Selamat Hari Merdeka! Yey Cuti Lagii

Zyra Roxx
1873, Oxford St.
Penang

Kehadapan Malaysia yang tersayang,

Terlebih dulu gua nak ucap selamat merdeka yang ke-55 buat lu, gua rasa happy sangat mendudukan diri atas perut lu ni, empuk..

Gua bangga jadik rakyat malaysia, biarpun ada je makhluk yang beranak, idup kat malaysia tapi malu jadi rakyat malaysia. Salu kondem barang buatan malaysia, tak penahnya sokong, tapi lu jangan gusar sebab gua yakin amat berlambak lagi yang berbangga dengan lu.

Sekarang ni gua nengok ramai pulak yang berusaha untuk musnahkan kemerdekaan lu. Buat rusuhan sana sini nak kasi orang luar tengok betapa teruknya malaysia ni. Bagi gua makhluk2 ni tatau nikmat aman merdeka, kat sekolah pemalas nak belajar sejarah, tiap kali exam sejarah dapat F tak pun G.

Ya, bagi gua orang2 dungu yang tak reti bersyukur nikmat merdeka ni memang buta sejarah, sebab kalau depa belajar dan fahami sejarah depa akan tau betapa susah payahnya untuk lu nak kecap nikmat bebas merdeka, betapa deritanya lu yang penah dijajah, tak terhitung jumlah air mata dan darah yang tumpah, tak terganti nyawa2 yang melayang percuma. Kalau faham, takkan nak buta2 ganggu gugat keamanan lu kan.

Penah tak tertanya-tanya kenapa orang dulu rela berkorban bergadai nyawa untuk merdeka, dan bukan untuk depa seniri pun! Bukan bukan.. untuk sapa lagi kalau bukan generasi akan datang, yakni generasi gua, tu yang gua malu bila ada yang tak reti hargai. Depa nak generasi baru hidup senang, tayah susah merana macam depa dulu. Depa sangat sayang kat lu malaysia, betul2 sayang. Huhuhu 

Ok, kita lupa sat orang yang tak mengenang budi tu, kita pi pulak kat orang2 yang dah harumkan nama lu bebaru ni, lu pun tau kan Malaysia bawak balik 2 pingat dari Olimpik London itu hari. Satu perak dari Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton ngan satu lagi gangsa dari Pandalela Rinong dalam acara 10M Platform.

Ada jugak yang pertikaikan kenapa tak bawak balik emas, tapi gua tak peduli gua tetap bangga tak hengat, nama lu gah di seluruh dunia, itu lebih utama. Kalau dulu orang luar tatau pun pasal lu, sekarang dah tau. Ada sorang mat saleh yang gua jumpa cakap dia ingatkan malaysia ni macam satu pulau yang penuh dengan pokok kelapa je, tapi rupanya ada KLCC. Ceh, megong kan?

Sekarang gua rasa malaysia tak ketinggalan lagi, kalau sebut asia, mesti malaysia ada dalam senarai. Gua tengok kartun Totally Spies terbitan omputih pun dah dimentioned nama lu, gua baca novel Shopaholic and Baby karya penulis mat saleh pun ada nama malaysia. Gua bangga beb, bangga :)

Gua tau surat gua ni nampak macam mengarut, panjang tak berhaluan, huhu. Gua cuma cuba mengekspresikan betapa gua menyanjungi dan menyayangi lu. Tapi rasanya kasih gua terhadap lu tak terungkapkan. Biar kita2 je yang tau, ewaah.

Gua berharap kemerdekaan ke atas lu ni kekal sampai ke anak cucu gua pulak nanti, insyaAllah.

Terima kasih malaysia, gua sayang lu ketat2. Tima kasih jugak sebab mencutikan gua :p

Yours sincerely,
Zyra ROxx



P/S: Gua harap boipreng gua tak jeles dengan surat ni dan hubungan kita, ehh :p

37 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. yeah!!!!!!!!

    merdeka merdeka...semoga terus kekal aman...amin

    ReplyDelete
  2. kemain oberdos entry ko eh.. bajet macam duduk amerekaa jauh nya.. padehal naik feri bayar 7 ringgit dah sampai... penang jer pon.. kalo dok pantai gurney pon leh nampak seberang.. muahahhaa...

    ReplyDelete
  3. sebuk ah ko korn, ko tatau ke nama2 jln kt penang ni mcm london? =.=

    ReplyDelete
  4. terharu bace.. hidup malaysia..!!XD

    ReplyDelete
  5. Pasni aku rindu nak baca blog kau :')

    ReplyDelete
  6. Ewah. Surat khas untuk Malaysia. Hihi.

    Bangga jadi rakyat Malaysia. :)

    ReplyDelete
  7. jasad kita bebas dan merdeka.
    tapi minda masih terjajah.
    apa pun aku sayang Malaysia, tak kiralah masyhur ke tak nama kat dunia luar.
    biar orang tak kenal pun takpe, asal malaysia aman, makmur dan merdeka dari semua aspek , bebas dari kekacauan, bebas dari rasuah, penyalahgunaan kuasa.

    ReplyDelete
  8. pnjg gilerrr..x bernafas guwa baca...ahahaha

    ReplyDelete
  9. oke next entri gua wat 3 patah pekataan je :3

    ReplyDelete
  10. boipreng mu ini sgt menjelesi surat ini. kahkahkah.

    selamat menyambut merdeka. :)

    ReplyDelete
  11. jom gi sambut kat dataran merdeka..haha

    ReplyDelete
  12. Terbaek! Saya sayang Malaysia!!!! Merdeka! Merdeka! Merdeka! ^___^

    ReplyDelete
  13. kahkahkah. knape sweet sgt surat utk malaysia lu ni? ehh. haha :p

    ReplyDelete
  14. pesti gua akan merindui perarakan dan bunga api kat padang kota :((

    ReplyDelete
  15. pesti gua akan merindui perarakan dan bunga api kat padang kota :((

    ReplyDelete
  16. merdeka !

    jum jumpa kat dataran :)

    ReplyDelete
  17. cantiklah doodle...anyway selamat hari raya dan selamat hari kemerdekaan ;)

    ReplyDelete
  18. Wahhh..terbaikk la.. salam merdeka raya ^_^

    ReplyDelete
  19. salam merdeka, bangga maa jd anak merdeka ni =)

    ReplyDelete
  20. tacing la..hhehe

    salam merdeka :)

    ReplyDelete
  21. happy merdeka!!! *lompat bintang ;p

    ReplyDelete
  22. suka bc surat lu tulis..
    pecah kaca pecah gelas,
    sudah baca harap balas..err-,-

    merdeka!i lebiu MY

    ReplyDelete
  23. wa sebagai rakyat Malaysia amat terharu dengan surat lu nie zyraroxx.. T_T bertapa wa bangga dengan Malaysia tanah tumpahnya darah, negeri kelahiran ini.. moga ianya kekal merdeka dan aman sentiasa.. amin.

    ReplyDelete
  24. Bagi ak Politik dan merdeka tu bukannya benda yg sama kan? which our media should be the one who is responsible with that ;D

    Ap2 pun aku sayangkan Malaysia.. Tapi bukannya bermakna ak berpihak kepada certain parti politik ^^

    ReplyDelete
  25. salam kemerdekaan.. done follow here...nice blog :)

    ReplyDelete
  26. happy merdeka iman dan jiwa ;)

    ReplyDelete
  27. pulau yg penuh dgn pokok kelapa tu, buat gua tergelak kejap..


    kah3..

    teruk ngat..!

    ReplyDelete
  28. salam merdeka.. comel doodle die.. in my list..hehehe

    ReplyDelete
  29. i love malaysia.. so so much... aku sayang ko malaysia... sambil lari2 bawak bendera malaysia..

    ReplyDelete
  30. pehhh..wa terharu baca..panjang2...gegiler..mendalamnya perassan ang terhadap malaysia....
    wa tumpang terharu..tsk.tsk.tsk.


    Jom Layan Video Parody Ain Dzaya ber-Oppa Gangnam Style

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape