Frust Exam & Bunuh Diri


Morning peeps! Sekarang ni kan musim orang amek exam, tak kisah lah student universiti ke, sekolah jenis kebangsaan ke. Result STPM pun dah keluar aritu, so congrats kepada adek-adek yang berjaya, weeee! Tapi tak kurang jugak yang frust menonggeng, tulah orang suruh belajar degil! Heee, gurau je kay.. Jangan wat perkara yang bukan-bukan dan ditegah agama seperti membunuhkan diri sendiri.. Semua tawu kan yang nyawa kita amat berharga dan hanya Allah S.W.T yang berhak mengambilnya bila tiba masanya...

Pepagi ni dikejutkan dengan berita student USM yang membunuh diri berkemungkinan disebabkan kecewa dengan result exam dia aritu.. Alahai cik abang, Takkan lah sampai macam tu sekali, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Tengok dari gambar dia pun aku tawu yang dia tak gagal, cuma maybe expectation dia tinggi sesangat ataupun dia dah study giler babas punya tetiba dapat result yang tak seberapa. Syukur bukan orang Islam yang buat kerja-kerja macam ni..


Tan Chee Boon (22) dijumpai mati lepas terjun dari tingkat 10 apartment Subgai Dua. Sungai Dua??? Pergh, memang tempat tumpuan student termasuk aku dulu.. Hee tak sedap betul bila kuar cerita macam ni, nasib aku dah grad, hehehe. Berita penuh kat SINI.

Sigh, buat adek-adek yang masih belajar dan abang kakak yang sambung study ke hape, tolonglah be rasional. Study smart! Dan sebagai muslim, kita boleh berdoa, bertawakal setelah berusaha, merintih kepada Allah supaya permudahkan setiap urusan. Jangan sesekali bottle-up atau simpan setiap masalah, cari kawan-kawan yang boleh pakai untuk sama-sama kongsi atau jadi pendengar.


Mintaklah kaunseling kalau stress sangat. Aku pecaya setiap sekolah, universiti ada unit kaunseling. Buang mentaliti dan stigma tentang kaunseling jauh-jauh. Yelah, orang kan selalu anggap budak-budak yang kena kaunseling ni bermasaalah. Tapi tak semestinya okey? Kadang kita perlu nasihat tak kisahlah tentang akedemik ke sosial ke, wateva. Kalau di USM, aku sarankan jumpa Dr Affendi dari School Sains Kemasyarakatan (beliau ngajar aku Pscychology dulu). Serius weh dia macam kawan-kawan je, even aku dah abes study aku still keep in touch lagi. Pengalaman dia sngat luas dan menarik, pecayalah wahai budak USM yang baca entri ni, korang boleh cakap apa saja dengan Dr Affendi. Apa-apa saja! Rasa rilex giler lepas tu :)

Ingat, semakin kita menginjak dewasa, cabaran dan tanggungjawab yang lebih besar menanti, ceewah! Tapi betul lah, kalau dengan exam pun boleh stress sampai cenggitu sekali... 

9 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nice entry!

    Semaken kita menginjak dewasa, cabaran & tanggungjawab yang lebih besar menanti. <---- Suka ini!

    Totally agree! :)

    ReplyDelete
  3. Heee, thanks! ^__^
    sebb tu kita kena persiapkan diri awl2 kan :)

    ReplyDelete
  4. @Gadis: yup3 USM school of management, hee.. batch 2007

    ReplyDelete
  5. Alahaai macam2 lah sekrang ni :|

    ReplyDelete
  6. NEWEST UPDATE (!) 90++ ORANG TELAH JOIN GA CIK FIE . ANDA BILA JOIN ? :)
    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/peserta-random-giveaway-by-cik-fie_26.html

    ReplyDelete
  7. br terjah cn sbb dicadangkn...sempoi blog roxx :)

    btw,stadi usm dlu eh???tol 2.dr.affendi mmg sempoi

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape