Jangan Nak Ciom Bontot Sangat




Hi.

Gua tahu agak tersensasi tajuk entri petang ni. Wah tadi pagi buat entri, petang buat lagi, terasa retis diri ini. Sebenarnya gua mendapat idea ni time drive balik rumah tadik. Jalan yang biasanya smooth seperti smoothie nenas + mangga tetiba diselaputi jem strawberi harini.

Konklusi dalam palotak gua time sangkut dalam jem tu: mesti ada eksiden ni, kalau tak masakan jem tumpah sebegini banyak. Nyesal gua tak bawak roti wholemeal gardenia bersama :3

Dengan hujan renyai2 manja, cuaca sejuk, gua nak balik cecepat sebab bantal selimut semua dah get ready tuggu ketibaan gua, tapi terlemas dalam jem pulak, argh.

Gua pun meninggikan volume radio tanda protes pada jem kunun padahal telinga gua senirik yang menahan siksa. Sebagai seorang blogger sejati, idea senantiasa tercetus dalam keadaan tak terduga. Gua dapat idea bila duk perati gelagat dreba2 yang lain, yang kesabarannya jauh lebih tipis, nipis dari gua. Keji sungguh depa sebab suka ciom bontot kenderaan depan depa tanpa rasa malu.

Tak sanggup gua nak saksikan lelama, gua dapat mengkategorikan dreba2 tersebut kepada:

1. Pencium bontot level beginner

Mereka ni salunya yang baru beberapa hari pegang stereng. Tiap kali nk ciom montot keta depan salu terngiang2 kata2 cikgu memandu yang salu berpesan supaya jarakkan kenderaan sebelum anda dijadikan padang jarak padang tekukur, *wahh merapu teruk. Anyway mereka tetap mencuba2 tunjuk expert dengan membototi rapat2 kenderaan di depan.

2. Penciom bontot level selfish


Yang ni memang merata2 tempat ada terutamanya di penang. Target mereka adalah kenderaan yang suka mencilok, pantang nampak ruang. Tujuan mereka ciom bontot adalah sebab tamau kenderaan lain mendapat nikmat bau bontot kenderaan di depan dorang, agak tamak haloba, tak beri peluang *wahh dah macam eklan Ridsect.

3. Penciom bontot expert


Dreba jenis ni memang berpengalaman dan berinsurans bernilai jutaan ringgit. Mereka dapat menciom bontot laju2 tanpa rasa segan silu akan orang sekeliling. Dekat je nak sentuh bontot orang depan, depa akan brek, jalan brek, jalan brek, jalan brek, sangat tak sabar dan nampak ghairah sekali

4. Penciom bontot kamikaze

Ini memang dreba gabungan jenis expert dan selfish. Ada ke patut bontot ambulans yang innocent tak hengat tu pun diorang ciom beramai2? Mereka mengambik kesempatan atas kelajuan dan priority yang diberikan terhadap ambulans yang berbunyik nyaring. So that depa pun dapat keistimewaan yang dinikmati ambulans

* * * 

Ok, kembali ke alam nyata, memang tepat kata hati gua, memang ada kemalangan melibatkan bontot. Sebuah toyota unser dengan rakusnya telah menghentam bontot sebuah perdana v6 dek kerana gagal mengawal keinginan untuk menciom bontot yang membuak2.

Dah berlambak kempen, dah berbuih mulut instructor kelas memandu kasik ceramah pasal jarak kenderaan ni. Selagi dreba tu senirik tak serik dan taleh bendung ketagihan mereka terhadap bau bau bontot kenderaan lain, selagi tu kes-kes sumbang cemni akan terus jadik kat jalan2 raya malaysia.

Tau tak aktiviti ciom bontot ni satu efek domino? memula ciom, pastu tersondol, pestu eksiden, pestu jem terok, pestu nyusahkan gua jugak, oke, tu je. bye bye bye.

22 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. sgt mnyampah pencium bontot tahap jutsu kamikaze..huahua

    ReplyDelete
  2. mujur gua bukan pencium rakus..kuh kuh kuh

    ReplyDelete
  3. INI BUKAN DEDEQ .. HOHOHO ..

    BYKKN JADIK SKNG NI .. ISH ISH ISH

    ReplyDelete
  4. Hahahaha kelakar2 especially yg last tu =.="
    geram juga tgk ad je yg nk jadi mcm Mr Bean dok cium bontot ambulans tu

    ReplyDelete
  5. Semua kalut nak balik sampai umah cepat.. Pastu lahap duk mencium bontot kete orang lain.. Kesudahan semua tersumbat dalam jem strawberi.. Kesian mereka yang tak berdosa terpaksa menyumbat sekaki padu.. Eh?

    ReplyDelete
  6. mcm lah ciummontot boleh buat traffic gerak lebih cepat. lol. xda beza sgt pun kan.

    ReplyDelete
  7. jenis drebar penciom (muah2)kamikaze ni xmakan saman weh.. aishh

    ReplyDelete
  8. hahaha, siap da penciom buntut kamikaze :)

    ReplyDelete
  9. kah3.. cium bontot sbb xnk kasi org laen cium sama... pesen kedekut punye org....keh3....

    ReplyDelete
  10. haha pencium bontot di jalan...okey..aku tak pndai bwk keta...tak rs lagik cmne situasi cium bontot ni...huk3

    ReplyDelete
  11. Kenapa jadi macam ini? Jawapan mudah. Sebab negara kita, terlalu mudah untuk dapat lesen memandu. Maka, yang ada ialah pemandu-pemandu bangang. Berapa ramai yang ingat peraturan mengekor siang atau malam? Kalau ada yang masih boleh menjawab, "Siang, jaraknya satu tiang. Malam, lampu kiri kenderaan mencecah tayar kereta hadapan". Kalau yang boleh ingat, baguslah. Yang tak ingat itu, bolehlah kita kategorikan sebagai pemandu bangang.

    Geram sikit baca entri kau. Sebab aku memang bengang dengan kebanyakan pemandu Malaysia. Patutnya JPJ ikut cara PDRM ajar bawa kenderaan.

    ReplyDelete
  12. Dari ko cium montot keta tu lagi elok ko cium aku ha ha ha >..<

    aku dah terjunkan ko punya blog lam blog list aku harap maklong & pakong ye.. ni nak gi terjunkan si shong the sheep nyer lak :P

    ReplyDelete
  13. kehkeh macam2 jenis dreba ade kan? n btw comel doodles! :D

    ReplyDelete
  14. tu bukan cium bontot. baru hidu je. cium kt langgar. eh?kan?

    ReplyDelete
  15. ngadap dengan Malaysian .. sabor je lah

    ReplyDelete
  16. Hai ms zyra :) anas masukkan blog ni dalam blog roll oktober blog anasyg k :)

    ReplyDelete
  17. cium lah bontot kereta anda sebelum kereta anda di cium bontot kereta org lain.. ekekeke,..

    ReplyDelete
  18. wa pun kadang kadang , petang petang gersang jugak nak cium montot yang lain, kalau tak jgn harap wa lepas jem..

    ReplyDelete
  19. aku level 3 rupanya..jalan, brek, jalan, brek..nasib baik tak eksiden..kehkeh

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape