Kisah Si Ikan Karin



Ahem2, pekabar semua? Sehat? Mata sehat tak? kalau sehat mohon baca entri aku, muehehe. Harini aku nak bercerita pasal kisah aku puluhan tahun nan silam, ceh rasa macam nenek kebayan pulak tuanya. Memandangkan entri kisah silam aku Kisah Si Parit-Parit dah banyak buat korang sedih, kali ni dan seterusnya aku takkan tulis yang sedih2 lagi. Childhood means something cheery and sweet, peh kemain aku speaking omputeh, main hentam cromok jep.

Padahal sebenarnya aku dah segan nak suruh makcik cleaner datang cuci blog aku ni, menjejel2 segala macam air korang kat sini, main2 calit2 je kan hingus korang kat dinding blog ni? Ok, sudah sudahla part jijiks. Lagi sekali aku nak cakap yang aku bukan typo tentang tajuk entri ni. Ya, ikan karin, bukan ikan kering mahupun Maya Karin. Eksheli, aku nak letak tajuk "Anak Ikan Maya Karin" sebenarnya, tapi mengenangkan yang aku ni takde duit untuk bayar saman nanti, hasrat tu ku matikan serta merta.

Jadah apa ikan karin ni? Dan yang pasti jugak beliau bukanlah blogger kaki tulis Ik Hanif, tetapi panggilan manja untuk Ikan Laga kat kampung aku. Tapasti pulak adakah panggilan ikan karin ni universal untuk wilayah utara. Korang mesti kenal kan ikan laga. Kalau tak kenal, sila duk tepi, sudah pasti zaman kanak2 korang amat membosankan, muehehe.
Aku dan Batman, si ikan karin yang paling hemsem pada zamannya.
Ok, aku tanak cerita pasal ikan karin yang dibeli kat kedai. Tak adventure, tak roxx, tak mantopp, tak halal, ehh. Aku nak cerita pasal ikan karin yang ditangkap hidup2, muahahaha cam ganas bunyiknya kan? Dah kuakui, aku memang berperangai jantan sikit time kecik dulu, maklumlah, pengaruh rakan sebaya, ehh. So, masuk keluar hutan tu perkara biasa. Perkara luar biasanya, apabila kakak pakaikan aku skirt pink secara paksa.

Selalunya kalau datang musim gila ikan karin, kawasan yang jadik tumpuan mestila kawasan paya yang ada pokok nipah. Pokok nipah pun tak tau? Nira nipah tau pulakk, ahh pi google jelah aku malas nak letak gambar :p Kat parit permainan aku pun ada jugak, tapi sangat rare lah nak dapat. Kalau kat celah pokok nipah memang ramai kaum kerabat ikan karin di situ. Mak aku cakap, maybe sebab celahan pokok nipah tu sejuk dan redup. Ikan karin ni tak berapa suka cahaya sangat kot, ala-ala vempire gittew.

Kebanggaan aku sampai sekarang adalah apabila aku tangkap ikan tu guna tangan je tanpa guna penyauk mahupun penapis. Pulak tu, dapat ikan karin jantan yang warnawarni. Pehhh bangga gila. Sampai sekarang idung aku kembang kempis mengenangkan detik2 cemas itu. Buat yang tak tau, ikan karin ni special sikit sebab kalau kena tangan maknusia, otomatik badannya akan jadik pucat lesi.

Nak kenal ikan karin kampuang ni senang je. Yang gelap jantan, dan yang cerah betina (biasanya kaler coklat) yang betina tak menarik, tak cantik, tak seksi, ehh. Kira berlawanan lah dengan fitrah manusia sebab ikan ni yang jantan yang cantik, awwww. Ok, dekat-dekat dengan rumah aku dulu ada satu asrama pompuan. So ada lah 2 3 pat lima orang yang nak jadikan aku adik angkat mereka2. Tak pasti motip mereka, adakah sebab kecomelan aku ataupun saja nak ngorat abang aku, muehehe.

Aku bukan ambik port sangat sistem angkat-berangkat ni, aku dah ada pat orang abang dan pat orang kakak, sesungguhnya aku da lemas dalam kasih sayang abangkakak, muehehe. Penah jugakla dorang joing aku pi tangkap ikan karin. Dorang tangkap tak? Puii, haremmm, baru di tackle pacat dah terjerit2 cam kena rasuk. Kerja aku pun tak jadi sebab kejap2 kena buangkan pacat untuk dorang. Hampeh.

Gaya aku mendera pacat yang tak bersalah
Sebab boring dan tension tadapat tangkap ikan, aku main2 pacat tu, aku gentel2, tarik2 pastu campak ke dalam paya. Mau aje aku campak ke dalam mulut kakak2 tu yang terjerit2, tapi takut jahanam anak dara orang  pulak karang, muehehe. Eh tetiba rindu la pulak nak nengok pacat. Balik kampuang itu hari, ada jugak ngintai2 dalam semak, tapi tadak pong, dah berhijrah ke bandar kot.

Memang tersenyum puas bila usha deretan balang horlicks yang mengadungi hasil-hasil tangkapan aku, pehh rasa cam nelayan pulak. Oh ya, aku cukup suka guna balang horlicks atau nescafe untuk wat aquarium ikan2 tu, ntah lah kenapa. Maybe sebab balang tu kaca kot, atau sebab aku tak minum dua jenis minuman tu, muehehe. Pastu diantara balang2 tu aku letakkan kadbord atau2 apa2 penghadang tak kasi they all stare at each other gittew. Motipnya takot nanti mati pulak asyik nak berlaga je 24 jam.

Aktiviti turun ke dalam bendang/sawah pun ada jugak. Bukan untuk cari ikan, cari ikan tu musim lain. Ni turun untuk kutip lumut atau rumpai air yang cantik untuk jadik hiasan dalam balang ikan karin. Tak main la yang plastik2 ok, tak neutral beauty gitu. Aku jenguk gak ke dalam bendang balik haritu, tapi tak nampak batang hidung rumpai pun. Maybe dah makeover jadik benda lain kot, muehehe.

Batman, ikan karin kesayangan aku tu suka mencekik nyamuk. So memalam time tengok t.v, aku bawak dia letak kat sebelah aku. Sambil nonton aku tampar nyamuk2 yang hinggap dan campak ke dalam balang Batman, ngap2 dia telan. Sampai tidur pun aku nak bawak Batman, tapi jelingan tajam dari mak membantutkan napsu, karang tumpah, basah tilam aku nak tido mana pulak, hewhewhew :3

Ahh dah panjang macam karangan budak sekolah peralihan dah entri ni. Takmo korang boring, nanti aku sharing2 lagi yep. Buat yang childhood macam aku, korang memang osemmm! :p
  

28 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. <--- anak ikan babyzyrang tetiba hheehe

    ReplyDelete
  2. yang siam punya lawa lagi kot. ke tak

    ReplyDelete
  3. diam2 sudah la jajam oihh =.=

    yang siam susah, nk kena pegi siam pulak dulu :p

    ReplyDelete
  4. ko tgkap ikan guna tgn, aku tgkp berudu guna tgn. lagi adventure :P

    ReplyDelete
  5. ehh..tempat wa panggil ikan karim..serius weh..pebret wa kot dulu ikut sdara tangkap sendirik kat lubok..kalo kalah di panggil dah bacol..perggg..mengimbau~

    ReplyDelete
  6. hahahah, bukn takat ikang, ular pun penah tgkp pkai tgn, wa ingt ikan haruan, demmmm mkn pkai sudu seminggu =.=


    bhahahaha ikan karim? mcm khusus utk org yg bernama encik karim je kan? :p

    ReplyDelete
  7. panjang sungguh citer ni doe..

    ok,nanti esok aku sambung bace,,jajaja :)

    ReplyDelete
  8. wa dulu time kecik panggil ikan baim. akakaka:))tp tgkap gune penapis mak kat dapur la.:))

    ReplyDelete
  9. wa zaman dolu2 suka jugak ikut abam2 g tgkap ikan nih. tp, wa x berminat pong nk bela.

    tp kuasa dua, wa geli pacat wehhh! kahkah. smpai skang pon wa geli. eyek! -_-

    ReplyDelete
  10. hahahaha baru wa tau mcm2 pnggilan mnja natang ni :))

    ReplyDelete
  11. wa dtg nk check karangan sedey lu....dapat B+ je nie...hehhehee...

    #jgn marah...nnt xcute#

    ReplyDelete
  12. ok lettew bagi budak peralihan, mcm dpt A+++++ hundred pllus :p

    ReplyDelete
  13. Hehe.. Zaman kanak2 memang seronok.. Selalu gak jadi kaki nyibuk ikut abang & the geng.. Aktiviti budak laki biasalah, lastik burung, jerat burung, mandi sungai, main lawan2, main panjat2 bukit & redah belukar pastu buat pondok.. Macam2lah.. =)

    ReplyDelete
  14. kat umah banyak, ayah bela. macam jenis kaler ada, hehe

    ReplyDelete
  15. hee berani dia pegang pacat errrk

    ReplyDelete
  16. hebat la pacat kat 'kampuang' ang... boleh maen2 hijrah ke bandaq plak... muehehe

    ReplyDelete
  17. pernah bela 2 ekor ikan karin dan mati sebab tak cuci air selama 3 hari.. hahaha.. lepas tu tak mahu bela dah fobia :P

    ReplyDelete
  18. kah kah...lu pun ada bela gak ka?
    dulu ikan karin memang wa buat belaga sampai mati..kah kah..(jahat giler wa)

    ReplyDelete
  19. hmmm.. ikat karin tu ikan laga ka..?? xpasti lak...

    n tb2 ad pacat.. rumah anda kat mn ye.. heee

    ReplyDelete
  20. aku dulu pon tangkap jugak ikan ni kat bendang2 (sawah org KL panggil..haha)..jap2..pacat ke?..aku rasa lintah kan yang dimaksodkan kat atas..hehe..just pertanyaan..hehe

    ReplyDelete
  21. hehehememang pacat. kalau lintah lagi besar dan hitam dan gemuk dan sgt susah nak buang kalau da melekat, huhu =.=

    ReplyDelete
  22. kat kg den panggil ikan pelago..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape