Tips Sebelum Berjumpa Exam

*sedang berlangsung*

**************************************************************************


Musim perayaan dah habes tiba musim peperangan batin pulak dalam kalangan pelajar sekolah.

Di kesempatan ini, gua dengan setulus dan sepenuh hati nak gelak dulu berdekah2, kahakahkahakahakah!! warghh kah kah kahkahh! kih kih kih!! hik hik hikhikkkss!! keh keh keh kehhh! hiok hiok!! koh koh kohh!

Gua dah bebas seperti burung tuiter, bebas dari ancaman exam ni. Ramai beno gua nengok yang keluh kesah sebab nak exam ni, nasiblah semua mangsa2 UPSR, PMR, SPM, STPM dan yang sama waktu dengannya, maaplah, gua dah tak hapal tarikh2 exam tu semua, muehehe.

Rilek, rilek, di sini jugak gua nak titipkan tips buat yang berkenaan. Ewah macam lah gua ni segenius Amalina nak kasi2 tips bagai. Gua harap sikit sebanyak dapat jugak membantu, hew hew.

1. Bernazar + berdoa

Gua tak pasti, tapi arwah mak gua salu pesan kalau kita nak sesuatu seeloknya bernazar lah. Kalau nak sesuatu yang elok je, kalau nak merompak dengan jayangya tayah la benazar. Bernazar ni tak semestinya buat kenduri besar, cukuplah pasang niat untuk buat kebaikan dan ibadat. Eh baik rujuk yang arif agama dulu. Nazar gua dulu simple je: nak baca surah al-ikhlas 100 kali kalau dapat masuk U, alhamdulilah tercapai dah hajat :)

2. Seimbangkan aktiviti

Gua paham ramai yang haram tak penah buat dan ikut jadual harian. Tapi gua rasa penting kot menda tu supaya hidup lebih terurus. So nanti tadaklah tido lintang pukang, makan pakai tak terbela dan mandi tak basah, eh yeke. Yang penting rangkaian sosial musti dibuang jauh dari list, harus, wajib, mesti, perlu, ini serius.

padat, tepat, mutakhir. sila jangan ikut

3. Jaga Makan

Bila nak exam bukan semua leh dibedal. Jauhi makan masam2, nanti palahotak lu orang pun jadi kecut macam asam, keh keh. Gua tatau secara saintipiknya tapi tulah pesan orang2 dulu. Jangan jugak makan kepala ikan, organ2 dalaman hewan, semut dan lain2 binatang merbahaya :p

4. Buat nota kecik

Cara ni gua dapati efektif, bagi gua dulu la. Gua suka wat nota kalerful2, kecik, comel dan padat. Sesuai untuk gua bawak ke mana2. So, ada je masa leh belek2 nota, hatta time sopim pun. Amalkan amik point penting je, jangan salin semua sejibik sejibik macam buku teks, tu buang masa namanya, huh. (tak sesuai buat yang pemalas nak mati)

5. Sediakan peralatan lengkap

Cam gampang je tips ni tapi gua nak bagitau jugak. Ada jugak alasan untuk lu orang kuar sopim kaaaaan. Pastikan pensel, pemadam, lampu picit, pembaris, kicap jalen dll ada dan mencukupi. Kat exam nanti bukan boleh pinjam2, walau gua tau tu taktik meniru yang paling ampuh. Harapnya lu orang tak jadi macam Mr. Bean time exam nanti, kahkah!

6. Jaga Kesihatan

Ni di amik dari pengalaman gua selama berkecimpung dalam dunia exam. Nak dekat exam jaga perut, hati, limpa semua. Gua dulu sakit perut gila kibas punya time paper sejarah, mujur dah nak habis so gua gagahkan jugak nulis hingga ke titisan dakwat yang terakhir sebelum lari kuar dewan. Yang ada sakit sawan, amik ubat apa yang patut siap2, kes sawan dalam dewan pun dah penah gua saksikan. Mat rempit, muhon gantung motor kat balkoni dulu, takut nanti terpaksa jawab exam pakai kaki. 

berasa sangat teruja andai sakit gigi/perut time menjawab
Sudah lah kot tips sikit2, nak tulis lagi takut bazir kertas je karang, dah la pengawas peperiksaan tamo bagi gua kertas lebih, kah kah! Wah terindu pulak nak exam :3

Gua dulu pun tak pandai, tiap kali nengok result exam/ujian, rasa nak terjun longkang, tapi gua usaha sungguh2 tanpa jemu. Kalau korang rasa nak givap, tatap lah muka buku mak, ayah, nenek atau sapa2 je yang lu kasih, kompom semangat akan datang berlimpah ruah, tu pun kalau korang benar2 sorang insan lah, hoho.


P/S: Gua dedikasikan entri ni untuk adik tersayang gua Adila Saddam yang bakal dipinang STPM, keh keh. Cintailah exam, nescaya exam akan mencintai anda ;)

23 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. wajib ke bawak pistol?? kalau wajib, gua nak beli. nanti senang gua ugut pengawas peperiksaan supaya bagi gua tiru. hewhewhew

    gua takde masalah kesihatan bila nak exam tapi gua ada masalah jerawat dalam lubang hidung setiap kali exam. haremmjadahhhh???!!!

    p/s: gua tengah setadi ni kak :)
    p/ss: tak payah nak bg contoh nota sejarah laaa. gua tak suka :(

    THANKS KAK. SAYANG LU <3

    ReplyDelete
  2. wah nk cuba lah harap wa leh jd best student..ekeke

    ReplyDelete
  3. walaupun tak ada exam lagi untuk diduduki, saya nak try jugak la tips2 ni.hahahaha

    ReplyDelete
  4. untung lah dilang ada entry tuk dia. awrrr awrrr

    jeles tiba2 hehe

    ReplyDelete
  5. Tersangat berguna tips ini
    terkedu gua baca. eh
    sememangnya gua tengah exam.
    final exam pulek tu. T_T
    nasib baik sumer tips tu mmg gua amalkan :D

    Psst doakan gua dapat di el eh eh hihi

    ReplyDelete
  6. Bagus juga tips2 ni xD
    pernah terjadi aku terlambat nak kemas peralatan utk exam bila smpai2 habis tertinggal pensel case dah terpaksa pinjam dari kawan pula xD

    ReplyDelete
  7. Good luck to all candidates. jangan gopoh-gopoh jawab exam, harus slow and steady. Hakhak

    ReplyDelete
  8. lepas baca entri ni tetiba semangat meluap2 nak pegi exam.
    *aku nak rekomenkan tips2 ni kat adik aku yg bakal menduduki ujian memandu.

    ReplyDelete
  9. psitol pun bawak sekali ?? haha

    salam kenal dan follow :))

    ReplyDelete
  10. miyauuu :D wa plak yang terlebih eksaited nak p amik exam ;)

    ReplyDelete
  11. bereh..tapi cmne lau yg dlm kelas ngantok dengan lec yg ntah pape

    ReplyDelete
  12. haha tips terbaik..dh lm rsnya aku meninggalkan spm...haha btw, jadual yg ada kt tips no.2 tuh boleh guna lepas exam...cunn!!;p

    ReplyDelete
  13. x penah ade jadual dulu.. ^_^

    ReplyDelete
  14. berbeza sgt dgn tips dari shong... ahahhaha...mana satu nak ikut ni... hiokhiok.. =)

    ReplyDelete
  15. x tau nak guna tips mana...umo dh expired..eh, blum!!

    ReplyDelete
  16. hahaha.. sempoi lah entri nie! like it!

    ReplyDelete
  17. kalo sekolah kena belajar dari mula..tp bila masuk u esok nak perkse hari ini baru baca buku

    ReplyDelete
  18. koh koh koh..sangat bernas..

    woii..jadual wa lu curik takde credit pom :'(

    ReplyDelete
  19. wa suka tengok jadual tu..buat wa rasa ohsem time peksa..tambah2 lagi subjek yg ada 6 kedit hour...awwrrr...

    ReplyDelete
  20. orang malas pun boleh bejaya. haha

    ReplyDelete
  21. terbaek laa jadual tu... rajin susun :p

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape