Tips Kuruskan Badan Mudah & Cepat

Aish, sebenarnya aku ni bukan lah suka berahsia bab-bab penjagaan badan kasik selim melim ni kan. Tapi aku seganlah nak kongsi cecara nak keep slim ni. Segan takut tadak yang nak amalkan, buat penat aku je bagitau. Ok, apakena agak riak intro ni?

Tapi memandangkan ramai sangat akak-akak kilang, makcik2 kantin dok bertanya cemana aku jaga badan, aku pun nak kongsilah kat sini, harap pesni tadak lagi yang nanya aku soklan lazim cenggitu. Apa lagi, ameklah pen kertas salin sebijik-sebijik tips yang aku nak kasik ni. Gerenti pasni kerengga merah pun jeles akan kerampingan tubuh korang.

Ok, cara dari aku ni memang mudah dan simple dan yang penting sedap. Aku tau korang malas nak bersenam macam dalam telebisyen kan. Malas kemain, tapi kurus nak, huh. Kalau lapan ratus orang ikut cara aku ni gerenti Yun Nam Hair Care pun tutup kedai. Eh, jadah yunam pulak, pembetulan, London Weight Management, Mayfair dan tah segala pusat pelangsingan laing2.

Tips petama: Amalkan makan buah prune sunsweet selalu. Jangan salah beli, nanti kang pi beli pati prune Maya Karin pulak. Nanti karang mata korang je yang galak bersinar, badan naik macam dipam-pam, muehehe. Kalau boleh korang beli lah barang sekarton dua kat Tesco Extra. Kalau boleh satu hari, satu bekas prune tu korang habeskan. Nescaya korang akan berak2 sampai jamban pun akan nyampah nengok muka korang. Tips ni juga sesuai untuk orang2 Aneroxia Nervosa (gila kurus). Daripada korang makan pestu muntahkan balik, baik makan prune, at least makan korang kuar ikut dubur dan bukannya mulut. Ini tak, makan ikut mulut keluar pun ikut mulut, sian ke mulut :p

Tips kedua: Tinggal barang penting merata-rata. Cara ni lebih musatajab dari jogging nam batu sehari, dan jugak lebih mustajab dari pati halia mustajab. Bila barang penting tadak, mesti korang gelabah cari merata-rata dan secara tak langsung lelemak korang jugak akan terbakar. Bukan tu je, hati pun boleh terbakar sekali sebab sakit carik barang tak jumpa. Nak lagi best, letaklah kad pengenalan, lesen di tempat2 yang berlainan dan buat2 lupa kat mana. Untuk henpon, pastikan silentkan dulu sebelum tinggal merata2, takut nanti korang cari dengan menggunakan teknik miskol, tak aci! Lebih afdal lagi kalau korang buat2 lupa time parking kereta/motor kat multi-storey car park. Perghhh silap2 berat korang turun patbelas kilo.


Tips ketiga: Lupakan sarapan pagi. Kalau boleh lunch, dinner pun lupakan, muehehehe. Aku ni memang sibuk sepanjang hari. Skip bekfest perkara biasa, selalu terkocoh2 nak pi kerja roti kemana, kaya ke mana. Tips ni tak berapa sihat untuk batang tubuh korang sebab bekfest tu penting untuk mulakan hari, korang skip lunch atau dinner lebih molek lagi. Aku ni memang lah skip bekfest, tapi aku cover balik time lunch dengan memakan nam kali ganda dari biasa, muahahaha. Jangan tiru aksi ni, elok2 nak kurus terus korang obes nanti.


Tips keempat: Tidur kurang dari 5 jam sehari. Almaklumlah aku ni kan sibuk dan berdedikasi so tidur pun tak menentu. Dah pukul doblas tengah malam pun tengah rancak lagi, maklomla, ramai anak yang nak diberi perhatian. Bila kurang tidur, lemak pun tadak peluang nak tumbuh dengan pesat. Cuma risiko jerawat tumbuh tu agak tinggi lah. Comel apa muka dengan jerawat berterabur sebintik dua di pipi, hohoho.


Tips kelima: Online tenet 24 jam sehari. Lebih elok lagi kalau korang boleh onlaing sampai 26 jam sehari. Bila tengah khusyuk berintenet, secara tak langsung napsu untuk makan menurun, napsu serakah pulak yang mencanak naik sebab tengok menda bukan2, hohoho. Tak kisah la napsu apapun, yang pasti keinginan untuk makan tu tadak.

Tips keenam: Lupakan kotoran, eh silap, lupakan junkfood. Aku tau ramai yang suka kepsi, mekdi, pitza. Bukan orang2 muda je, orang tua pun. Tu semua tak perlu pun dalam kamus hidup korang sebab lemak tepu dalam makanan tu sangat heven. Oleh itu, berazamlah untuk berenti makan menda tu semua sepertimana orang yang berazam untuk berenti merokok. Kalau teringin jugak, korang beli, pastu kasi kat aku, lebih mujarab kahkahkah! Gaji/Duit korang pun dapat dijimatkan dengan cara cenggini.


Tips Ketujuh: Alergik kepada makanan. Cara ni paling berkesan sebenarnya. Aku tau sesetengah orang ni badan kebal, makan apa pun tak lut. So pura-pura lah korang dilahirkan berkulit sensitip, salah makan karang bertukar jadik kuda belang. Takpun cuba korang tanamkan perasaan sangsi kepada makanan. Contohnya: Sebab makan ayamlah jerawat batu korang tumbuh dengan rancak. Sebab eskrem mekdi lah boipren/gepreng korang tinggalkan korang. Haa camtu la lebih kurang, nescaya korang akan membenci makanan dan menjauhi beliau.

Tips Kelapan: Kurangkan minum air. Haaa selama ni dokter suh minum air paling kurang tujuh gelas satu hari kan? Korang kurangkan kepada setengah gelas je tiap hari. Mandi pun secebok je sehari, kalau boleh jangan basahkan kepala, eh tayah mandi terus lah. Nanti bila badan panas, mulut korang akan ditumbuhi ulser (mata ikan). Aku tau natang tu memedihkan mulut time nak makan. So korang akan rasa malas untuk makan.

Tips Kesemilan: Ewah banyak pulak tips aku nak kasi kat korang?

Hahahha itulah serba sedikit tips dari aku untuk mendapatkan berat badan ideal. Banyak lagi tips ni, takpe aku pospon ke entri yang akan datang je. Kemainnnn tips-tips aku, kalah hot tips dari hot.fm kaaan. Sian korang, krem tangan nak menyalin. Tu la len kali print je terus pastu tampal kat belakang pintu tandas, kan senang, muehehe.

Suka untuk aku eksplenkan kat sini bahawasanya aku ni dilahirkan dengan tulang rangka yang kecik so otomatiknya badan aku pun semulajadi kecik. Mohon kakak abang tayah bersusah payah cuba korek rahsia kekurusan aku ni, muehehe. Lagi satu, metabolisma aku masih tinggi, so lemak cepat terbakar. Sebab tu aku makan banyak tapi tak naik2 berat badan. Makin tua, makin kurang metabolisma dalam badan so satu hari nanti aku pun akan gemuk jugak kalau tak dibendung, hek hek hek.

Kepada yang obses nak kurus, jangan ikut napsu sangat, berkuruslah secara sehat. Pedulikkan apa yang orang nak kata, jadi diri seniri kan lebih bagus? Satu lagi, selagi boleh dan mampu untuk makan, makanlah puas2 tayah tahan2 napsu makan tu, karang dah tua dah kena pantang tak boleh nak makan itu ini baru nak nyesal. 

AMARAN: Sekiranya berlaku sebarang alergi atau kesan sampingan setelah melakukan perkara2 di atas, sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera. Jauhkan dari kanak-kanak.

39 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. boleyy ah cuba pasni tips yg diberi..
    cuti sem jarum penimbang asyik dok naik..hewhewhew~-,-

    ReplyDelete
  2. mueheheheh.


    tips gemuk next entry please :p

    ReplyDelete
  3. klau anda mati salahkan BABYZYRA MIAHAHAA

    ReplyDelete
  4. alamak..boleh dipercayai ke ni..haha...

    ReplyDelete
  5. haha.. nak tambah lagi satu... berpuasa sunat :)

    ReplyDelete
  6. Maap shawn, anda terlambat 8 minit. muehehehe...

    rugik nya la kalau x makan mekdi or kepsi... makan je apa nak makan, asalkan sihat dah...

    ReplyDelete
  7. tip nk naik berat badan mcm ne nk? ak mkn byk, berat maintain jer ni...huhuhuh


    http://encikcopypaste.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. pergh....ini x boleh jadi ni...mungkin boleh krus, tpi makin stress...ngahahaha

    ReplyDelete
  9. missha selalu buat no 2 tuh..haha..memng pusing satu rumah nak cri. tapi kurusnya idak pun..hehe

    ReplyDelete
  10. mihmihmih.. cuba2 jgn x cuba :p

    erkk ramai lak yg request tips nk gumuk, haih mau bankrap apeton klau wa kasik tips nt :))

    ReplyDelete
  11. kalau lu tengok kat fb 5 hari wa tak on9 tu anggaplah guwa dh tak dew sebab amalkan tips ang nie..wakakaka

    ReplyDelete
  12. haha,terbaik ah tips.. sy test dulu ye tips ni=p

    ReplyDelete
  13. hokay fineee.
    lepas ni nak makan prune je 24jamm.
    nak kurussssssss

    ReplyDelete
  14. hahhaha.. mmg terbaik punya tips!

    ReplyDelete
  15. sama la kite..dilhirkan dengn tulg rgke yg kecik.mkn bnyk mne pun sush nak gemuk

    ReplyDelete
  16. makan prune sunsweet?mahal la weh.kepsi boleh makan dengan syarata makan pamplete iklan kepsi je

    ReplyDelete
  17. Haha alahai , nanti nak cuba tengok lah :3

    ReplyDelete
  18. sejak dok jauh ngan bini berat turun huhu

    ReplyDelete
  19. huhuhu shian bbyphat :/
    semoga tabah, mihmihmih :p

    ReplyDelete
  20. wa dah ngam six pack..takyah amalkan dah xD

    ReplyDelete
  21. wahh paling suka yg tips mkn sunsweet tu. kecik2 dulu suka kot mkn benda ni. haha tp skrg.. ala kena kurus juga nih XD

    ReplyDelete
  22. tips gila menakjubkan.. pehhh!! lagi2 tips sampai tumbuh ulser tu.. aduyai.. haha

    ReplyDelete
  23. ini tips diet mengjahanam namanya... haha!

    ReplyDelete
  24. erkkk...xmau kurus.....nnt lapo...hehee

    ReplyDelete
  25. tips u mcm retis mesti glampes kuwus cam retis nih...hhikhikhik

    ReplyDelete
  26. NEWEST UPDATE (!) SEGMEN AKU NAK JADI BLOGGER YANG PALING FAMOUS DI DUNIA . HOPE JOIN SEGMEN BARU YG GEMPAKK NI RAMAI2 K :)
    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/06/segmen-aku-nak-jadi-blogger-yang-paling.html

    ReplyDelete
  27. tunggulah tips dari pira pulak. haha

    ReplyDelete
  28. thanks for the tips and a bit funny :) hehe

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape