Aksi Budak Sekolah Manfaatkan Masa Senggang

Semalam kan gua kan mimpi kan gua kan pakai kan baju kan sekolah kan, *Ok, mukadimah yang mintak penampaq jepun.

Gamaknya gua rindu sangat ke zaman sekolah ni sampai terbawak2 ke alam mimpi. Oleh yang demikian, gua pun tergerak hati nak tulih pasai zaman sekolah dulu. So topik perbincangan kita hari ini adalah mengenai penggunaan masa lapang/senggang pelajar sekolah *tetiba skema macam cikgu bahasa.

Masa lapang yang macam mana? Yang pasti bukan masa tengah rehat. Maksud gua di sini adalah masa bilamana cikgu tak masuk, atau cikgu terlewat masuk, atau cikgu buat2 lupa nak masuk kelas, muehehe. Budak zaman sekarang gua tau, mesti mengisi dengan belek2 henset, belek ipad, ipod, dan segala macam benda bosan yang sama waktu dengannya. Nak nak pulak sekarang ni kemeterian tengah pertimbang nak kasi bawak nset ke sekolah kaan.

Ok berbalik kepada tajuk perbincangan, mengisi masa lapang cara budak lejen.

1. Mencontiang atau Mendoodle
gua cukup suka lukih watak kartun *ilustrasi ini bukan gua
Dalam meja gua wajib ada kertas atau buku nota untuk conteng. Gua dulu memang gian menconteng atau lebih sopan disebut menlukis doodle. Even sampai sekarang lah kan, tapi sekarang gua mendoodle guna mouse-pad, muehehe. Ada saja yang gua lukis, dari secomel2 teddy bear sampailah ke seburuk2 ketua kelas, ehh.

2. Mengaplikasikan seni ukir dan sedikit vandalisme
Gua saspek ni keja catherine zeta-jones
Hohoho tipulah sapa tak penah buat, nerd sangat tuu. Bosan2 tunggu kelas seterusnya tangan tu gatal2 conteng meja, kerusi pakai liquid paper, kalau ada pisau kat tangan lagilah. Time cikgu ada pun kadang buat jugak sebab tangan tak reti diam. Kalau pegi usha meja kerusi kelas2 bawahan, lagi ketara 'kreativiti' mereka.

3. Siapkan kerja rumah yang tak siap atau lebih tepat, meniru kerja kawan

Hahahahaha! ini biasalah kan. Gua benci math, so kalau ada soklan yang taleh bua,t gua 'pinjam' buku latihan member kamceng gua yang cemerlang dalam math. Bukan semua, yang susah2 je, gua masih punya kredibiliti hokay? Kira oklah tu time subjek english dia pulak tiru gua, secara saintifiknya disebut sebagai sistem barter.

4. Makan dalam kelas
ngahaha, sungguh kurang sopan
Bila diingat2 balik sungguh biadab gua dulu. Bukan takat masa cikgu takda, masa cikgu ngajar pun gua makan. Bukan cekelat atau kopok tapi hentam nasik lemak terus! Hahaha jelas ketara nafsu tapir gua di situ. Sabau jelah teman sebelah gua, dah lali dan dah sedia maklum perangai gua yang di luar tabii ni.

5. Karang surat
lejenda budak setan yang sebenar
Ok, ini bukan kerja gua. Gua tak reti berutus surat ni, inikan pulak nak mengarang puisi, maaf zahir batin lah jawabnya. Ini kerja budak2 kelas gua yang lain. Kemain cari ilham sambil memandang ke luar tingkap. Sampai gua tiup wisel pun tak bergerak *tipu. Sungguh bermanfaat gua kira aktiviti dorang tu, bagi gua? lebih bermanfaat andai kata gua tidoq, kroohhh.

Tulah serba sedikit sejarah gua di alam persekolahan. Eh kenapa gua tak mensi bermain ea? Sebabnya gua tak suka nanti tetiba cikgu masuk masa gua tengah rancak bermain, potong stim wooo.

"so, you are 11 y/o and had an ipad? you know, when i was about your age, i had something more osem called i.m.a.g.i.n.a.t.i.o.n"

29 orang budak roxx:

Phat said...

nostalgia betul la

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

hahaa ni kira mcm lagu raya dedulu lah, eh

Shawn Razaleigh said...

dulu selalu isi buku biodata org lain

setiap budak pompuan mesti ada buku biodata. hehehe

makanan kegemaran
minuman kegemaran
motto. kah3


comel isabell :p

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

shawn: ahahaha tetiap bulan keja dok isi biodata, tak larat nak lukih dudel :3


haipp isabell dah berpunya

Zul De Alexis said...

gua time sekolah budak baik..bgus betul gua...muehehehe

sarah said...

pandai la hang ni..best je tgk pic kat sini...

Mk Syahir said...

kah kah kah..wa paling suka nombor 4 tu sebab wa tengah lapaq!

Momo said...

bab makan tu dari sekolah rendah sampai menengah still dibuat..haha

keri ikhwan said...

so, you are 11 y/o and had an ipad? you know, when i was about your age, i had something more osem called i.m.a.g.i.n.a.t.i.o.n"

aku suka ayat tu. osem! haha

piko pink said...

amboi..gaye bdk 2 xleh bla...hahaha

✰ BbyzyЯaRoxx ✰ said...

zul: leh caya ke, kuhkuhkuh

sarah: cek xpndai mn aih, huu

mk: baru blajaq posa ke hafe :p

momo: itu sudah sebati :')

keri: hahaha, malu aii :p

KorN said...

gmbr last tuh memang style abeh lah... hahaha... dah macam ultraman... xpenah aku wat skil cenggitu dulu...

❤ Si Budak Vanilla ❤ said...

haha. .mmg keje sy kt skolh la 2. .mendoodle ats bku nota. . :P

imagination is important than knowledge. . :)

Encek Rizaira said...

aish teringat balik zaman sekolah dulu...mmg best..

piraaa said...

masa skolah dulu gua bawak tin biskut cap ping pong untuk berkelah didalam kelas sambil memandang bontot cikgu2 yg duk lukih kat whiteboard. legen kan? hahaha

miss fluffy said...

haha conteng meja & kerusi aktiviti ms lapang ku..last2 cikgu lntik jd ajk kebersihan..hambik..hehe

Cik tikah said...

suka gores gores meja dgn pembaris. hehehe

~MiZz Atie ZieYa~ said...

perh..superman karang surat cinta..terbaik lah

zanairin said...

hahaha.. selalu gila makan dalam kelas.. tapi sorok2 la..

ZiErWa zAiNaL said...

mmg rindu sgt2 zmn sekolah.. :)

PotiaCasaDelarossa said...

tak leh blah gambar yg last tu.. flexsible sumgoh

cik nanad said...

rindu zaman sekolah..nak sekolah balik..tapi xnak amek exam :p

nadzirah sofia said...

mkn dlm kelas yg plg syoknya

afzalsukasuki said...

masa aku sekolah2 dulu kan, aku..aku..err aku..







































































eh maap aku terbawak2 perangai tido sewaktu dalam kelas dulu2

Ezzat Shukri said...

hehehe.....ezat tgh skol lgi.. mcm ni la gelagat kwn2 kt skolah

PotiaCasaDelarossa said...

ekekekek... baby zerokkk

cimöt said...

alahaiiii.. rindu plak nak jadik budok skoloh mula...

Bitt (doubeIS) said...

hahahhahhahha teringat zaman2 dulu2...tapi pic uuu yg karang surat tu tak tahan sungguh! hahahhaha

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

semua too eyqa pena wat.. hehehe

 
Copyright© ZyraRoxx Inc. 2011 All Rights Reserved