5 Seni Bangunan Yang Tak Terungkapkan, Todia!

Hai hai, harini gua takmo cakap banyak, just nak share gambar2 menarik bangunan yang unik dan pelik di dunia yang terbekenan di hati gua.

Ok ini entri malas, gua tadak idea nak buat cerita so apakata kita cucicuci mata dan bersenam jari telunjuk dengan scroll saja ke bawah, mueheheh.

*Ye tadak idea, tapi nak update sentiasa, wahhh! statement tak bole nak pergi lagi kan? Enjoy jelah chenel diskaveri gua ni, eh banyak bunyik pulak.

1. The Crooked House - Sopot, Poland

Ok, ini bukan teknik photoshop, bukan jugak sebab salah ejas mata atau teknik cermin tapi memang betoi bangunan tu berbentuk sedemikian. Tengok luaran pun gua dah pening kepala, dalaman ntah le. Dibina dan disiapkan pada taon 2003, fuh tak sampai setaon pun bina natang ni, so yang tadak keja boleh cuba.

2. Ripley's Building - Ontario, Canada

Haaa dulu gua suka nengok rancangan Ripley's Believe it or Not. Best2, semua koleksi dan ragam manusia yang pelik2 serata alam. Sesuai dengan koleksi kat dalam yang unik dan pelik, cemtu jugaklah design bangunan tu seniri. Uish, kalau Mak Jemah yang nengok bangunan ni tobat dia tamo masuk, "runtuh karang, naya!"

3. Kansas City Public Library - Missouri U.S.

Pergh pergh, kalo perpusatkaan design cenggini, yang malas membaca pun terasa nak pura2 rajin membaca. Ada yang cakap bangunan buku ni bukan library, tapi tempat parking library je, lib tu yang bangunan kaler cekelat tu. Wateve lah, janji osem. Buku2 yang dijadikan library tu bukan ditaja atau sebab fofular ke hafe tetapi novel2 terpilih yang ada kena mengena dengan bandar Kansas. Erm erm sajala nak bagitau gua lebih berminat menbaca Harry Potter lagi dari Lord of The Ring, kbai.

4. Cubic Houses - Rotterdam, Netherlands

Peh, futuristik habes rumah kubik ni kan? Rasa cemas sejenak kalau gua ada rumah cenggini, silap2 dengan kepala gua sekali teleng. Kebarangkalian nak sesat bilik pun ada ni. Jangan tanya kalau gua pening2 lalat sentiasa dan salah anggap di antara tandas dengan bilik tamu.

5. Tornado Struck House - Terfen, Austria

Rumah ni ala2 selapas diserang taufan katrina gitu. Bukan luaq ja tunggang terbalik, dalaman pun sama. Memang tadak keja sungguh sapa yang bina ni. Kalau korang masuk, korang mungkin rasa loya mabuk, rasa tunggang terbalik, rasa tak selamat sebab semua benda dalam rumah tu terbalik. Even kereta dengan mangkuk jamban pun. Ahh harap dalam mangkuk jamban tu tadak tahik.


Tu jelah kot yang gua nak kongsi. Gua taleh lelama, dah pening2 lalat kepala gua buat entri ni. Mohon rasa tersentuh dengan kegigihan gua menghapdet info bermanfaat ni, muehehe.

p/s: kat penang pun ada bangunan menarik jugak hafe (refer gambiaq bawah)
PS2: mohon abaikan model kacak tu
PS3: Ahh, dia tadak no. fon!

31 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. bayangkan kalau aku ko duk dalam umah yg terbalik tu,haha

    ReplyDelete
  2. kalau nak masuk jamban tu kena terbalikkan diri.

    teori graviti menjadikan setiap benda berjisim bakal jatuh ke pusat bumi.

    ini bermakna semua tahi akan jatuh ke atas diri sendiri. ok dah. tanak bayang :p

    last pic paling awesome. kacak bukan main :p

    ReplyDelete
  3. onie: mmg huruhara kacaubilau, heheh

    jaja: bila la lu nk p micet

    shawn: kacak sangat sampai bimbang ni :p

    ReplyDelete
  4. tu dia ... unik giler .. hahaha

    ReplyDelete
  5. sumpah hebat gila suma bangunan tu..
    model yang kat bawah tu pown hebat jugak.. HAHA

    ReplyDelete
  6. ieyra: haha unik sampai ilang pedoman

    zwan: model disegani ramai :p

    ReplyDelete
  7. taik terapung ! peh peh.








    laki kuruih tu sapa? hahaha :P

    ReplyDelete
  8. ahhh..super impose ja semua tu..kah kah kah!

    gambaq last tu aku suka..awww

    ReplyDelete
  9. macam penah di tengok muke laki itu ya..tapi di mana ya??

    nice la blog theme nih..? buatkan utk akak bole?? hihih

    ReplyDelete
  10. pirang: kemain suka benda2 terapung noo

    syahet: mohon jgn jeleskan gua ini

    lovelywa: theehehhe mana ada akak, laki tu model sambilan kicap jalen :p

    ReplyDelete
  11. yang tunggang terbalik tu, mcm mana dia buang air ekk?? pelik giler..

    ReplyDelete
  12. zanairin: dia pi tandas awam yang terdekat :D

    ReplyDelete
  13. waaaa...thanks 4 da sharing!sgt menarik info nih! nk buat bagunan pelik gak la.. heeee~~

    ReplyDelete
  14. ciktikah: jom2 kumpul duit nuff, hoho

    ReplyDelete
  15. semart sungguh gmbar2 ni semua, suka! suka tengok...

    ReplyDelete
  16. crooked house tu buat saya pening mabuk semua ada.hahhaa

    ReplyDelete
  17. baby: nasib suka tgk je, kihkih

    boni: ibu2 ngandung taleh pi tempat cemtu :p

    ReplyDelete
  18. adoi, poning nye tgk rumah2 ni.. camne nak duduk ni..haha

    ReplyDelete
  19. gmbr pes n sekond tu semart giler ah... kat blkg umah aku ade bgunan mcm no 2 tu... tp function nye je yg x sama... agagaga

    ReplyDelete
  20. dkt sabah ada satu rumah terbalik :D

    ReplyDelete
  21. semuanya nampak normal bagi aku., jamban kat kg aku lagi pelik + menakutkan., hahahaha..

    ReplyDelete
  22. hahah... memang seni... tapi yang pelik tue, macam mana mamat nie leh enterpreme lak... ahakz...

    ReplyDelete
  23. baru nak mntx no fon td.. koh koh

    ReplyDelete
  24. gambaq last sekali di paragon, penang kan.

    ReplyDelete
  25. bole tingtong kepala kalo dok flm rumah terbalik ngn kubik 2...picta last 2 gurney paragon...suka pertunjukan air dia ja...warna warni..haha

    ReplyDelete
  26. Apa motif gambar kt blh tu ejeejejejejwjwiwjwjw

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape