Mari Belajar Mengira



Eh eh malam ni rasa cam guru sandaran pulak kan nak mengajar2 bagai. Hahaha aku memang fail bab ajar mengajar ni, memang tak boleh jadi cikgu yang mulia, hoohoho. Silap2 haribulan jadi ayah pin, kasi ajaran sesat. Mohon baca entri ni sambil dengar lagu 1234 dari Plain White T's kerna kita akan belajar mengenai dengan nombor pasni :p


Subjek paling aku tak suka adalah yang berkaitan dengan nombor, uishh benci gila. Sejak di tadika lagi da meluat. Salahkan cikgu tadika aku sebab hari2 ngajar pasal duit, sekupang, 2 kupang, ahhh boring2. Oleh itu, umur 6 tahun aku dah takmo pi tadika sebab bosan, pi masa umoq 5 tahun ja =.=

Muehehe, dasar pemalas nak disalahkan cikgu yang mulia pulak, puiiih. Okay2, abang kakak yang ada masalah dengan nombor, jangan takut, jangan khuatir, jangan risau, eceh macam dukun jual obat tepi jalan pulak. Haha aku bukan ada jalan penyelesaian pun kat masalah korang tapi aku nak bagitahu bahawa itu perkara normal bahkan merupakan satu penyakit.

Yaa penyakit yang tak berjangkit dan tak membahayakan kesehatan. Dyscalculia nama diberi, pehh sedap kemain kan? Orang yang ada sindrom natang ni perlu kaedah lain kalau belajar pasal nombor, bukannya tatau apa2 langsung ok? Kira kena bagi spesial treatment, kena cari kaedah pembelajaran yang lebih kretip dan best. Para guru, sila take note perkara ini, jangan nak naik hangin tak tentu pasal. Student yang lemah math ni bukan sengaja tapi memang tak boleh nak blah, tadak napsu, mohon rangsangkan student cenggini supaya lebih bernapsu terhadap math. 

Aku ingat lagi time darjah satu, cikgu kasi kerja suruh tulis nombor 1 sampai nombor 10. Elokkk aje aku nulis dengan cermat, tertib dan berhemat. Agak dah berpuas hati aku pun hantar kat cikgu dengan konfidennya. Tetiba cikgu dengan tanpa segan silunya telah mendenda aku dengan menyuruh aku tulis  nombor 10 sampai penuh dua muka surat buku latihan. Hah?? Wadehek? Ropa2nya aku tulis nombor 10 terbalik, yakni 01 (=.=)'



Syilaka kau Azahari, gelakkan aku dan cakap aku bodoh. Haaaa, aku siap hapal lagi nama budak yang dok kat sebelah aku time tu. Memang betul lah dia cakap aku bodoh pun, dah terang2 ada mural nombor kat depan kelas, kalau tak tau, tengok jelah situ. Cis cis cis cisdel ciskek betei lahhh malu gila baq hang :p

Masuk ke darjah pat lima nam, aku dapat cikgu yang sama yang garang macam singa. Ahh tension gilakk, lagi bertambah kebencian aku dekat subjek yang sorang ni. Seminggu dua kali kena buat latihan kat papan itam. Bila dia kasik je latihan cepat2 buat dan cari jalan nak kira sebab nanti nak tunjuk kat papan itam. Aku selalu doa2 dalam hati biar dapat soklan yang senang. Salah karang kena kritik, malu oiihhhhh kritikan beliau lagi gengster dari Azwan Ali mahupun Ramli MS.

Sampai ke unibersiti, aku terambik pulak course yang ada perakaunan. Pehhhh rasa nak terberak, tercirit semua ada bila pestime tengok jadual. Rasa macam nak tukar course pun ada, huuu tapi atas sokongan kengkawan ku teruskan jugak. Aku cuba sayangkan subjek tu macam bebudak lain sayangkan boipreng memasing. Tapi tak menjadi jugak, meluatttt sengsangat, Jelly gila tengok bebudak lain yang pro bab2 akaun ni. Alhamdulillah grad jugak aku, wheee.

Tapi kalau mengira 1234 pun korang merangkak2 tu bukan penyakit biasa dah tu, ini serius! Perlu cari jalan penyelesaian dengan kadar segera. Takpa2 wat lek wat pis, apa kata korang berkenal-kenalan dulu dengan rakan blogger haku yang ke-1234 (tepuk tepuk tepuk). Aishh, da macam nama susu rumusan bayi pulak kan, muehehe. Comel budak ni, ada potensi nak menggangu gugat tempat najwa latip satu hari nanti, muehehe.

Najwa Izzaty, takziah tahniah2, bukan senang nak masuk entri aku tahu? Muehehehe (ayat bajet retis, ehh suka hatilah). Blog beliau 'fixaheart.blogspot' tatau lah dia ni pandai baiki hati ke atau hanya tahu baiki labu, muehehe. Tapayah nak susah taip, klik je kat banner beliau kalau nak pi blognya, adoyainye punnn korang nii. Eh eh? Sayang nak tinggal blog aku ea? Alahlahlah sweet sangat korang awwwww nyampah makk. Muehehe! Bawak bertendang, blog beliau akan muncul dalam window baru, hewhewhew.

Beliau ni rajin dan gigih benar menjoinkan diri dalam giveaway dan segmen. So sesapa rasa nak joing bole pilih kat blog ni, dah macam katalog, mueheheh. Pesen entri aku ni pilih bebudak gadis sunti je kan, haritu Siti Nasrin dengan nombor bertuah 888. Takpelah, kasi can bebudak sekolah nak berkembang biak, ewah. Mohon jadik blogger yang berhemah ye adik-adik kawan2 (bajet2 sebaya, eh sukahatilah. Tapi memang sebaya pon) 

P/S: There's only 1 thing 2 do 3 words 4 you... I love you
  

16 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. saya pandai kira duit je :p

    sipir ke laut

    ReplyDelete
  2. mak bg seposen..ayah bg seposen..cikgu mintak seposen kat guwa tinggal seposen..horeyyyy,,dah pandai..:)

    ReplyDelete
  3. hahah xD seronok baca entry roxx ! nak pecah perut baca! hahah :D

    ReplyDelete
  4. hahaha..macam mana leh terbalik tu??

    ReplyDelete
  5. sy suke kira duit syiling..ngeheheeh....! :)

    ReplyDelete
  6. hohoho ntah la, otak terbalik kot


    sukee sukeee, sukeee apa saja berkenaan dgn duet :p

    ReplyDelete
  7. kire duit cik ana suke!!
    kalo MATH cik ana x suke gak..
    grrrrr~ =P




    *eeee nape la comel sgt blog ni! =P






    slm kenal,
    cik ana

    ReplyDelete
  8. Kalau ee paling tak suka, science. Hehehe =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html

    ReplyDelete
  9. hihi btul ke 6 taun tk gi tdika sbb bosan? haha cm tk cye je ^^

    ReplyDelete
  10. huhu betul2, pastu darjah satu tadak kwn sbb mostly budak darjah satu dtg dr tadika tu :3

    ReplyDelete
  11. huhu betul2, pastu darjah satu tadak kwn sbb mostly budak darjah satu dtg dr tadika tu :3

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape