Masyarakat Dan Tuala Wanita



Hai semua, saya roxx, gadis pemalu yang sangat manis dan sangat comel nak mati. Hari ni saya nak bercakap fasal tuala wanita dan kegunaanya. Peh, sweet tak mukadimah aku? Suka saya perjelsakan di sini bahawasanya kat sini, haku selaku pempuan melayu separa terakhir, sangat berasa malu tentang situasi tuala wanita sekarang. Apa tu tuala wanita (pad)? Sesapa yang tak tau lantak kau lah, aku takmo eksplen menatang apa bendanya tuala wanita tu. Aku pemalu, seriusli.

Entri ini untuk pempuan dan gadis sunti yang baru nak kenal alam barzakh remaja. Jejantan yang terbaca tu maap yep, tapi elok jugak, untuk kegunaan pada masa hadapan. Entahlah untuk kegunaan apa, aku pun tatau apa pungsi entri kali ni. Sekadar renungan bersama, kot.

Aku tatau paseipa diberi nama timangan tuala wanita. Zaman dulu2 tok aku cakap, orang pepuan yang piyed pakai kain buruk je, (euwwww) aku tak boleh imagine cemana perasaan guna kain. Yang pastinya benda ni sangat sangat lah yang amat sangatlah dititikberatkan oleh orang tetua. Tak boleh nampak sikitpun dek orang jenjantan ni. Penah tok aku cakap, pempuan yang period ni dulu2 orang letak dalam kandang kambeng, peh zaman jahiliah betei.

Zaman sudah berlalu, syiuuuuuu~ (efek berlalu) Sekarang, tanpa segan silu tuala wanita ditayang di mana2. Dalam tivi tayah cakaplah, kalau boleh pempuan tu semua siap nak wat demo lagi cara pakai cemana. Serius aku malu. Aku nonton tivi sekali sekala. Time nonton aku selalu bersama sedara lelaki, tak abang, anak buah, tak anak buah, sepupu, tak sepupu, kupu-kupu, ehh? Ngarut sudah. So aku tersanggggggatlah malu tatau nak cakap cemana bila tetiba kuar iklan tuala wanita ni.

Pergh, da macam iklan kasut Nike Air kan dia punya details.
Diulang, serius aku malu, memang aku bukan gadis semasa yang sweet dan lemah lembut gemalai tapi aku masih punya sifat kemaluan, eh, sifat kemalu-maluan eh, ahh apa2lah. Aku pun tapaham cemana Adibah Noor ngan Yunalis Zarai boleh tak rasa apa2 buat iklan Libresse (tapi libresse memang sedap hewhewhew). Lisa Surihani pun kemain beriklan sakan dengan pad sejak2 kawen ni. Awww abang Yusri relakan montot lisa disuluh kamera, i lap u :p

Lantaklah orang nak cakap aku pempuan ortodoks ke, naïf ke, ketinggalan keretapi ke, bas kilang ke, atau apa saja. Tapi apa yang pasti, hal2 sulit yang melibatkan celah kangkang ni, aku sensitip. Kalau dalam taon 90an dulu mana ada kan iklan2 pads cam sekarang. Kalau ada pun adalah terselit sekeping dua dalam majalah2 orang pempuan. Itu pun gambar kulit plastik pad tu je tanpa ada orang pempuan tersengih kat sebelah buat isyarat bagus.

Donia makin rakus, semua nak kaut untung berlipat-lipat siku lipat. Memasing sibuk nak pasarkan pad dengan gaya tersendiri. Dulu tak iklan terok2 pun orang mesti beli lah, benda wajib kottt. Lainla kalau yang still masih jadik pempuan tradisi, pakai kain buruk (pokerface). Jangan tak tau, jaman sekarang pad pun bole dibeli secara online. Peh, ada lagi ropanya manusia yang lagi pemalu dari aku sampai malu nak gi kedai beli pad.

Dedulu aku tatau natang apa kejadah benda tu. Kakak aku selalu beli pastu sorok2 dalam lemari. Heran aku, memula ingatkan makanan, saja tanak kasi aku. Aku pun curik2 bukak kotak, nengok pebenda kat dalam. Dah tengok pun still tak dapat, menatang apakah ini? Tengah khusuyuk membelek kakak aku datang sambar dari belakang dan simpan tinggi2. Sekarang bila diingat2 balik, wadehek kakak??? Aku kan pempuan, takkan nak malu jugak, huu. Curiosity aku melonjak2 naik macam jantan yang kena viagra. 

Inovasi plastik pad, kalau terkantoi pun tade lah malu sangat, kan kan kan (ahh aku dah kantoikan kat sini)
See sampai begitu sekali pempuan dulu menjaga kemaluan mereka. Err maksud aku perasaan malu, kehormatan mereka. Sekarang? bersepah-sepah je aku nengok orang buang pad merata-rata, euuuu jijiks okay? Yang mana yang buat benda terkutuk tu renti-rentikan lahh, kesian makcik2 cleaner wehh nak hadap menda2 tu semua.

Time aku derjah nam dulu, cikgu hal ehwal budak pempuan, Cikgu Rokiah, panggil semua budak pempuan kumpul dalam satu bilik. Pastu diorang akan eksplen pasai menatang ni dan jugak pasal period. So aku pun mulalah faham, antara pesanan penaja yang aku ingat: Dah tak boleh main lasak2 dengan budak jantan, Jangan lupa salin, ehh apakah? Muehehehhe aku tapasti sekarang ni sistem sekolah ada lagi ke tak buat cenggitu. Maklomla, jaman sekarang ni aku rasa budak tadika pun dah tau pad tu natang apa.

Dalam pada bebudak pempuan berkumpul reramai tu, ada la pat lima nam orang budak jantan yang curious tak hengat kan, nak tau kenapa yang dipanggil pepuan je. Mereka pun curik2 nak dengar apa yang cikgu Rokiah nak cakap. Tetiba terkantoi dengan cikgu lain yang standby kat belakang, terus kena syarahan dan marah percuma. See? Betapa cikgu pun nak jaga kemuliaan seorang wanita (ceh, da macam lagu Kopratasa).

Aku puji inisiatif pereka pad case ni, at least tercover sket pad tu kalau nak bawa ke mana2. Wajib ada, selamat dan comel! Tak payah beli pun takpe, Libresse ada kasik pree.

Sebelum balik dari ‘perjumpaan sulit’ tu, tiap sorang budak dari kami mendapat sekotak pads tajaan Kotex. Terus aku jatuh cinta dan sukakan pad. Motip? Sebab plastik Kotex tu kaler biru, hewhewhew. Kegilaan aku pada kaler biru tak mengenal tempat dan batas sempadan :p

Pastu sejak2 aku naik ke sekolah menengah aku da beli seniri pad. Kalau dulu kakak aku yang rajin beli, maklumla aku kan roxx, eh silap, aku kan pemalu tahap musang pulut. Bila aku beli seniri, kritiria yang aku nengok bukanlah kadar serapan, tapi lebih kepada ropa, hohohoho dasar materailistik daku ini. Aku suka Kotex Style sebab plastik dia ada katun2 orang pepuan, pestu pulak plastik yang balut pad tu pun ada katun jugak, kenalah dengan aku yang berjiwa remaja emosi time tu kan, hahahhaha ntah hapa2.

Kotex Style ni materialnya tak macam pad yang lain sebab bukan dari kapas rasanya, lebih kepada campuran apatah yang macam plastik sikit. Memang tak rasa basah (ok, sampai part ngarut sudah) Tapi lama2 aku tukar pad lain sebab fabrik dia tu telah mengiritasikan kulit  haku, ahh kau zyra, cerita kat sini tamalu pulak??


Pastu aku mula beralih arah, da tak setia kat satu brand jep. Kalau Carefree dari Johnson & Johnson’s, memang save sebab banyak dan murah dari Kotex. Pestu agak2 kaya sikit beli pulak Laurier, tapi tak best mana pun, mungkin sebab dia kaler pink. Aku kan anti pink :p Pastu sejak Adibah Noor memperkenalkan Libresse kat haku, aku dah terus melekat dengan brand tu sebab memang selesa, serapan sempurna! Ah sudah, karang tak pepasal Libresse amek aku pulak jadik duta, haru.

Ahh kenapakah aku ceritakan semua ni kalau aku bebetul malu? Sebab sebabbb eh sebabb korang tanamapak aku muka ke muka, muehehehe. Ahh aku cerita atau tak sama je, semua da sedia makloman kot mengenai menda ni. Sekarang iklang details kemain, siap tunjuk serap kat mana, nasiblah guna cacair biru untuk wat demo, buatnya diorang guna sirap? Lagi haru. Memandangkan situasi persaingan makin sengit, aku rasa tunggu masa jelah iklan lagi melampau yang bakalan keluar nanti. Semua nak tarik perhatian orang suh beli. Jangan sampai aku boikot nanti! Jangan sampai aku pakai kain.. ops (pokerface).

P/S: Cemana pengkid beli pad ea? Ke tapakai? Ke tak piyed, ke cemana?
  
/

28 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. <-- guna pad bersayap
    senang nak terbang memana.





    hahaha

    ReplyDelete
  2. hamboi shong...

    HIKIKIKI

    kak baby..

    Kalau librese mesti beli kaler perpel kan kan.. hehe..

    <---- dipaksa membeli ketika terdesak

    ReplyDelete
  3. Noy...tlg belikan jap kotex. nak ada wing taw ~

    Tanpa segan silu wa beli kat kedai. kuikuikuikui.

    *rasa mcm nk try pakai time g kuliah la.

    ReplyDelete
  4. kahkahkah, awek suruh ke? laju ajeee :p
    ngokngek :p

    ReplyDelete
  5. kalau suruh abg beli. mesti tanye nk ade kepak ke taknak. kahkah

    tapi selalu abg ipar yg beli. mwahaha:)) sweet dak? :p

    ReplyDelete
  6. zaman dulu beli pad siap soh bungkus ngn surat khabar,,ps2 siap letak lam plastik itam g..hahahaha..naseb baek time 2 aku x period g..oppsss!!

    ReplyDelete
  7. tumpang tnya... size utk lelaki ad jugak ke..?? kawan sy yg tnye ye.. :)

    ReplyDelete
  8. ahak, mcm2 hal :p


    haaaa setuju dgn bungkus platik n suratkabar tu. hahahaha dh rasa cm beli barang haram :p

    ReplyDelete
  9. zaman sekarang pad dah macam tak ada harga diri! wakakaka! kalau dulu gile ah... punya lah malu nak tunjuk...bukan setakat tunjuk, nak sebut pon tak sanggop! skg budak2 termasok lah laki2 rileks jew bercerita tentang pad! haha! dunia dah maju, zaman dah berubah...

    ReplyDelete
  10. period? tak kesah.
    kotex kan ada.


    *sambung iklan. lalala

    ReplyDelete
  11. wakaka..bab nie wa lemah sikit..nnt sebelum wa kawen wa nk menuntut ilm nie dari ang..mohon abg ajarkan.kih2

    Kotex oh kotex

    ReplyDelete
  12. lemah bab ni, maka lemah jgklah tenaga batin lu nnt, muahahaha :p

    ReplyDelete
  13. jarang la wa pakai tuala wanita ni.. wa pakai tuala lelaki jek... ekekekek... tak pakai yg ada WING sbb dah mmg ada sayap dah pon... burung la katakan ekekeke

    ReplyDelete
  14. eh!!! dulu2 ingat lagi kat Kampung.. makcik suruh beli MODES wa ni tak tau apa itu MODES sekali ckp kuat jek kat kedai tu "pak cik beli MODES" patut la org dok tgk jek.. sampai umah baru tau apa itu MODES...

    (peristiwa 57thn yg lampau ekeke)

    ReplyDelete
  15. yes. i'm with you. iklan2 ni sume sangat mengganggu emosi. one more thing, people yg open sgt, bila dia piyed dia gtau sume org. dgn alasan, we're 18 now. watdahekk. niceentry btw. HAHA

    ReplyDelete
  16. aaaaahh! lupa nak mention pasal panggilan modes tu, huhu.

    thanx chillax, i'm wth youuuu :>

    ReplyDelete
  17. wahh pek dier lawa la..bru taw..heee ^,^

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. hehee pek lawa tu limited edition kot, pe salahnya buat terus kann.

    huu mala malu maluu :3

    ReplyDelete
  20. saye selalu suruh ayah tolong belikan..hahak.apekah?

    ReplyDelete
  21. jgn malu. beli jeeeeeeee. hihi

    ReplyDelete
  22. hui hui hui... dolu2 kak aku salu suh aku beli natang ni... waloppon aku tataw natang ape, aku beli jugak....

    ReplyDelete
  23. Pad case tu mne nk dpt ? tak pernah tgk kat pasaraye pung ? omey lohh :)

    ReplyDelete
  24. hehe haritu libresse ada kasik free lah, terlepas ke? huhu

    ReplyDelete
  25. <-- tak memilih jenama apa jua, yg penting xda sayap :)) kain buruk pun errr

    ReplyDelete
  26. errr.. ahahaha.. tak tau nak komen apa

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape