Penyalahgunaan Salam, Apakah?


Sila ambik perhatian salam aku yang di atas, dan sila jawab.


Ini entri serius. Mohon baca dengan ekspresi muka separa ketat.


Errr err... Okay baiklah, entri yang tak berapa nak serius.

Sebelum aku merepek dengan lebih lanjut, aku nak nyanyi satu lagu yang cukup femes masa aku kecik dan comel dulu (sekarang pun menten kan):

Assalamualaikom, kom apa? Kombat
Bat apa? Batmen
Men apa? Mentol
Tol apa? Tolak
Lak apa? Laksa
Sa apa? Satu
Tu apa? Tunang
Nang apa? Nangka
Ka apa? Kayu
Yu apa? Yu (you) bodo!

lagu ni biasa dinyanyikan oleh 2 orang budak itam atau ramai2, yang foreveralone tu ntahla. Baris last tu memasing kena kata cecepat, nasiblah sapa yang kena yu bodo tu.

Ahahahahha entah sapa la yang cipta lagu/permainan di atas.

Ok, harini aku bukan cuba nak jadi stazah atau apa, bukan jugak untuk tunjuk2 atau pura2 baik sangat. Tapi kengkadang aku agak ragu2 dengan motip dan modus operandi dari sesetengah orang yang bagi salam. Kenapa? Mungkinkah salam yang di bagi ada makna lain yang tersirat? Seperti mana ada udang di sebalik mi undang Padang Kota yang tak sedap. Entah, kengkadang aku rasa ada sesetengah salam yang tak perlu dijawab dengan berhemat.


Pesen bagi salam time ngorat. Patutkah dijawab kuat2? Biasa aku jawab seselo je, karang jawab kuat2 makin ngada dan galak jadiknya. Sila ambik paham bahawasanya ini jugak satu hobi masa lapang Zul De Alexis sejak berumur nam tahun. Yang aku heran, kalau Mak Jemah, Razak Ahmad, Mak Kiah atau Pak Ma'un yang lalulalang tak pulak bagi salam, kenapa perlu pilih2 orang untuk bagi salam? Ini racis! racis! racis! Eh.


Yang aku tau assalamualaikum tu maksudnya 'salam sejahtera ke atas kamu'. Tapi pesen retis yang bagi ucapan atas pentas ni kadang sebut 'sekom' je, aku tapasti pulak maknanya buah karom atau buah lakom (sejenis buah masam2 manis kat kampung mertua abang aku, maap aku tatau nama saintifik beliau). Eh bukan retis je, yang tak retis pun sama pesennya, sapa yang terasa hamekk. Sesapa yang bagi salam 'sekom' patutkah dijawab dengan 'komsam'? Err.


Yang ni boleh didapati ketika hari raya je, eh eh raya kan nak dekat. Eh puasa duluuuu, kemain eksaited. Posa dedulu dah abes ganti belom? Muehehe. Hari raya yang mulia pun aku bole bengang dengan budak2 yang bagi salam meleret2 sampai nambelas kali. Padahal aku da tercongok kat ruang tamu pun tak reti nak diam lagi. Dah la tanak masuk rumah, beramas mesra dengan aku yang ayu berbaju tradisi ni, tau nak duit raya jeeee, ish bebudak sekarang.

Eh Sapalah aku ni untuk mempertikaikan salam orang kan, huu. Tapi ok lah kan, at least diorang ingat jugak untuk memberi salam daripada main hoi-hoi jep mahupun ber 'yo yo, wassup broh?' gaya nigga yang kurang kasih sayang. Yang kirim salam maut tu aku tak pasti pulak cemana. Biasanya jadi kat orang yang tengah marah. Contoh ayat: 

"Hafe??? ex gepreng aku nak rujuk balik?? Hang pi cakap kat dia Korn El Jr. kirim salam maut!" 

Pergh, kalah yakuza. Siap boleh bagi salam maut tu, kihkihkih. Sila berhati2 kerana salam maut tu mungkin macam santau angin, boleh membawak maut kalau tersalah hidu, eh? 

Sapedia Zul De Alexis ngan Korn El Jr. ni? Lawyer? Majistret? Dokter? Ahli Muzik? Bukannnn mereka adalah blogger terhangat tak hengat abad ini, kemain nama depa ber "De" ber "El". Jangan bimbang, mereka masih Melayu asli yang pantang jumpak sambal belacan ngan petai. Muehehehe.

18 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Hai . Assalamualaikum Zyraa Roxx ! Ye . Aku suka bagi salam pepenuh . Dari bg pependek . Tak sedap bunyik nye , :D

    ReplyDelete
  2. haha..yg part 1 tuh..trend ngorat kunun..time sekolah2 dlu salu ah dgr "samekom, xjwb dosa jawab gatai". nak bagi apa agaknye kt bebudak cenggini?huhu

    ReplyDelete
  3. Yg mula2 tu, xjwb pun xpe. Sbb niat dia xbaik. nk ngurat aje keje... Kalau kat umah aku,
    -assalamualaikum, xjwb dosa, klau jwb awk suka saya.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikumsalam :)


    hahahha trick ngorat tak lapok dek ujan tak lokang dek panas :p

    ReplyDelete
  5. asalammualaikum...sy roy..nk ngorat boleh? hik2 ...

















    mohon jawab dengan kuat di GBS...hahaha

    ReplyDelete
  6. hik hik hik.. malu ah nak komen.. ade name aku lak.. hikhikhik....blog aku x de assalamualaikum pon.. knpe ye?
    tggu la entry nnti...

    ReplyDelete
  7. bab bgi salam ni seelok eloknya dijawab dgn baik dan diberi salam dgn baik :)

    ReplyDelete
  8. hahhahaha... komsam komsam.. dah mcm bunyik makanan tradisional filipina dah :D

    ReplyDelete
  9. haha! dua blogger terhot di malaya ~

    eh eh, assalamualaikum zyra roxx! :D

    ReplyDelete
  10. hahahah hot tak hengat :p

    waalaikumsalam :D

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum zyra.....hakhakhak

    ReplyDelete
  12. pelik bila non muslim cakap "nanti kim salam kat dia nah" then yang muslim tu nak jawab apa ==' . depa bagi salam apa? maka diamkan saja salam itu.

    "alaikumsalam" kalau tak silap.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum tuan rumah.
    HIHI

    betul tu, sekarang ramai yg salah gnakan SALAM

    ReplyDelete
  14. hahaha
    game assalamualaikum tuh sengal betul ah ~ betul2 teringat zaman tadika dulu -.-

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape