Antara Spender Lelaki Dan Babi

Okeh, yang ini memang pelik dan langsung tak leh blah! Para lelaki Brussels digalakkan tidak berseluar dalam pada hari Jumaat oleh kumpulan pencinta haiwan. Motifff?? kumpulan tu melancarkan kempen pelik tapi benar ni sebab nak menyelamatkan anak babi daripada dikembiri atau disembelih sebelum matang, kot. Hahaha! Aku pun tatau apa rasionalnya spender dengan menatang babi ni.

 Sejumlah lima juta anak babi dikembiri di negara itu setiap taon. “Melalui kempen “‘Let’em hang!’, kami mahu meyakinkan penternak untuk tidak kembiri anak babi,” kata kenyataan Gaia, kumpulan pencinta haiwan. “Kami harap ramai yang akan sertai kempen ini supaya pasar raya akan berhenti menjual daging anak babi yang dikembiri,” kata Michel Vandenbosch.

Pastu pasaraya pulak rugi sebab jantan semua dah tak beli spender lagik. Hak Hak!

5 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape