Harapan Lelaki & EURO 2012


Yaaa seperti semua da sedia maklom, demam bola makin menjadi-jadi sekarang ni. Pergaduhan lakibini, boipreng gepreng pun tak terkecuali. Semua gara-gara bola bola bola, satu permainan febret orang laki2 sejati. Kalau boipreng/laki/tunang korang tak minat bola, bawak2 lah pi jumpa pakar sakit tuan check kot2 ada yang tak betul sebelum terlambat, muehehe.


Yang mana gegirls yang kena abai dengan boipreng tu, toksah dok sedih2 meh sini sat, kita wat lek wat pis baca entri ni, hohoho. Apa harapan dan impian orang laki time2 demam bolasepak ni? Selain nak nengok team febret dorang menang, ada lagik beberapa harapan yang diharapkan semasa berlangsungnya EURO doribudoblas ni. Apadia? Baca jangan tengok saja! Fuh garang kemain :p


Gepreng/Bini Memahami

Orang laki ni mesti rasa bahagia gila kalau pasangan kasik full sapot akan kegemaran mereka yang satu ni. Susah nak dapat pasangan cenggini. Selalu mesti gepreng sentap seniri sebab terabai oleh boipreng bila tiba musim menuai bola. Lagi lagilah best bila gepreng/bini ni pi join sekali nengok bola dengan semangat berkobar2 cam jejantan tu semua. Tayah lah  nak ajak bekepit je tetiap malam, sila ambik paham bahawasanya pada musim bola, keinginan untuk mengawan orang jantans ni agak menurun. Yeke? Entah, kalau dah laki tu napsu kudabelang, apa boleh buat, bola dok tepi sat.

 Gepreng/Bini Ada Minat Mendalam Kat Bolasepak

Yang ni memang sangaaaaat diidamkan oleh orang laki. Kira satu aset la bagi pepuan yang gila bola, muehehe. Tapi tengok keadaan jugak, kalau just tengok bola sebab nak nengok player emsem je baek tapayah, karang boipreng jadi menyampah lagi ada. Tambah2 lagi kalau korang minat pulak kat player yang dia tak suka. Peh, punca nahas je semua tu. Kalau korang berpengetahuan luas dalam selok belok bolasepak ni, baguslah, ia satu bonus, boleh lawan ulas game sesama seniri, awww lagi sweet dari detim sambil layan cerita korea kan?

Dikejutkan untuk nengok bola di pagi buta

Aha! Kalau korang buat menda ni kan, memang kompom lah cinta dorang da tak beralih arah, pehhh aku ni dah jadik dokter cinta ke hapa? Hahahah sapa tak suka beb, aku pun suka. Tapi tak suka bila dikejutkan untuk perkara2 seperti potong rumput belakang rumah atau cuci longkang, potong stim. Jangan pulak korang kasik diorang makan ubat pelali atau ubat tido atau menda bukan2 nak kasik tido tak bangun2 untuk nengok bola. Karang tak pepasal tido terus, balut dengan kain kafan lah jawabnya. Erkk.

Tak Membebel

Ce bayangkan bila team febret pasagan korang kalah, pestu balik umah korang lak membebel, tak kiralah bini atau gepreng. Daripada berbuat demikian, adalah lebih baik korang tido mati je tanpa sedar laki/boipreng tu da balik ke belom. Buat bini, ce bagi ayat2 manja sikit, mana tau ada semangat lagi nak mengawan yang tertunggak sebab bola tadi. Pehhh, dah jadi kaunselor rumahtangga pulak aku ni. Baiklah2, sebelum aku merapu lebih jauh ada baiknya aku stop kat sini dulu.

Hahah tu je lah kot carutan aku malamni. Kepada gegirls yang terasa terabai sampai dah serabai aku nengok, bawak2 lah bersabar sat. Musim bola bukan datang hari2 pun, kasi can la boipreng korang nengok bola puas2. Alah, korang dok layan cerita korea sehari sampai nambelas jam takpe pulak?! 

P/S: Kemain aku nulis entri, cam aku ni jantan pulak rasa, err tapi ada betul tak encik2 lelaki yang terbaca?

25 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. haha.. untung la shong dapatr seseorang yang amat2 memahami... kan kan kan.. muehehehe...

    kalo laki x minat bola, tapi gepreng/bini plak bolaholic, cemana plak?

    ReplyDelete
  2. keinginan untuk mengawan tu sentiasa kuat tak kira masa dan tempat sebenarnya. jadi, bab mengawan dan bola ni sebenarnya tak berapa tepat.hahahahhaa.. tapi, betul lah tu. kalau aweks, atau bini boleh bersekongkol dengan pasangan tentang bola ni, rasanya , pasangan tu pasti happily eber after

    ReplyDelete
  3. haha ...sy harap jerman jadi juara tahun ni ...

    ReplyDelete
  4. ERM.... ERM..

    walaupon tak minat bola gua komen jer...

    gua kalau dapat bini yang minat bola gua ikut jer..

    kalau yang tak minat bola tu.. gua akan teruskan jugak... projek anak kembar!!!

    ReplyDelete
  5. hampir gugur iman wa melihat aksi2 diatas..

    niway..viva espana

    oranje?buuuuuuu xD

    ReplyDelete
  6. mengawan pon ada.wakaka..ngek!
    bola2 memang sebati dengan jiwa laki sejati..kah kah.

    gmbr tu boleh tahan gak tengok..perhgg,,!

    ReplyDelete
  7. hahaha...kelakar....yg penting spain tetap dihati..:)spain winner lg tahun ni...hohoh;;:D

    ReplyDelete
  8. haha, agak mengancam gambar gambar di atas yer. laki kalau tak minat bola memang pelik lah :D

    ReplyDelete
  9. sayangnya x ramai perempuan yang memahami... wuwuwuwuwuwuwuw

    ReplyDelete
  10. hehhehhe.. sunguuh mengamcam gambar kali ni

    akak biar je abg nk nengok :)

    ReplyDelete
  11. hehe..kita pun layan bola sekali ngan Hubby.. :)

    ReplyDelete
  12. hahahaha kelakar siot, tapi bf sy xlayan sgt bola, dia lebih suka kan sukan extream, so kami mmg minat sukan yg sme, so bola xbpa layan :)

    ReplyDelete
  13. Saya tak minat bola tapi kadang2 tu tengok jugak. Bila dah tengok bola, macam bestlah pulak :D hee

    ReplyDelete
  14. minat sgt bolaaa!tp mama tak bg tgk! kata mcm laki! :(

    ReplyDelete
  15. mengawan tu x kira ada bola ke x? kalo x de cuti je leh on hahahaha

    ReplyDelete
  16. aku tak minat bola..kalau tengok pon bukan sebab aku suka tapi saje2 isi masa lapang. Bola bukan satu kemestian dalam hidup aku

    ReplyDelete
  17. suka la doodle u..buat macam mana ye? yours sangat unik

    ReplyDelete
  18. tido bola,makan bola,tgok bola
    semua bola2...
    musim bola.
    heheh:)

    ReplyDelete
  19. singgah sini bace entry...
    nice sangat !
    like :) like :) ")nice ~~

    superb !

    ReplyDelete
  20. untung hubby sy x minat bola. haha

    ReplyDelete
  21. nseb baek tunang i x minat bole..hihi

    ReplyDelete
  22. haha,mcm2 perangai laki2 masa musim bola ni.. Peliks,sebaik takda bipren agi,haha =)

    ReplyDelete
  23. kita minat bola . agak2 ada tak laki nak kat kita. lol xD

    ReplyDelete
  24. berebut tv dengan abah sebab abah nak tengok bolaaa.
    tensionnn okayyyyyyy!
    T______T

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape