Bersama Untuk Gaza


Berdoalah untuk mereka tiap usainya 5 waktu,
kalaupun kurang mampu.




Dari mencacimaki puak Yahudi yang terang2 dilaknat Allah (cacimaki tak dapat mengubah apa2 pun), ada baiknya kita berdoa supaya, lebih ramai lagi Yahudi berfikiran sebegini:


"the only difference is the difference you hold on to. if you still holding onto the hatred from the mid centuries you will never live in the 21st century. lets get over it."





Kalau mampu, hulurkan jugak sedikit sumbangan berbentuk kewangan kepada mereka,
tidak kira seberapa banyak, asal seikhlas mungkin. Sedangkan internet pun bulih seringgit sehari.







Dan gua tertarik untuk memetik post Afzal Sukasuki di dalam GBS:

"Di sini nak aku kongsikan kisah nabi Allah Ibrahim yang dibakar agar dapat kita berfikir sejenak dan jadikan iktibar. Sewaktu nabi Allah Ibrahim dibakar dalam bara api yang marak, datang seekor burung kecil membawa air dalam paruhnya untuk memadamkan api tersebut. Tindakannya disedari burung2 lain yang hanya melihat dan mentertawakannya. Ada seekor burung yang besar memperlekehkan burung kecil tersebut lalu bertanya 'Adakah air dari paruhmu yang kecil itu mampu memadam api yang besar?'

Balas burung kecil 'Ingatlah, Allah takkan tanya di akhirat nanti adakah air yang kubawa ini mampu memadamkan api.. tapi yang ditanya nanti apakah usaha aku untuk memadamkan api tersebut'

Jadi di sini aku menyeru rakan2 agar dapat menyumbangkan sesuatu untuk bumi berdarah Palestin. Walaupun kita tak tahu bagaimana kesudahannya, tapi aggaplah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita"



SEKIAN

12 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. betul tu . Yang penting kita mesti bantu saudara-2 islam kita kat sana yg amat mmerlukan prtlongan dari kita :) nice entry sis !

    ReplyDelete
  2. bantu la walaupun sebesar kuman kan bb kan

    ReplyDelete
  3. comelnya doodle tu.. betul2 doa itu pun satu sumbangan.. tapi jika kita mampu buat lebih dari doa apasalahnya kita buat kan? bak kata burung kecil tu.. :)

    ReplyDelete
  4. SAVE GAZA...ALLAHUAKBAR..!!!

    DONE FOLLOW U BACK, TQ DEAR!!!=)

    ReplyDelete
  5. mereka sangat2 perlukan saudara2 mereka di luar palestin utk membantu mereka.. jom sama2 kita membantu mereka..

    ReplyDelete
  6. tiada apa yang aku mampu lakukan hanya dengan doa. selamatkan mereka Ya Allah :')

    ReplyDelete
  7. lagik stu , kite jangan cepat melatah , terus mengatakan laknat israel lebih molek kalaw kate nyahkan zionis .. jom singgah ke blog CP :)

    ReplyDelete
  8. kalau semua umat islam pikir
    http://jeritpekik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. genjatan senjata dh jadi tp xtaw la tahan bpe lama

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape