Konspirasi Kondom (10.11.12)

Alkisah maka syahdan tersebutlah sebuah unibersiti yang dihuni pelbagai bangsa layaknya.

Klasik nau intro gua, syahdu gua membacanya. Okokok sambung balik ke penceritaan gua ini:


Sebuah fakulti yang dirahsiakan nama dari sebuah universiti ternama yang juga dirahsiakan namanya (padia ni) telah membuat suatu lawatan sambil belajar ke sebuah kilang barangan getah.

Sungguh teruja mereka dapat melawat kilang, maklumlah time nunggu keputusan SPM dulu tak berpeluang nak kerja kilang. Maka adapun sampailah depa ke bahagian membuat puting botol susu.

Kedengaran bunyik 'hisshh-hisshh pop' berulang-ulang kali adanya. Jurucakap kilang yang membawak bebudak ni melawat dengan senang hati menerangkan bahawa bunyi 'hisshh-hisshh' tu terhasil dari getah yang ditiup menjadi bentuk puting dan 'pop' terbunyi bilamana jarum dicucuk untuk membentuk lobang.

Ok, pelajar2 terangguk faham lah cekununnya. Maka mereka pun pura2 menulis sesuatu di buku nota. Seterusnya mereka berangkat pulak ke bahagian produk yang sangat laris di serata dunia. Tak lain dan tak bukan produk kondom. Bukan kodomo lion, bukan.

Ternganga kejap bebudak jakun ni perati cemana kondom dibuat, ada jugak yang cam malu2 tapir, padahal salu beli, ehwah termengarut dah gua. Okok, dalam duk perati tu kedengaran bunyik 'hisshh-hisshh-hisshh-hisshh-hisshh pop' berulang2 kali jugak.

Sorang budak berasa kaget lalu bertanya dengan penuh hemah dan skema: mengapakah terdapat bunyik pop jugak. Oh, jurucakap itu dengan tenang menjawab, memanglah, pada setiap kondom yang keenam akan dicucuk hujungnya supaya berlubang, sama seperti puting botol susu tadi.

Haih? Bebudak menjadi heran binti ajaib, bukankah itu tak baik untuk kondom, nanti bocor pastu termengandung cemana? Tanya mereka risau. Nampak sangat mereka2 ini seorang pengamal kondom yang tegar.

Sambil senyum2 jurucakap memberitahu bahawa, teknik yang dibuat itu berkesan untuk pemasaran puting botol susu tadi. Senang cakap, kalau tak buat cemtu, bimbang puting botol susu tak laris pula nanti.... kehkeh.






harap syarikat kondom tak cari gua :3

24 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. melampau ~ tapi skrg ni kondom lagi laku dari puting susu.. sbb bebudak skrg ni maen cmpk dlm tong smpah je...ehehehhe.. so taktik diorg utk lariskan puting susu tuh x masuk akal... kah3...

    hebat x inferens aku :)

    ReplyDelete
  2. maka alkisahnya sungguh jilaka lah penceritaan anda :p

    mengapa tidaknya setiap kondom ke pertama berbunyi pop begitu?

    hahahaha :p

    ReplyDelete
  3. macam ada pengalaman je girang :3

    ReplyDelete
  4. ah. entry lucass ke ni? huk huk huk

    ReplyDelete
  5. betul juga kan..
    ish ish ish...
    macam pernah baca cerita macam ni,
    tapi bukan kisah kondm n puting susu la..
    barang lain, tp lupa..=)

    ReplyDelete
  6. alkisah cerita ini menghairah kan saya untuk mencari kilang tersebut..wakaka :D

    ReplyDelete
  7. Hahahaha. Budak tu terkena. Gila lah taktik kilang nie tokey nak cepat kaya.

    ReplyDelete
  8. tertanya pula hamba adakah ini semua agenda illuminati yang telah dibocorkan?

    kisah benarkah ini?

    ReplyDelete
  9. kahkahkah mcm haram...ak phm dgn maksud tersirat yg cuba disampaikan..nak jer ak huraikan tapi takut jd spoiler kpd org lain lak nnt...

    ReplyDelete
  10. kenape aku xphm2 neh? nmpk sgt suci murni awww ;p

    ReplyDelete
  11. entah.. macam tak paham jgk sbnr nye. buat2 paham je lah.. haha

    ReplyDelete
  12. aku rasa aku nk buat2x xpaham..huhu

    ReplyDelete
  13. cepat pulak aku faham cerita ni..miahaha..

    ReplyDelete
  14. jadah....pes time aku xfhm crta jenis mcm nie

    ReplyDelete
  15. bersiap sedialah..syarikat kondom akan mencari anda..hahahha :P

    ReplyDelete
  16. oh baru gua tahu itu rupanya bentuk kondom.. selama ini gua fikir bentuk dia macam puting susu. :P Gua rasa elok tuan hamba cadangkan agar kondom itu dihiaskan dengan ukiran bunga2an mungkin ramai yang tertarik nak beli dan jadikan perhiasan.. gua faham apa maksud lu sebenarnya. haha

    ReplyDelete
  17. ermm hamba tak fham pd permulaan mksd tuan hamba ni...tpi bila dibaca 2kali...yee hamba paham maksud tuan hamba dan telah menyebabkan.hamba malu2 kambing...bhahahahahaha

    ReplyDelete
  18. mn komen aku... rs mcm dah komen kat sni.. hmm...

    ReplyDelete
  19. 2 kali aku baca baru aku paham..haha..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape