Oh! Peniaga Melayu

Gua bangga jadi orang melayu. Even satu ketika dulu orang puteh penah mendefinasikan melayu sebagai satu bangsa yang malas dalam kamus mereka, atas campur tangan kerajaan malaysia makanya pekataan tersebut dikeluarkan. ah sudah, gua bukan cikgu sejarah hoi. (cikgu bahasa gua bagitau time belajar asal usul bahasa melayu form 6, tulah pentingnya sejarah, reti?) 

Gua tetap bangga even gua taktau samaada gua ini 100% berdarah melayu ke tidak, cewah bajet mix kunun, sila sekeh kepala gua beramai2.

Tapi gua tak bangga dengan peniaga melayu. serius.

Gua cuba sapot peniagaan melayu dengan membeli barang di kedai depa andai kawasan tu terdapatnya kedai melayu. tapi  mengapa peniaga melayu salu paksa gua ke kedai apek? ya depa memaksa gua dengan menyebabkan gua fedap dengan ayat berikut:




"tadak duit kecik lah dik"




Sungguh gua fedap dengan ayat tersebut. sesungguh-sungguh hati. bersungguh-sungguh bagai pemain bola sepak bermain, bagai ning baizura menyanyi lagaknya kesungguhan gua itu.



Wahai peniaga melayu (tak semua) tahukah anda apa itu deposit? Ya deposit. ingat pegi bank je guna istilah deposit? junub betei pemikiran. Amik contoh cashier. Ingat seorang cashier supermarket itu lenggang lenggok pi duk kat kaunter? Tak, depa akan bawak duit deposit yang diberi oleh pihak supermarket. cakap logiknya: mana depa nak cekau duit nak bagi balik balance kat customer?

Logik itu perlu jugak digunapakai untuk peniaga. Kalau jual udang tepi jalan tu, janganlah bawak diri dengan udang semata. Perlu diingat yang pelanggan ni bukannya bawak duit ngam ngam, cukup cukup RM4.50 untuk beli sekati udang.



Tapi gua sedih sebab bangsa lain reti, tahu, dan guna deposit. Apek paper misalnya. Abang gua hulur RM50 untuk satu paper berharga RM2.20 pagi2, diulang, awal pagi oke. Tanpa sebarang bunyi apek tu amik dan bagi balik balance RM47.80. Sebab? 

1. Sebab dia dah prepare deposit lah;
2. Dia faham kalau orang ada duit kecik takkan buta2 nak bagi duit besar-besar; dan
3. Dia tamau annoyingkan customer (jaga hati) sebab tu perniagaan maju!

Gua pegi kedai waktu pagi cakap tadak duit kecik, mungkin gua boleh tolerate lagi, yelah kedai baru bukak. Tapi time petang, malam pun manjang tadak duit kecik, meniaga apa ni? takkan gua sorang je customer? sedih gila kot kedai sebegitu.

Uncle india yang gua salu pi kedainya untuk beli susu dutch lady (bapak murah, lagi murah dari tesco) memberitahu gua bahawa dia salu pi bank tuka duit kecik untuk preparation. nampak tak? nampak tak cemana bangsa lain tangani isu duit kecik ni.



Salu sangat isu ni timbul, hatta time beli nasik pun. "takpela dik, esok2 lah bagi lagi 50 sen tu na". Bagi orang yang buta hati, memang takkan bagi dah, tapi gua jenis yang tak senang kalau sesuatu perkara tak settel, tak tidur malam gua mengingatkan gua ada berhutang. Esoknya gua pi beli lagi nasik berjumlah RM3.80 campo hutang 50 sen jadik RM4.30. "takpela dik, esok lah bagi lagi 30 sen ni" Aaargh! gua stress!

Nampak gaya macam gua kena bawak seuncang duit syiling ke mana2 sahaja persis santa claus membawak guni hadiah.

Banyak lagi kelemahan melayu. kalau nak ditulis, maunya 2,371 entri pun belum tentu dapat habis. 


Kamon peniaga melayu, WAKE UP.

53 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. setuju ~ itu je yg mmpu wa ckp kn.. yg selebihnya ang dah ckp kan... muhun baca balik entri ni..eh!!!

    ReplyDelete
  2. betul jugak ekk... pnah ad kes cm ni =='

    ReplyDelete
  3. betul jugak ekk... pnah ad kes cm ni =='

    ReplyDelete
  4. kakakaka @syakir rahman :))

    salu terjadi pada diri ni @bella :3

    ReplyDelete
  5. betui tu kak , kadang2 naik fed up dah . :D

    ReplyDelete
  6. kalau halalkan 50sen tak pe jugkkan. ni tak , nak jugak kita kecikkan duit tu :( hurm ~

    ReplyDelete
  7. gua nak gitau, bukan duit deposit tapi duit terapung. kahkahkah.

    namanya float money ok

    ReplyDelete
  8. pakai duit saidina je. tayah amek baki dah :p

    ReplyDelete
  9. ahh dulu manager gua panggey deposit @pirang

    ReplyDelete
  10. kalau gua, gua kenyit2 mata kat abang kedai tu. "takpelah dik. abang halalkan je. abg belanja"

    yeayy!!! hahaha


    er, kalau akak2 or makcik2, gua segan nak kenyit mata. kbai

    ReplyDelete
  11. alahai setakta 30 sen 50 sen kira halal je la.. kira bersedekah bnyak pahala dan rezeki mencanak2 masuk

    ReplyDelete
  12. betul la...tp kalau kita xbg duit kecik...nnt ada yg buat muka..aduiii spoil sikit mood kat situ...

    ReplyDelete
  13. sangat setuju ! kadang2 rasa bengang jeee . ada ke siap suruh kita lak pi kedai lain tukar kat kedai lain . mana tak hot ~~

    ReplyDelete
  14. betol la sangat! selalu kena camni..(-_-")

    ReplyDelete
  15. wa mcm tak berapa nk paham part ni
    'junub betei pemikiran'

    junub? wa tau maksud mandi junub jer =.='

    ala, setakat 30sen, 50sen berkira...lu halalkan jerla..cepat cket kaay pniaga2 melayu tu

    ReplyDelete
  16. kalo aku pg kdai, ade belen seposen ke dua posen ke tiga posen ke, aku mesti segan nak amik.. tmbah2 pulak yg jenis lembab nak pulangkan balik belen..

    *harap2 komen aku ade kne mngena dgn entry.. huhuhu

    ReplyDelete
  17. ni bukan soal baki tapi arghh! attitude man attitude.

    ReplyDelete
  18. Tu la mcm meniaga tak berapa sungguh2. Byk kali tau, dari brg keprluan yg penting sgt2, terpaksa letak semula... Gara2 peniaga ckp tak ade duit kecik. Adeih... dah la jauh2 pi kedai dia. Sekali mcm tu je ckp. Sumpah tak kan pegi dah. Tapi, tak semua mcm tu... at least ade jugak iisiatif peniaga pergi tolong pecahkan dgn member lain. baiknye hati... :)

    ReplyDelete
  19. ahahahahahahahahahahahhahahaha

    betui betui betui
    #hurr , keras perut ah :D

    ReplyDelete
  20. hehe...slalu je jd cmnie..

    sbg pmbeli,,kita pun kne prepare gak..
    kita kne pecahkan duit2 kita dgn mgunakan batu lalu dberi kpd peniaga tersebut...sekian. :D

    ReplyDelete
  21. betei la..aku sokong 100% cintaku..eh dangdut lak..org melayu kena byk belajar dri kaum lain cr menega..bru curlasss..ni tak, menega tak tera mana, gaduh bapak dasat gila..*ini mmg berlaku dpn mata den-,-

    ReplyDelete
  22. bab duit kecik tu mmg bikin hangin 1 bdn -.-'

    ReplyDelete
  23. btl. tapi kita kena perihatin jugak. if hari malang kedai too orang dok bagi duit besar. dia pon xleh nak tolong jugak

    ReplyDelete
  24. ahahaha..ptt kita yang minta di duit kecik..dia minta plak minta kita kan.XD

    ReplyDelete
  25. HAHAHAA... lucu2... tapi kan.. wana sebagai peniaga.. xde lah mcm tu.. tp ade gak customer dtg beli air RM1.00 bagi duit RM50.00 amboii.. rupa2nya nk tukar duit.. uisshhh geram gak mcm tu..

    ReplyDelete
  26. Aku paling x leh bla kalau kita nak menda apa2, pas tu tanya ke org tu.. dik "si polan tu ada tak...?" pas tu dia dgn muka tarik kak namplo cm lebau dan tebal, boleh cakap dgn suara ala-ala katak tak cukup makan, siap cakap tak tau la.. cuba carik kat sinun atau sinin... (eh.... ni kedai aku ke kedai dia?? typical malay shop ~ mohon jan ada yg terasa ni aku ckp betul...) lau aku gi kedai cina tu... aku blm mintak lagi dia dah tercegat depan aku, siap bagi few samples... ni macam ok ke kak?? ha ha ha ko tengok layanan VVIP walaupun kedai dia ala-ala boleh la.. kan.. satu lagi kalau gi kedai runcit melayu, cina & mamak.. yg dua belakang ni.. tanya la apa jer mesti ada jual... dari sebesau2 barang menyampai le sekecik2 barang mcm pengorek gigi contohnya... lau gi kedai si polan yg no 1 tu.. kadang2 buat sakit pudi kencing aku jer.. bila tanya mendangnye tak de.. ha ha ha (tapi tak sume) aku pung cam ko gak baby nak cakap WAKE UP PEPS! KITA DAH HIDUP DI ALAF NAK MENYAMPAI KE 2020... tak kan duit tukau pun tak dok.. =..=

    ReplyDelete
  27. yup...setuju..sepatutnya sebagai peniaga kene prepair tambah2 awal bulan hehehe

    ReplyDelete
  28. setuju.tp tak semua peniaga melayu cmtu.lisa tolong mak lisa jaga kedai runcit ,kitorg da prepare sesiap duit kecik utk balik balance2 customer ni:)

    ReplyDelete
  29. stujuuuuuuuuuuuu,...tension arr klu g beli ja asyik xdak duit pecah nk bg blik balance,..meniaga cmna xde duit,...aaiisshhhh

    ReplyDelete
  30. Aku pi kedai buku, ada jeee cakap takde duit kecik... Padahal dah tengahari woii ! Menipu gila ! Gerammm, tensen pun ada !

    ReplyDelete
  31. aha,tahu takpe weh. Sikit-sikit takde duit kecik. Lu nak tahu,gua beli kupon pakrking kereta tu,beli satu jela, rm0.60 jadi gua bagi rm1.00,pastu dia ckp dia takde duit kecik,padahal gua rasa kedai dia byk org datang:kedai surat khabar. jenuh gua tukar duit. -,-

    ReplyDelete
  32. betei,....betei....baru satni p kedai, "kak, ada duit kecik?"

    kalo p kedai cina x penah tnya ada duit kecik ke x..yang depa tanya ya nak apa,,ada2..sana2....kalo kita beli A siap promote x mo beli ini B ka?

    tp support juga la kedai melayu sebab pk kaum sndiri

    ReplyDelete
  33. itu lah peniaga kita
    berniaga tp x prepair
    cam ner nak maju kan? hehehe

    ReplyDelete
  34. betul tu..tu kalau cakap je okay lagi.tak termasuk stok mulut dia nak membebel dekat customer..entah apa2

    ReplyDelete
  35. what to say? dah mentaliti dorang camtu. orang meniaga dia pon nak meniaga jugak..

    cukup kan komen ni? kalau lebih kira halal la eh.. ;p

    ReplyDelete
  36. betul..selalu jadi macam ni..malas nak pergi tukar kat bank la tu

    ReplyDelete
  37. rasa mcm nak cakap setuju 1 juta kali tau ! bukan pasal duit kecik aje .. hari tu ada beli carrot susu dgn kedai depan ..

    dah la lambat nak mati tunggu . pastu boleh pulak dia buat dgn annoyingnya tanya :

    "air sape ni" *tak buat lagi air tu*
    "mak " *jawab saya malas + mengantuk*
    "wah kelas mak kau sekrang . minum air carrot"

    oh my ! whats her problem ? carrot je kot .. nak aje jawab "mak aku kelas atau kau yg kolot . mak aku siap gi hotel 5 star minum air lagi best dari kedai kau la" nak aje bash mcm tu -,-

    ReplyDelete
  38. ayah mak gua meniaga, siap bawak duit kecik 5,6 ratus sebab takmo kelam kabut. -_-

    ReplyDelete
  39. betul2.. pasal tu peniaga melayu payah nak naik.. lagi satu bila peniaga melayu berjiran sesama sendiri mula timbul sihir menyihir atau pun kondem salah satu.. patutnya saling menyokong ini tak.. haiyaakk!!

    ReplyDelete
  40. Salah satu punca melayu meniaga payah nak maju nilah dia.. -..-

    ReplyDelete
  41. fedup gak gua kalau cenggitu pe'el peniage mlayu..sikit-sikit kasi alasan xde duit kecik la, xde pecah la...xde siling la...

    sediakan payung sebelum ujan #eh

    ReplyDelete
  42. mntk duit kecik tu paling malas nak dgr.hehehehehehe

    ReplyDelete
  43. ah ha..memang selalu..takde duit kecik..he

    ReplyDelete
  44. pape ntah... peniaga melayu la salu macam ni..bukan nak kutuk..tapi hakikat..aku kena tunggu berjam2 semata2 dia p carik orang nak pecahkan duit... pernah skli aku pulak kena marah sebab bagi duit besar sangat.. adeke patut??????

    ReplyDelete
  45. betul2 ! benci ngn situasi macam ni :/

    ReplyDelete
  46. setuju ! selalu alami situasi cm nie @@

    ReplyDelete
  47. memang selalu sgt jadi camni. kdg2 menyirap jek terus wa malas nk beli kat kedai tu. ahaha xD

    ReplyDelete
  48. sakit hati part takde balance 5posen.
    "adik, ambik gula2 ni ye?"
    tetiap hari dok 5posen.
    smggu dah rm3 dah.
    T___T

    ReplyDelete
  49. MEMG CAMNI KEN .. SIB BEK DEQ PREPARE DUIT HALUS AWAL2 SBLUM G BUKAK KEDAI .. << BANGGA DIRI SIKIT ,, HOKHOK

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape