-sama dia dan bila dia sampai, dia cepat-cepat memulakan kerja. Dia check enjin kapal tu dengan cukup teliti dari atas sampai bawah (tak tau lah enjin kapal tu besar mana).

Tuan kapal pun ada jugak kat situ, tengok je orang tua ni wat keje. Berharap sangat-sangat dia dapat baiki enjin kapal tu. Selepas tengok, check sana sini, orang tua tu bukak beg dia dan keluarkan satu tukul kecik. Dia ketuk sikit dekat something dalam enjin tu. Tiba-tiba je enjin tu terus hidup dan dia pun simpan tukul dia tu. Enjin dan dibaiki! Seminggu kemudian, tuan kapal tu terima bill dari orang tua tersebut yang berjumlah $10, 000.

"Apa?!" kata tuan kapal. "Dia bukannya buat apa sangat pun!" Lalu dia pun tulis surat kepada orang tua tu supaya dia perincikan apa yang dibillkan tu. Orang tua tu pun hantar sekali lagi bill yang bertulis:

Ketuk dengan penukul : $2.00
Tahu di mana nk ketuk: $9,998.00

Wah, kelesss pak cik tu punya ayat. Ala-ala iklan Master Card gitu; know where to tap: priceless. Cheewahh! Cayalah pak cik! Phew, rasa macam baru lepas bacakan bedtime story untuk bakal anak je.. khi hi hi hi~

So, sekarang ni jelas dan terang kan kenapa pengalaman dan pengetahuan tu penting? Moga-moga cerita kat atas tu dapat dijadikan ikhtibar kepada encik2 dan cik2 graduan termasuklah diri saya seniri. Huhuii.. Tak payah lah bangga sangat usung ijazah ke sana sini kalau kat 'dalam' kosong. Zaman berbangga dengan sekeping ijazah dah berlalu.. kalau 30 40 tahun dulu lain lah tapi sekarang.. teng teng teng.. Ahaks! Jadi, sudah-sudah lah salahkan pihak sana sini bila diri sendiri gagal utk dapat keja. Nak menunggu SPA je susahlah. Bak kata pepatah, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pergh, rasa macam Karam Singh Walia kejap. Hahahahaha! Motifffff

0 orang roxxers:

Post a Comment

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape