Kisah Si Parit-Parit


Hi semua! (yelah hai lah kau sesorang tetengah malamni) Ahh tak kisah la sebab aku dah lemas dalam kenangan ni. Peh, ayat tangkap leleh seketoi. Sila harap maklom bahawasanya tajuk di atas bukanlah typo (apa ingat aku gegel sangat ke sampai nak 2 kali typo :p)

Eh macam banyak je parit yang nak aku ceritakan ni. Sebenarnya satu je, saja aku gandakan kasi cantik ala pari-pari. Ok, mengarut sudah. Tak kisahlah yang pasti malam2 minngu nan syahdu ni aku tetiba teringat kat parit sebelah rumah aku kat kampung.

Jangan nak memacam, parit tu bukan longkang ok, ia satu sistem saliran air dari sawah. Takde taik kat situ. Air dia sejernih jeram atau air terjun, tapi tak lah sejuk sangat, ikut keadaan. Tengahari rasa suam2 gitu. Memang aku selalu lah lepak situ. Nak2 pulak musim hujan sikit kaan pehh air makin banyak sampai melimpah2 ke ladang jagung. Tapi tak sebahaya sungai, kiranya parit ni mesra bebudak dan manja2 gitu (parit manja? pelik2 lah kau ni zyra).

Air dia memang jernih habaq hang. Memang nampak segala macam batu kat bawah. Anak2 ikan tengah bergumbira pun boleh nampak. Kadang boring aku duduk sambil celup kaki ke dalam air, best je rasa anak2 ikan bergesel dengan kaki. Pernah sekali abang aku tercicir duit syiling, berterabur semua dalam parit. Selamba je boleh kutip macam terabur atas jalan. Kalau kat parit bandar? Jangan haraplah, nak sentuh air tu pun aku akan fikir patbelasratus kali.

Parit tu jugaklah tempat aku dan kengkawan main lawan sampan. Malas nak buat sampan pakai kertas, kitorang pakai daun, bunga atau apa2 je yang ringan dan terapung. Bersorak riuh rendah suruh "sampan" memasing laju. Paling celaka bila sampan tersangkut ke ranting dan kena tinggal jauh, huuu. Aku suka guna bunga seroja yang dikutip kat tepi parit, wangi, laju.




Bukan aku je yang teruja dengan parit ni bebudak lain kat kampung aku pun sama. Kiranya jadik port bebudak melepak dan mempraktikalkan kenakalan memasing. Teringat lagi trick aku untuk berenang dulu. Aku sengaja basahkan sikit baju atau seluar yang dipakai kendian pergi gtau mak aku yang aku da basah dan mak aku pun cakap "hmm dah basah pi la main terus".

Ahhhh betapa nikmatnya sebaris ayat tu bagi aku dulu. Apalagi, yippi agriba2 andre2 lah aku berlari terkedek2 terjun ke dalam parit bersama2 kengkawan yang "terbasah" jugak. Tapi trick tu tak selalunya menjadi, huhu kengkadang mak aku pun da naik fedap. Mana taknya, asyik kena basuh baju berbaldi2 gara2 aku, huu. Paling best musim hujan lah (macam ayat ulangan je) sebab banyak anak2 ikan yang berpesta.

Aku and the geng pun turut sama berpesta menyauk ikan. Habis penapis santan mak aku diseludup untuk sauk ikan. Ada anak ikan bulan, ikan temberas. Paling osem kalau tersauk anak ikan haruan yang kaler merah, pehhh bangga wooo boleh cakap besar dengan kengkawan. Dapat anak puyu pun ok, comel je ^__^ Dan musim hujan jugaklah mak aku tak menang tangan berleter, asyik main je 24 jam satu keja apa punn tak buat. Tension dia dapat anak pompuan tapi berperangai agak jantan, huu.  Tahan jugaklah telinga dibebel, mujur ada ayah tolong bekap :p

Pernah sekali Tok Pah, jiran tetangga aku meletak ranting buluh yang berceracak ke dalam parit, motipnya tak bagi bebudak berenang. Risau sangat cucu dia asyik berenang, takut lemas. Time tu, aku tarik muka lapanbelas. Potong stim beteilah! Tapi petang tu, abang2 yang agak senior dari aku datang dan alihkan sebab diorang pun nak berenang, hoyehh! Waktu tu, aku rasa macam diorang lah manusia paling gagah, segagah Superman :p

*****

Harini ni, parit tu dah tak macam dulu. Dah tak mengalir manja, dah tak dihirau orang lalu lalang. Dah tak dihiraukan oleh aku jugak... Kata orang lama: tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Maaf parit, kengkadang aku pun jadik macam orang lalu lalang tu, megah melintas engkau tanpa sikitpun menjeling, sibuk dihanyut arus kemodenan dan tak betah lagi diapung manja oleh kau parit.

Makin hari makin kontang. Sekarang hanya tinggal dedaun kering mereput di dasar engkau yang pernah jadik tempat bermain sang ikan. Kampung aku tak lah pulak ada kemajuan yang pesat sampai terjejas ekosistem. Entah, kengkadang aku terfikir, mungkin parit kontang merajuk sendiri sebab dah tak dapat kasih dan perhatian bebudak kampung. Budak sekarang dah tak perlu parit untuk main. Sekarang ada Facebook, Twitter, PSP, takkan setanding parit.

Lama aku termangu di tepian parit hari itu. Bagai melawat kawan lama yang dah lama tak jumpa, padahal selalu je aku lalu situ. Segala macam kenangan aku diparit terapung2 di permukaannya yang sepi. Deruman motor mat rempit bawah umur mengejutkan aku dari lamunan panjang. Mengeluh, aku bangun. Sebelum berlalu sempat ku bisik ke parit: "kita semakin tua", bunga seroja di tangan ku campak ke dadanya yang kosong.

P/S: Lupa nak pesan, mohon baca sambil dengar lagu 'Sungai Lui' by Aizat Amdan
  

16 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. ang ingt tak? masa tu kita mandi2 kat parit tu..ang yg ajak guwa mandi masa tu...ahaha..(melawak jew) :)

    ReplyDelete
  2. seronok bace last2 sad ending la pulok. hahaha

    ReplyDelete
  3. cter yg sgt sweet!!sb uni pon penah ada parit gak dlu..huuuuu

    skg dh lama x g kat parit 2...sob3~

    ReplyDelete
  4. masa kecik fiza pun suka sangat masuk parit.. tangkap anak ikan.. memang betul kalau sesiapa dapat tangkap ikan yang besar, boleh cakap besar sampai ke esok.. hekhek.. mmg best sangat bila ingat semula kenangan lama.. :) sedih plak baca ending..

    ReplyDelete
  5. dah abis baca baru nak suh dgr lagu sg lui tu... lenkali letak atas skali, bru aku boleh search kat utube awai2...
    *ingtx masa kat kpg dulu, kat parit simpang 3 kitamandi sama2 sambil ber bog**... hihihi malu pulak nak cter....

    ReplyDelete
  6. ala... apesal mcm touching baca entry ni eik? hahha

    ReplyDelete
  7. kisah si parit parit pon buleyy. hihi

    ReplyDelete
  8. rasa nak terjun parit je baca entry nih...sedih siot...feeling lak pepagi ni...heheh

    ReplyDelete
  9. jgn la sedih2, xtahan nk mmbacenye

    ReplyDelete
  10. neeno neenoo! pin pin! roxx datang bawak tisu utk semua.


    hahahahaha tak sangka ada perasaan jgk korang ea, muehehe :p

    ReplyDelete
  11. geng parit sudah mari...bhahah...




    tetibe aku teringat parid kamil...bhaha

    ReplyDelete
  12. NEWEST UPDATE (!) 90++ ORANG TELAH JOIN GA CIK FIE . ANDA BILA JOIN ? :)
    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/peserta-random-giveaway-by-cik-fie_26.html

    ReplyDelete
  13. mesti mndi parit xpaka apa2 ni ..haha ..masa tecik mmg indah kn :) hmmm..

    ReplyDelete
  14. itu semua zmn kita muda mudi dulu :')

    ReplyDelete
  15. Even sad story, suka baca entry ni. Chill =D

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape