Cerpen 3 Suku Versi Remix Apakah (Part 10)

Bagi memudahkan persefahaman dan mengelakkan perselisihan faham antara suami isteri, anda dinasihatkan supaya klik episod2 berikut terlebih dahulu:-

Cerpen 3 Suku Versi Remix Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8 | Part 9|


* * * *

Caer kaget. Kelibat 2 orang yang berjalan laju ke tandas tadi memang sah Shong Musjowo bersama Zul Lexus, heh, penangan gulai tempoyak semalam lettew, sampai tercirit bagai. Caer telan liur, Habis lah kalo depa pun ternampak gadis misteri yang bersama Lina dan Zaty tadi. Jadahnya lah dua orang ni, ada je dimana2, "tak boleh jadi ni.." bisik hati busuknya lagi.

"Hoih!! Arjuni mengepak2 rimas bebetul di depan lobang idung lebar si Caer, hampir saja dia menyedut pepari kecik tu ke dalam rongga. Caer mengeluh, "sibuk ah lu ni, lu nak apa?" langsung dia tak percaya akan kewibaan Arjuni yang kununnya dapat bantu beliau dapatkan gadis misterius tu dengan mudah.my.

"Gua nak tolong lu, lu buat kerek pulak ekkk?" kata Arjuni sambil bercekak pingang beliau yang bersaiz 0.23 milimeter. "air apa dalam balang tu?" tanya Caer sangsi. "hoho inilah air mata kucing.." kahkahkah!! Caer berdekah ketawa, bikin orang lalulalang berlalu cemas "Takat air mata kucing, Mama gua sambil berjogging pun bole buat, kohkoh!" Arjuni mencebik, "ni air mata kucing mati beranak sulung lah, rare tahu?" 



"Ah sudahlah" Caer menepis botol yang sebesar kelengkeng tu dari Arjuni, "hoih! nasib tak jatuh! kalo pecah lu mampu bayar?!" tempelak Arjuni sambil peluk erat botol kecik tu. "tanak sudah! gua kasik orang lain, huh!" PING! Arjuni menghilangkan diri sambil tinggalkan dedebu kuning kat idung Caer. "jahanam punya pepari, puihh!"

"Ko dah kenapa bercakap sengsorang, berkelaku macam orang kurang siuman kat sini?" Sergah mama Caer bengang. "Tapi tapi tapi tadi ada pepari mama.." "Ko tak bole ke kalo tak malukan mama barang sejam dua? Pepari apa? yang aku tawu paripariputih.blogspot je haa" Caer hanya tersengih2 sambil mengentel manja hujung t-shirt Lady Gaga yang dipakai mamanya. "Mama mama.. orang nak tanya ni, emm emm sapa awek yang dengan Lina Zaty tu ma?

"Tu Roziroxx, anak buah makcik Bella kamu, tak sangka ko ni bukan setakat tak guna, malah nyanyuk jugak, dulu time kecik2 bukan ke ko salu main2 dengan dia?" Roziroxx??? Bukanke nama tu keluar dalam mimpinya semalam? Caer terlopong macam orang utan kehilangan pasangan kelamin. Ingatanya kembali ke lapanbelas tahun nan silam... syiuuu~

~ ~ ~ ~ ~


"Hoih Pondan! Ko nak tak roti ni??? Jerkah Roziroxx sambil mengekeruk2 buntut. "Tanaklah aku" balas Caer sambil membelai manja rambut Barbiezura, anak patungnya yang berbaju pink. Roziroxx mengesat hingus hijau yang meleleh sambil nikmati roti kaya yang jugak kaler hijau, mencangkung sebelah Caer. Caer mual. Roziroxx sengih2, "awat ko suka sangat main natang ni?" tanyanya. Caer pantas jawab "sebab dia comel, tak macam ko, comot, busuk, gengster.. DEBIK! hidung Caer terima tumbukan tepat Roziroxx, Caer menagis berlari mendapatkan mamanya yang sibuk bergosip di bawah pokok jambu sedang Roziroxx berdekah ketawa...

~ ~ ~ ~ ~

PEKK! seekor ikan kembung yang belum baligh melekat tepat ke pipi kiri Caer. "Haaaa berangan lagiiiii" kata mama geram. Caer kembali ke alam realiti, "Roziroxx.... budak gengster tu? Peh peh pehh, kalo gua tau dia membesar cenggini nescaya gua akan keep in touch dengan beliau" cakapnya sendiri sambil tersengih2 sampai kerang2 busuk di pasar tu pun tabik spring.

Mama Zaimah mengeleng2 kepala perati kelaku Caer, "dah, japgi kita pi lunch dengan derang" katanya perlahan. "de de dengan sapa mama? "Dengan makcik Bella and the geng tu lah!" Mama tinggikan suara sebelom berlalu. Apaaaaa?? Caer mula gelisah, cemas, nyesal dia tak mandi pagi, nyesal pakai spender basi, nyesal tak... arghh! Caer kaget. Serentak itu dia terpandang Roziroxx, mata  bertemu 0.12 saat sebelum masing2 beralih pandangan. Arghh arghh Caer tensen.


Caer terasa cecair panas ngalir lesu kat hidung, Caer mengesat guna tangan. Sangkanya darah hidung akan tetapi rerupanya hingus kuning yang kuar, ceh mahu je dia lap ke baju seperti selalu tapi.. ah, bukan harini katanya lalu mengelap ke apron Wak Danial yang leka memotong ayam.

Rambut kering yang kusut dicakar2 guna jari, huh tak kemas, dipandang kiri kanan, tadak opsyen lain. Telapak tangan dijilat2nya rakus terus ditekapkan ke rambut. Hmm, bole tahan, lubang hidung berkuping dikoreknya laju2 sehigga bersih. Selesai mendandan diri, Caer kelihatan 47.2% lebih bersih. Manakala apron Wak Danial pula... err tak sanggup gua nak describe.

Caer tersenyum puas sebelum berpaling untuk menuju ke gerombolan makcik Bella serta mamanya serta gegadis itu. Kedua tangan dikepal2, dada dikembangkan macam ayam serama, tekadnya bulat, Senyumnya melebar. Caer atur langkah. 



Tetiba langkah jadik longlai, semua kembali kendur. Terlihat kelibat Shong Musjowo bersama Zul Lexus tengah rancak bergebang dengan gegadis itu, Hampa, Caer pasang gear reverse, baru setapak dia gostan tetiba datang semangat untuk teruskan perjuangan yang belum selesai tadi, terasa rugi dia berdandan diri kalau sia2, huhh. Dia mara ke depan, setapak, dua tapak,

"Caer.." namanya dipanggil dari belakang "Apalagiiiii??!!" jerkah Caer mengetap gigi, bayak betei halangan nak sampai ke garisan penamat. Caer berpaling, serentak itu dia terasa hampir pitam, jantung berdegup kencang!

Dalam pada masa yang sama jugak telefon gengam Sonierikseng mama berdering dendangkan lagu Katy Perry, mama yang ralit bergosip dengan makcik Bella kocoh2 angkat telefon, "haluuuuuu..." terus mama terkedu di situ.

to be continued 

* * * *

Siapa, mengapa, bilakah, apakah yang menegur Caer? Berapakah nilai telefon gengam Mama?  Siapakah yang koling2 mama? Adakah Caer berpeluang mendekati gadis itu? Apakah nasib apron Wak Danial? Siapakah bapa kepada ikan kembung yang dibeli Mama? Kemana Arjuni menghilang? Apakah hubungan Zul Lexus dengan ikan buntal di pasar itu? Apakah? Apakah? Apakah?


Semuanya bakalan terjawab dalam episod akan datang yang bakal digarap oleh penulis skrip lain pulak okeng? Siri cerpen ini dibawakan oleh geng blogger Apakah? dengan kerjasama Skup Production Sdn. Bhd.

Kesemua watak merupakan geng blogger Apakah yang spotim abis, sila raba nama2 tersebut untuk ke blog mereka, trimas! 

22 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. 1ST. japgi aku komen. nak baca dulu...

    ReplyDelete
  2. 2nd...! nanti DRC baca puas2.. haha

    ReplyDelete
  3. 3rd..jakgi aku komen lagi sekali..hahaha

    ReplyDelete
  4. 4th jap2...nk layan...hehehe nyebuk jugak

    ReplyDelete
  5. kemain memasing nak chopp tempat dulu kan =.=

    ReplyDelete
  6. bhahaha...wa rasa nk gelak tengok komen atas wa nie..bhahaha..kira wa lah yg baca dulu baru komen..haha

    wah! x sangka wa byk persoalan bermain di fikiran..kahkah...ca'er korek idung x leh bla..hihi..

    pergh! selendang merah bersama baju pink..winkwink

    ReplyDelete
  7. ha ha ha ko memang sengal kan baby?? LOL part-part merapu meraban ni, bagi le ke ko "poplat" harus dalam gengaman.. bila aku baca ni, boleh aku bayangkan kesengalan si caer dan mamanya yg sungguh x le blah.. ha ha ha mohon tepuk monton tenuk caer 50 kali... ha ha ha lawak sampai kuar ingus ijau.. mue he he he >..<

    p/s: kemain comei si zyroxx tu kan.. sapa tu ek?? ha ha ha >..< pakek kontek leng biru lagi.. ko hade?? :P

    ReplyDelete
  8. Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

    ReplyDelete
  9. erkkk 1 kfinee , wa gojes mcm lady gaga je . bhahahahaha

    ReplyDelete
  10. 6th ahahaha...nak sambung jugak tu..XD

    ReplyDelete
  11. cerpen ni mcm bleh siar dlm ujang je. xpon dlm novel. tp kan. dalam utusan pon bleh.. hmmm...

    ReplyDelete
  12. aku terpegun tgok lukisan2 tu je...sgt la ohsem...

    ReplyDelete
  13. caer dgn mama dia tu sama je. sepesen.. asal mama dia tu garang sgt eh?? eeee, caer tu ada hingus kuning =)

    ReplyDelete
  14. muahaha...Arjuni jd pari2?? sejak bila..kahkahkah...zul ngn shong tu duk bekepit jek..ade pape ke?? @@

    comei ngat Roziroxx tuh..nk masuk minang boleh..kui3..
    terbaekk la zyra ^_^
    syabas betei..xsbr tggu smbgn..hiks

    ReplyDelete
  15. lepas nafas reda akibat gelak tak hengat dunia baca sume part,..kina dtg komen blik,...ku xdtg tuuu,..semput la tuuu,...wakakaka

    ReplyDelete
  16. eeii caer ni... nak usha awek tapi hingus kuning...
    bolehlah segeng ngan roziroxx yang hingus hijau tu...
    hihi!

    jantung caer terlebih berdenyut? kenapakah??

    siapa sambung part 11 ni, cepat sambung!! :)

    ReplyDelete
  17. dah part 10 upe ye, x bagi tahu wawa pun ek

    ReplyDelete
  18. terbaik..just follow the flow..

    wa harap takdak orang bunuh watak wa lagi..hiok hiok

    ReplyDelete
  19. more interested with those doodles. why they are so cute :)

    ReplyDelete
  20. kau buat novel la boleh? confirm laku di pasaran dunia dan alam semesta..haha

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape