Plastik Versus Planta


Lalalalalalalla, aku pemalas lalalalallaa.. Dah lama tak buat entri, halalalala.. korang mesti cakap eleh entri ceduk dari omputeh punye, lalalalalal, hafe aku fedulik? Lalalallalala, janji ada isi untuk korang, lalalalalalala. Ok, sudah dengan aku punya lalalalalla. Tak kisah la kalau entri ni cam dah basi dan masam sikit kan isunya. Ramai yang belum sedar kot. Lagi pulak aku memang suka butter atau marjerin atau planta dengan roti so aku rasa sangat sangat sangat wajib aku buat entri pasal menatang nim.

Tahu tak anda anda semua, Marjerin mulanya dicipta untuk mengemukkan ayam belanda atau turkey. Ala, menatang yang Mr. Bean cuba nak masak time krismas tu. Tapi, bila marjerin tu dapat memamposkan ayam2 turkey tu, orang2 yang berkenaan yang kasik duit untuk research tu bengang sambil dengar lagu Akim AF. Dorang tamau rugi, rugi beribu-ribu lemon. So, dorang pun watlek watpis, dok bincang cemana nak cover balik kerugian tu.

Marjerin tu asalnya kaler putih, tak menarik dan menyelerakan langsung, bleargh! So dorang pun dengan penuh kreatibiti yang ekselen, tambahkan kaler kuning taik gigi dalam sebatian marjerin tu dan jual kat orang lalu lalang untuk digantikan dengan butter (mentega). Dengan ramah tamahnya dorang tanya orang lalu lalang. Haaa rasa rasa, korang suka rasa yang cemana? masin? payau? masam? So dari taste orang lalu lalang tu, dorang pun pandai2 la hasilkan perisa2 baru yang orang suka.

Korang tau tak perbezaan Marjerin dengan Mentega? Eehhh cam sama je. Memang, aku pun dulu cakap wadepak, sapu jelah mana2 pun janji licin. Tapi sekarang kena berhati2 sebab you are what you eat! Haaa teet..
Kalau korang makan marjerin, risiko nak dapat sakit jantung tu lebih tinggi (53%)

dibandingkan dengan makan mentega yang sama banyak tu jugak. Ni kajian dari Universiti Harvard, bukan ujikaji aku seniri kat rumah :p

Menelan mentega boleh membantu penyerapan nutrisi-nutrisi dari makanan yang lain termasuklah nutrigen. Slurpp!

Rasa mentega lebih baik dari marjerin (even aku tatau tang mana bezanya) dan mentega dapat menyedapkan lagi makanan lain. Sebab tu lah kalau bake kek ke, roti ke, cupcake ke dan yang sama waktu dengannya orang guna mentega, tahu?

Yang tak bagusnya mentega lebih tinggi saturated fat (8 gram) berbanding marjerin (5 gram)
OK, sekarang fakta (ke auta, entah le) pasal marjerin.

Sangat kaya dengan lelemak tepu.
Risiko sakit jantung yang berganda-ganda
meningkatkan kadar kolestrol jahat dan mengurangkan kolestrol yang baik (cam cerita ultraman je)
Meningkat risiko mendapat kenser sebanyak 5 kali
Mengurangkan kualiti susu badan (err..)
Mengurangkan daya ketahanan badan (dah macam simptom HIV ni)
DAN, jeng jeng jeng! Ada satu fakta atau auta yang menarik ni, marjerin ni kan kurang satu molekul je dah nak sama dengan plastik. Dan dan dan, 27 bahan-bahannya sama dengan cat. Ye, cat, cat rumah tulah, bukan kucing. Adoyainye pon..

Okey, kalau korang rerajin nak bereksperimen, korang terai bukak marjerin pastu letak la kat memana, atas meja ke, atas bumbung kereta ke, dalam jamban ke pastu korang perati, ada tak lalat yang hinggap kat marjerin tu? Kalau lalat pun tak sudi, hampir pasti la something wrong dengan menda tu kan. Tak puas hati lagi? Korang tinggal marjerin tu seminggu kat situ. Haaa dia takkan ada bau, takkan ada kulat sebab? Sebab dia dah hampir2 jadik plastik, mentang apa yang nak membiak situ.

Memula dulu aku suka lah beli marjerin sebab tahan lama kunun2, dah tu tayah simpan dalam peti sejuk pun takpe. Oh! Sekarang baru tahu kenapa menatang tu tak rosak2 even sebulan aku tinggal marjerin tu (tanak sebut jenama apa, takut kena saman :p) Ibaratnya sekarang ni, korang cairkan plastik pastu sapu atas roti. Demm.

Tapi sebenarnya kan, fakta2 dari barat ni bukan boelh pakai sangat. Bak kata lecturer akulah. Sebab dorang kadang2 tu sengaja mengada2kan fakta dan kajian kunun2nya untuk melariskan produk. So, pihak pesaing dapat dijatuhkan, dalam kes di atas, penjual marjerin lah yang teruk sebab kena kondem habis-habisan. Tengok aje lah gambar2 berbaur sindiran kat bawah ni.

Mentega memerli marjerin

Marjerin memerli mentega

Ceh, sonang cerita, sapu je jem ke, kaya ke kat atas roti, ke nutella ke, nyum2. Lapar lapar, aku buat entri ni pepagi kat opis tahu, gigih kan? Padan muka bos aku, muehehehee :p

Pepatah Cina Tua:

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others"
  

16 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Tapi kalau buat kek , guna magerin lg gebu dari guna butter . Tak caya cubelah . sy dah pernah buat sebelum nie . Tp tak dapat nk terima la fakta ni . Betulke magerin tu dah mcm plastik ? OMG . :0

    ReplyDelete
  2. heheheh betul kot, cuba wat eksperimen :p

    ReplyDelete
  3. nak menggemukkan diri dgn mentega kacang lah lepasni

    ReplyDelete
  4. uuuhhhuuuu gardenia. lebih enak dimakan begitu sajaaa :P

    ReplyDelete
  5. dulu saya bagi kucing saya makan marjerin..sebab nak bagi gemuk..kahkahkah

    ReplyDelete
  6. nak gemuk makan mentega je. tak payah makan nasi. haaaa. sumbat sumbat!. kakakaka

    ReplyDelete
  7. leee yeke butter lagi bagus dr margerin,selama ni lempeng yg selalu di lahap dprbuat dr marjerin hehehe

    ReplyDelete
  8. OOoo marjerin upe2 nyaaaa...

    Lawa gmbr2 nih...kompem amek guna kamera45322x vintage tu kan. haha wekkksss ~!!

    ReplyDelete
  9. margerine vs butter. Butter ag best. ngee

    ReplyDelete
  10. hmmmm.. tumpang tnye.. bleh buat kn utk mamat kiut ni satu. hahahahah

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape