Cerita Cinta Origami

Hi uolss, harini aku nak share satu cerita yang selalu terngiang2 dalam palotak aku ni sejak aku baca cerita ni beberapa bulan yang lepaih. Taktau kenapa aku tertarik sangat ngan ceghita cintan ni. So aku nak kongsi gelap. Ahh tak kira! Nak kongsi jugak!

******
+Awak, nah, ambillah origami ini.
-Terima kasih awak.

Sebiji origami berbentuk bintang kecil diletakkan di atas tapak tangan lembut seorang gadis yang bundar matanya. Seperti biasa, senyuman jelas terukir biarpun origami yang sama bentuk, origami yang sama saiz diberikan kepadanya tiap kali bersemuka. Tiada kata yang diluahkan; hanya senyuman seorang kekasih hati atas pemberian dari seorang kekasih yang tidak bermodal besar.

Rentak angin yang sekejap kasar sekejap lembut, ditambah kepulan awan yang melindungi pancaran cahaya terang sang mentari memberi scene yang cukup damai di tepi Tasik Sri Aman.

+ Awak, awak sedar tak, kecantikan awak semakin hari semakin bertambah. Makin berseri.

Si kekasih hanya tersenyum hingga menampakkan lesung pipit. Senyuman yang datang ikhlas dari hati seorang perempuan yang dituju khas hanya untuk si lelaki. Tangan si gadis di pegang lembut, di usap. Diletakkan di dada, di cium lembut menandakan cinta yang makin hari makin mendalam, sedalam dalamnya.

Dipeluk erat si gadis mata bundar. Seerat-eratnya. Berlinang air mata gadis. Air mata gembira yang menitis tanpa ditahan. Air mata yang menunjukkan kebahagian kerana dicintai dan dihargai sepenuh hati. Berat bibir sigadis mahu mengatakan kepada kekasihnya supaya sabar dengan apa yang berlaku.

-Awak, awak menyesal ke berjanji untuk terus setia kepada saya sampai akhir hayat awak?
+Sayang, janga sekali kali mengungkit hal ini. Saya tak pernah rasa sesal dengan kata yang saya janjikan. Cinta saya cinta mati. Hanya demi awak.

-Betul? awak pasti?
+Betul sayang! Kenapa, awak masih ragu dengan cinta saya?

-Tidak sayang, saya percaya, malah saya bersyukur sangat. Sudah genap empat tahun awak sabar bersama saya. Teman saya di sini hampir setiap hari. Sebenarnya sayang, dari dulu lagi saya sudah khabarkan supaya janji awak tu saya sudah anggap selesai. Tapi awak yang degil..

Belum sempat si gadis habiskan kata kata, jari telunjuk si lelaki hinggap tepat menutup kedua dua bibir halus si kekasih.


+Sayang, jangan cakap macam tu. Cinta saya pada awak tak pernah pudar, tak pernah mati.

-Terima kasih sayang. Tapi ingatlah, satu hari kelak jika awak jatuh hati pada perempuan lain, awak tutuplah rapat rapat balang kaca yang penuh dengan origami bintang itu, dan buangkanlah di dalam tasik ini, di tempat saya mati lemas empat tahun lalu supaya cinta kita terkubur sekali. Saya relakan awak pergi teruskan hidup awak.

Basah pipi kasar si lelaki, basah dek kerana air mata jantan yang mengalir hiba. Hilang perlahan bayang tubuh kekasih hati yang meninggal hampir empat tahun lalu.

+ Awak, saya sentiasa sayangkan awak, dan malam nanti ada tahlil untuk awak sempena empat tahun awak meninggalkan saya dan anak anak. Semoga awak tabah tempuh dunia sana, hanya doa saya dan anak anak sebagai peneman.


Balang kaca yang hampir penuh berisi pelbagai warna origami bintang kecil di tinggalkan di atas bangku simen di tepi tasik.


+saya akan datang semula petang esok ya. :)

karya Scarfyx

******

P/S: Moral of the story: Berilah origami burung bangau, jangan bagi origami bintang
P/S 2: Lebih baik cinta origami daripada cinta poligami, eh?
Nintendo: Sapa kata aku yang ganaih ni tak reti jiwang?

34 orang budak roxx:

piraaa said...

tak suka lah cinta lepas tu meninggal lah apa lah. tak sukaaaa !

*cuba menahan air mata

Kesuma Angsana said...

gd one best juga!

Muhamad Azam said...

Nah origami burung unta.. eh agak2 orang minyak kat FB tu bagi ape lak kat baby zyra nih muahaha

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

pirang: kaaan? xsuka 36x tp tak semua cerita chenta hepi ending :3

kesumang: best kalo dpt laki cenggitu, eh

jajang: muhun buatkan satu bebetul. siot je, wakaka!

Budak Botak said...

adakah ini dinamakan cinta? oh bahaganya...tertiba..:P

JungRara said...

kenapa nk bg origami bangau?

KorN said...

saya nak konfirm kan...
adakah ini belog babyzyraroxx? response plish...!!

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

budaks: ini dinamakna mamee monster, omnom

Jungraras: supaya lebih komplikated

korns: aww awww bbyzyraroxx tgh diikat kat pokok derian blkg umh

Mk Syahir said...

mohon ajarkan wa buat origami bentuk sepender..

tadi wa dah komen tapi jadi error..wa harap xkuar lah komen tu sebab...

Phat said...

cinta poligami la best hahaha

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

Syahirs: mohon kopipes komeng sebelom ni


phats: hemo hemo, report kat syaza kang, eh!

cik Lilis said...

alahai , sedih pulak baca ceghite nie. tsk.

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

tsk tsk tsk.. T_T

nana kamarul said...

that is the sweetest story! Sedih sekejap baca :')

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

nah roti tisu, ehh :p

Shawn Razaleigh said...

kemain intro bahasa utagha.


saya mai dari kuliiiimmmm. bulih kita berkenalan ka? :p

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

ehek ehek :p

Cik tikah said...

serius blog lu lawa beb! camne nk buat tjuk entry tuh? smart2!!!

ikaa sharin said...

okay , gua tacing baca cite ni .

iEdA said...

sedih la plak..adehh

ArifahLee said...

sedihnya. hukhuk

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

ok, lu olang masih berperasaang ghupanya :p

Boni JLL3 said...

entah macam mana saya suka cerita ni....

aswadz said...

x psl2 peluh jantan aku mengalir. eh, maksud aku air mata.

izzati_bloging said...

walopun rock.. dlm hati ade taman ..hehehe

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

abam boni: suka tang mana tu, kui3

abam aswadz: mohon kontrol hormon :p

abam izzati: mustilah, hehehew :p

Diana Azis said...

Zyra..adeh, sedih akak membacanya.. apa ni..sad ending..tak suka :(

onie said...

origami lipas okay dak :P

inche hlovate said...

alamak tersedih plak!

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

mih mih mih :3

Encik Atan said...

sdihnyer....tapi,itu balang kuih raye kan?

bhaha


-_____-! dah mcm gule2 sugus aku tgok....

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

lu mmg ingat makannnn je kan, kah kah

Aida Omar said...

sobs..sobs..sedihnya T_T esoknya laki2 tu datang tengok balang origami dia dah takada.. <-- den le yg curik.. ^^

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

ahahha, nakai noo aidaa :p

 
Copyright© ZyraRoxx Inc. 2011 All Rights Reserved