Jom Kenal Babi Seriously

Mencekik, mengketedarah, makan, selalu kita buat hari-hari kan, tak kisahlah apa pon istilah yang diguna. Tapi, betul ke kita betul-betul tahu apa yang kita telan? Wajib tahu wooo sebab ia bakal menjadi darah daging wooo, omputeh cakap ''you are what you eat!''

Semua dah sedia maklum kot yang binatang yang bernama khinzir a.k.a babi nih senang nak dibela dan boleh kata 100% boleh digunakan dlm produk. Dari kulit, taik, darah, lemak, tulang, semua boleh guna! Yuckssss!

So, malam ni aku nak ajak korang kenal istilah makanan yang berkaitan dengan babi. Yang dah tawu tu apesal diam je? Gitau la orang laen jugak. Heee cam baikk sangat aku pon. Okeh, time untuk bahasa serius-serius (muka ketat).

 Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine'. Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi'.

Jom kenal satu satu antara istilah-istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur menatang babi:

 
- Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. Korang dah biasa kan dengan sign 'strictly no pork' tapi hati-hati jugak sebab kadang-kadang nipu je lebih..

-Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi  dan yang sama waktu dengannya. Tak kiralah cucu ke, babi bawah umur ke. Nampak je pekataan ni, pay attention!

-Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. Dah cukup matang untuk diproses (muntah hijau)

-Babi liar. Berbulu gelap, bulu tu memang best dibuat berus lukisan dan berus cat, kata tokey kedai cat, Ah Keong (bukan nama sebenar)

-Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun. Elakkan beli sabun yang ada lelemak binatang, even lemak harimau pun, jangan beli. Jijikssss ok, nanti tak gojes & osem.

-Daging haiwan yang disalai, termasuk babi. Omputeh selalu bekfest makan menatang ni, nipis-nipis gitu, bila masak ala-ala kepok leko garing. Kah kah kah! Errr..

-Daging pada bahagian paha babi (sila hati-hati dengan hamburger ok).

 
-Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan) Jangan guna untuk gelarkan orang pompuan pulak, tak baek taw.

-Susu babi. Yang pasti, bukan soy milk.

 - Kalau tak tahu saja sangat la wehh.. Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, belom akil baligh lagi, berat kurang daripada 50 kg.

-Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. AWAS!

So camana? Rasa-rasa pernah tak TERmakan benda-benda ni semua. Diharapkan JAKIM lebih telus dan teliti dan siasat habis-habisan semua benda yang berkaitan dengan babi nih. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati.. Moga Allah SWT memelihara kita di dunia dan di akhirat.


P/S: Ilustrasi sekadar gambaran kasar, untuk imej yang lebih skema dan tepat, sila tanyakan kepada Encik Google :)

7 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape