Suara Kartun, Kau Hado?



Hai, setelah diperli sedas dua dengan si Korntoz, aku semangat kemain nak menghapdet entri blog yang makin kusam ni (sedih). Almaklom lah kaaaan lepas entri 888 aku yang lepas, berpusu-pusu feedback yang aku dapat dari tokey2 Cina yang nakkan maklomat yang lebih lanjut dan jelas, tak menang tangan ngan kaki aku oihh :p

Sudah bab merepek, kita pi pulak bab entri aku kali ni pasal kartun, ya kartun. Kartun yang aku suka dari kecik sampai la dah besar gedabak. Sampai layaknya kalau diberi pilihan antara drama indon dengan kartun, aku rela hadap kartun 8 hari 8 malam tanpa henti. Haaaa ekstrem tak aku punya statement? Kui kui kui. Aku selalu tertanya2 cemanalah rupa orang2 kartun ni kan sebab macam kena je kartun tu dengan suara memasing, kira macam kartun tu bersuaralah kununnya (innocent kan aku kecik dulu :p)

So, korang musti kenal kan dengan Spongebob, Transformers etc etc, Hapa??? Tak kenal?? Humang aih, memang takde life lah korang ni, awwwww takpe2 lepas baca entri ni mesti korang akan kenal sampai terbawak2 ke mimpi. Buat yang kenal tu bagos2, kipitap. Korang memang sehati, sejiwa, sepeparu selimpa dengan aku! wat pis sket :p Dah aku suka nengok cita kartun ni, aku pun nak kenal gak penyumbang kepada suara2 sumbang comel kartun ni. So pekata korang join aku usha dorang yang bersuara osem ni, kamon.

First sekali mestila kartun febret aku, Transformers! O yeaa babe. Penyumbang suara untuk Optimus Prime (my fav) adalah Peter Cullen dan untuk Megatron pulak Frank Welker (jaat sunnguh suara dia, grrr). Suara2 dorang ni diguna dalam kartun dan jugak muvi tahu, ahemm ahem, Primeeeeeeee!! Megatrooon! (tetiba wat suara macho nak tiru cam suara dorang)


Who live in a pineapple under the sea? Hehehe kemain aku kan siap hafal lagu Spogebob Squarepants lagik. Haa nilah penyumbang suara si span kuning berseluar petak. Kalau korang nak tahu Tom Kenny ni jugak ada inteprem dalam siri Spongebob, alah yang jadik tukang cerita si lanun tiga suku tu (Patchy the Pirate). Korang perasankan si Spongebob pakai spek mata nerd kengkadang, sebabnya? nak samakan dengan penampilan Tom yang berspeck mata cenggitu, awwwww comelkan? Jangan pulak tak tahu yang si Tom ni jugak penah jadik suara Ironman dalam The Super Hero Squad. Jangan memain :D


Kalau tadi Spongebob, sekarang kita pegi pulak kepada Squilliam yakni sepupu Squidward. Payah nak eksplen lebih2 kalau korang bukan peminta tegar siri Spongebob awwwmm. Ok, siri kartun Avatar pun aku suka gak. Bukan Avatar makhluk biru yang pelik tu, tapi Avatar the Last Airbender ok? Aku suka tengok Appa yang gemok dan comel ala2 kucing manja. Meowwrr. Eh eh lupa lak nak gitau sapa suara derang ni, penyumbangnya ialahhhhh... tenenenentt! Dee Bardley. Ya, itulah beliau yang suka tersengih.



Kecik2 tak lengkap rasanya kalau tak nengok cerita Batman, Spiderman, Superman dalam seminggu. Mesti tengok jugaklah salah satu, baru sempurna kehidupan jadi budak kecik, hehe comel tak? Cepat ngaku! :p Dan baru ku tahu ropa-ropanya Batman ngan Spiderman adalah suara orang yang sama, patut cam sama je suara mereka itu, hu hu huu. Omputeh pun cam kita jugak, satu orang jadik suara untuk patbelas jenis kartun. Dan suara superhero yang ala-ala macho tak hengat ni dimiliki oleh Rino Romano, peh dah macam brand henbeg jiran aku je. Kira dia ni penyumbang tetap untuk kartun2 dari DC comics lah.


Haa sapa kat sini penah tengok kartun Pinky & The Brain? Elee cakap suka pink2, tapi kartun ni pun tapenah nengok :p Dulu aku layankan jugak kartun ni sementara nak nunggu kartun lain. Dulu ditayangkan pagi Sabtu kat TV 3 kalau ingatan aku masih belum nyanyuk. Si Pinky ni tikus makmal yang bodoh2 alang, bekawan dengan The Brain yang bijakpandai, memang menarik. Pesumbang suara untuk Pinky dengan Raphael ni adalah Rob Paulsen, eh jap Raphael mana pulak ni? Heee si merah dalam Ninja Turtles lah. Katun yang aku suka layan time pepetang dulu, pas penat main pondok2 :p 

Hmm rindu pulak zaman kecik dulu, sobbbsss, sikit sebanyak suara2 diorang ni semua dah mempengaruhi tumbesaran aku, hak hak. Eh apesal suma kartun ni lebih terarah kepada jejantan? Heee maybe sebab kat rumah aku dengan abang aku je so terpengaruh lah kot, then rakan sebaya aku pun mostly jantan yang selalu main dushum2. Tapi jangan risau aku membesar jadik pompuan yang lemah lembut, sopang santung gittew (apakah?)

Kalau nak diikutkan memang ramai lagi penyumbang suara yang aku suka dari kecik sampai besar, nanti lah aku merajinkan diri buat entri sambungan (kasi la semangat skett, meowwr). Eksheli, dorang ni ada lagi sumbang untuk watak2 lain selain di atas, kalau rajin google je nama2 dorang dan korang akan dapat info2 menarik yang akan buatkan korang membulatkan mulut di depan skrin  dan berkata "Ooooooo".

Pesanan Penaja: Mereka yang menggemari kartun adalah mereka yang kretip

17 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. patutlaa org cakap aku kretip.. <--- perasan..

    ReplyDelete
  2. kemain memasing memerasankan diri, aku pong mueheheheeh! :p

    ReplyDelete
  3. ko tatau kan sore aku digunapakai dalam katun ape??

    ReplyDelete
  4. klau kartun spongebob dayz ske wtak patrick sbb comel dn stupid2 gtu dn sore die un bley than.. aw! ske spongebob. ^_^

    ReplyDelete
  5. dulu masa kecik sm paling minat cte dragon Ball..siap boleh buat kuasa abuginnnn..lagi..he he he,

    bila dh besar sikit layan Spiderman sama ngn baby..he he

    ReplyDelete
  6. oyeah.. dah hapdate... hahaha... da macam karangan spm... hihihi

    aku dolu macam SM gak, layan dragon ball... xsilap aku, dragon ball start 9.30, tapi saloo bangun awal kul 9.00 jadik kne tgk sailormoon dulu... pastu berangan konon2 aku ni la tuksedo bertopeng.. kah kah kah

    ReplyDelete
  7. cis, sailormoon pun jadik, taulah ko suka nengok time dorang bertukar kan? :p

    ReplyDelete
  8. ...traigo
    ecos
    de
    la
    tarde
    callada
    en
    la
    mano
    y
    una
    vela
    de
    mi
    corazón
    para
    invitarte
    y
    darte
    este
    alma
    que
    viene
    para
    compartir
    contigo
    tu
    bello
    blog
    con
    un
    ramillete
    de
    oro
    y
    claveles
    dentro...


    desde mis
    HORAS ROTAS
    Y AULA DE PAZ


    COMPARTIENDO ILUSION


    CON saludos de la luna al
    reflejarse en el mar de la
    poesía...




    ESPERO SEAN DE VUESTRO AGRADO EL POST POETIZADO DE THE ARTIST, TITANIC SIÉNTEME DE CRIADAS Y SEÑORAS, FLOR DE PASCUA ENEMIGOS PUBLICOS HÁLITO DESAYUNO CON DIAMANTES TIFÓN PULP FICTION, ESTALLIDO MAMMA MIA,JEAN EYRE , TOQUE DE CANELA, STAR WARS,

    José
    Ramón...

    ReplyDelete
  9. mohon sesapa tolong translate komen di atas :p

    ReplyDelete
  10. cursor anda kecik cekenik macam anda :P

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape