Paper Bag Yang Ohsem!



Haip, tetengah hari buta yang panas terik ni kan, aku terasa nak post entri pulak. Berdedikasi tak aku? Orang tingin nak minum air kelapa dara muda, aku pulak terasa nak post entri, bangga2. Kembang kempis idung penyek aku ni. Okay tapayah teruja sangat, kali ni takde contengan kartun seperti selalu (eceh, ayat bajet2 hot setap)

Well, hujung2 bulan ni pepaham jelah kaaan, gaji sedang mengalir masuk dengan lemah gemalainya uolsss, yang setadi tu tayah kelam kabut pi cek akaun okeng. Bila gaji masuk ni memasing sibuk nak bersopim-mopim sampai pingsan kat eskelator. Yang kaya dengan paper bag berjejel sampai tercicir, yang miskin dok tepi makan eskrem (aku lettew).

Aku tertarik dengan paper bag yang menarik tertarik kau memang debom macam senarai di bawah ni. Siyes kretip tahap mentibang laut. Sayangnya menda2 cenggini bertuah sangat pun nak wujud kat Malaysia, mohon sesapa jadi perintis sat.

Untuk pencinta hewan mahupun yang foreberalone tadak tangan sapa nak pegang time jenjalan. Molek sangat lah paper bag ni kiranya dijadikan item perlu dalam list korang, ehehehek. Eh yang ni tak barapa nak kretip sangtlah, suam2 kuku beruang je ni :p

Muehehehe gerenti jejantan yang bajet2 tuff dan macho suka kan kan kan, pehh badan keding pun takpelah asal dapat bawak beg ni gi sopim, kunun2 nampak macho dan hebat. Kalah eron azis nokkk :p Kalau yang pepuan2 bawak ni gerenti tadak jantans berani dekat, takot dihempok ngan dumbell, iashh kes naya ni. Tapi bagus untuk mengaburi mata2 peragut dan perogol bersiri.

Perghhh, tak cukup dengan dumbell jep kam, tu belum ganas lagi tu, belum bole joing yakuza. Yang ni baru ganas. Sesilap haribulan bole dibawa ke lokap barang semalam dua sebab tayang senjata api merata-rata, muehehehe. Kalau bawak beg ni gi sopim, sudah pasti dan gerenti akak-akak promoter pakaian dalam takut nak dekat.

Okey, sedah2 lah nampak ganaih kemain tuu, sesekali bawak2 la jadik pempuan lemah lembut yang gemalai yang penuh bersifat keibuan. Bawak beg ni gi sopim memang sah sah lah tadak yang nak ngorat kan, nampak sangat bini orang, tak pun janda anak nambelas. Yang bawak anak tu, jejaga sama, kang ingat pegang tangan anak padahal anak lesap tah memana :p

Bhahahhaha cam kelakar pun ada paper bag ni kan. Agak yang panas baran tu bole aje bawak beg ni,  kunun2 melepas geram kat atas kepala orang. Peh, best2 bole luku kepala orang selama mana yang korang mahukan :p Ganas jugak penampilan beg ni, ce korang kombainkan bawak beg dumbell tadik dengan yang pegang pistol dengan yang ni, perghhhhh! Gelenti tadak olang mau dekat maaaa, yakuza abess wa cakap luu.

Ahem ahhhemm, yang ni aku paling berkenaaaaaan sangat. Memang yang paling kretip dan inovatip dan encik latip. Rerasanya penah nampak paper beg DiGi buat stail ala2 cenggini dengan makhluk kuning tu yang bergayutan kunun2. 

Ahh setakat tu jelah dulu diskeveri chenel aku untuk hari ni. Tetiba pulak hasrat nak mengabihkan duit tu datang mencurah ke ladang gandum. Tolong tolong! Tolong seret aku ke alam nyata, jangan biarkan aku lemas dalam pemborosan (ngancam tak ayat puitis aku?) 

P/S: Dulu pernah buat koleksi paper bag, trimas encik anai2 sebab perabihkan semua koleksi aku hingga ke cebisan yang terakhir 
  

18 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. orang lain tggu gaji masuk, wa tggu elaun MARA masuk baru leh sopim, hehe

    paling suka beg yang ada pistol, bukan senang nak pegang pistol taw =D

    ReplyDelete
  2. mcm nak ajak bersoping jer.. hew hew hew

    ReplyDelete
  3. wowwwwwwwww... stylo la.... awesome!

    ReplyDelete
  4. hehe..kte mne nk dpt paper bag camgitu ekh?

    ReplyDelete
  5. perghhhh...mmg roxx lahh..hahaha

    ReplyDelete
  6. wa suka yg pistol tuuu. mana nk carik? kehkeh

    ReplyDelete
  7. sesapa nkkan paper2 bag ni sila pm aku. muehehehe :p

    ReplyDelete
  8. Beg pistol dgn dumbell: WANTED! Sal ni kurus kering, so kalau bwk beg camni orang mesti gerun. hehehehee

    ReplyDelete
  9. wooo.. memang ohsemm lahh! fiza suka paper bag yang nom empat tuu.. nampak comel jee.. :)

    ReplyDelete
  10. dulu suka kumpul shopping beg yang cantik2 giler ni ...tp skang x lg

    ReplyDelete
  11. wa pun sayang paper bag sebenarnya..psl dia kertas lah, klu plastik wa tak kisah

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape