Pabila Boss Ber'trolling'


Hai hai, bersempena dengan cuti umum pertabalan diraja ni tetiba rasa rindu lah pulak nak kerja. Motippppppp??? Hahaha ok, seronok pulak rasa bersesak dalam jem pepagi bertemankan driver-driver Penang yang memang diakui ohsem sejak 1986.

Hokay, harini tetiba jugak aku rasa rindu dengan bos aku yang sorang tu. Motippppp?? lagik. Eksheli aku tatau nak buat apa cuti umum ni. Tengok siling, tengok dinding, pastu nampak cicak wat pis kat aku dan dengan tiba-tiba aku rasa rajin nak wat entri. Thanks cicak walaupun aku geli dengan hang.

Korang ada bos kan? Yang still study dan kerja seniri tu tak yah sebokkk... Hahahaha. Err cemana karakter bos korang, happening? hey-pening? tegas? amanah? gatai? dan aku rasa mesti separuh rakyat Malaysia akan jawab annoying, yaaaa annoying sebab apa? Sebab dorang bos lah! Untunglaaaa kalau bos hired korang untuk duduk saja ngadap facebook kannnn. 

Bos aku suka trolling, yaaaa suatu trend yang tak asing lagi masa kini. Apatu trolling? ntah aku pun tak mampu nak bagi maksud yang spesifik, cheyyyy. Tapi bila korang tengok perangai bos aku kat bawah ni korang mesti akan paham sikit sebanyak... Err

Jadik orang lalu lalang
Bila aku asyik melekat je kat depan PC mula lah bos aku tu mundar mandir kunun jadik orang lalu lalang kat pasar tani. Ekspresi muka cam tengah memikir, ye dokkk. Alasang je semua tu nak pastikan aku tak 'mengular' ke laman-laman sosial. Ceh, aku mengulo jugak lah bos. Aku bukak kecikkk je windownya ha, keh keh keh rasa best lak kan bila nampak cam tekun dan gigih bekerja dengan ekspresi muka yang ketat padahal tengah sibuk mencurik segala tulang temulang :p 

Tak boleh tengok orang senang, Apa pun tak boleee
Nexxxtttttt, bos aku cukup pantang dengan meja yang bersih, licin berkilat sehingga menciut. Cepat aje dia kasik kerja yang berlambak. Aku kadang naik heran macam mana dia dapat kumpul kerja banyak-banyak. Naik angin pun ada. Yelah, time meja aku bersepah dia suruh kasik clear, bila dan clear dia kasik kerja bagi sepah balik, memang fffffffffffffuuu habis! 

Reminder  bergerak yang mencengkam
Bos aku juga terkenal dengan sifat 'prihatin'. Tengah kita dok ketaq kepala buat kerja boleh pulak dia datang jadik remider bergerak ingatkan itu ini sampai aku jadik nebes. Terbantut kejap napsu nak berfacebook bila teringat ada deadline yang perlu dikejar. Aaah deadline, apesal aku perlu kejar-kejar engkau tiap masa? Tak boleh ke kau duk diam?? Pastu pulak bos aku suka bagi deadline palsu, suruh siapkan arini urgent kunun tapi gunany next week. Mentallllahh. Suh-amah-zingg.


Ya, beliau juga sangat berdedikasi tanpa mengira tempat  dan cuaca. Kalau datang dia punya hyperactive habis hidup aku diganggu  gugat. Tak cukup siang, malam pun dia bagi aaaaaaa. Tak boleh ke enkau tunggu esok bos? Tinggal berapa jam je lagik pon kau nak hadap muka aku. Konpius aku apa dia buat tetengah pagi tak tido2, baru lepas proses menambahkan rakyat jelata kottt. Gudnight?? smiley?? Watepakk.. Ehhhh aku macam ternampak2 muka Mr. Troll tengah tersengih kat skrin fon tu. Untungla bos sebab telinga aku dah terbiasa alert dengan sebarang bunyik fon waktu tidur. Err yang dipegang tu henfon tau, bukan kad kelinik kesihatang (blushing).

Haaa banyak lagilah sifat anoying tapi kalau nk senaraikan sampai minggu depan pun tak habis. Apahal pun syukurlah bos aku tu troling je takde nak mintak atau buat yang bukan-bukan dan kadang-kadang memahami jugak aku ni, heheheeee sayang bos ketat-ketat!

p/s: Kerjalah dengan iklas supaya rezeki berkat :)

9 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. haha! hadui.. beliau mmg sgt berdedikasi!

    btw, Mr.Troll klu bce yg "sayang bos ketat-ketat mesti dy suke.. ^^'

    ReplyDelete
  2. troll boss balik.

    mcm kenal bear ;p

    ReplyDelete
  3. hahaha harap dia tak baca part tu :p


    one fine day encik bos bakal di troll balik, muahaha!
    hee ;p

    ReplyDelete
  4. macam comel pulak cerita ni . haha ^_^

    ReplyDelete
  5. haha siot je perangai bos
    eh terkutuk pulak -,-

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape