Stupid Silly Star!



Hi u olls! Ade sape yang baca paper The Star tak harini (27/02/2012)?? Islam di hina lagi! Apabila The Star yang yang tak tau jaga sensitiviti pembaca Muslim telah menerbitkan gambar sorang artis hodoh dan tak fofular yang bertatu kalimah Allah! Gambar tu besar kottt.. Memang jelas dan terang.. Ape si Bongok ni dh tak de gambar lain ke? Erykah Badu si kafir ni khabarnya bakal datang ke Malaysia, ada fans dia tak kat sini? Angkat tangan pat aku nk kondem habis-habisan!



Dan ini juga bukan kali pertama paper The Star "tak sengaja" hina Islam. Dulu derang pernah publish satu buffet berbuka puasa ada pork. WTF?? Dulu aku suka gak baca paper ni tapi sejak akhir-akhir ni, aku dah beralih arah ke NSTP. Huh! mencik The Starrrr!

A photograph of American singer Erykah Badu with tattoos of various symbols, including the Arabic word for Allah, was inadvertently published in Star2 today. We sincerely apologise to Muslim readers for this oversight. - The Star
Tapi apasal aku tak leh detect sebarang tanda-tanda ikhlas dalam ayat derang di atas? huhuhuhu... anyway, harapnya jangan lah buat, mintak maaf, buat lagi, mintak maaf lagi. Taulah rakyat Malaysia ni pemaaf pon, Jangan amek kesempatan ok? Lebih afdal lagi kalau pecat je editor bangang tu. Peace!


Bumblebee Recycleable



Salam malam Jumaat buat semua ^__^. Malam ni saje nak share something osem dgn korang semua, thehehehehe.. Mesti ramai yang sukakan Transformers kan? Yup I'm a girl tapi zyra sangat suka Transformer lebih dari Barbie taww! Cakap banyak pun tak guna..layan jelah gambar2 kt bawah nih, hohoho. Kreatif yang teramat lah sangat.. susah maw percaya! Arghhhhh!! Macamne dia buat?? Tension aku nih!


Percaya tak figure ini dibuat dari kotak KFC? Demmmmmm...








Perghhh kalaulah berlambak manusia mcm dia ni, mau gulung tikar kilang Hasbro kt China. Ahaksz! Nak try? Gi beli KFC, jangan sampai dapat penerajang udahh.. wakakakaka! Tapi KFC kita kaler merah. So, sapa2 yang nak wat Optimus Prime (kekasih hatiku) boleh lah try test tengok! Sekian.

http://babydoll.girly.jp/wp-content/uploads/2012/02/image06_4.gif

High Heels dan Jalang



Gudnyte semua! Malam2 ni tiba-tiba terasa nk cakap pasal high heels pulak, ahaks! Kalau bab kasut yang tinggi-tinggi ni kan, zyra suka wedges je. Sebab lebih stabil kot! Ngeeee ~ Kalau ke kedai-kedai kasut suuuuuuka sangat tengok kasut yang macam-macam jenis dan pesyen, sampai yang tak tercapai di akal pun ada! 

So, apa kaitannya dengan jalang kan? Ngarut je zyra neh, Sabo-sabooo macam ni, dulu-dulu la kan (tak tau la sekarang macamana) mak cik-mak cik kat kampung zyra kalau pakai kasut tebal-tebal sangat nnati kena cop Bohsia! Huhuhuhu betol la, sebab dulu tyme zyra kechik-kechik dan innocent lagi gitu, zyra tengok memang betul kasut tebal dan tiggi satu kemustian. Hehehe! Opps ada yang tak tau apa itu bohsia? Bohsia pompuan yang digalas jantan ke sana sini. Kalau sekarang, orang panggil minah rempit kot? Ntah le, tapi yang pasti satu gejala yang tidak sihat ye adik-adik.

Tapi bila dikaji-kaji balik, ada betulnya kot cakap makcik-makcik tu. Sebab sekarang model-model sexy dari barat amnya mesti pakai heels 7-8 inci tinggi, nampak lebih sexy katanya. Toing2.... Hurmmm, salah satu rules untuk dress like a bitch dan amat digemari para pornstar. Tetttttt! Tengok ajelah kt bawah ni, asal sexy je mesti kena kasut tinggi...


Haaaa.. Jangan pikir zyra tak senonoh pulak, hohoho sebenarnya tak nampak apa yang sulit pun disebalik Encik Troll tu, cuma tersangat sexy untuk tatapan umum. Heh! Ahhh tak kisah lah kan, kita bukan nak pakai kasut cenggitu pun. Gila lah kang tak pasal jantan-jantan idong belang ngikut kt belakang. Tak ke haru kan kan? Heels camtu kasi free pun tak nak, tapi kalau kasut kat bawah ni nak nak nak dan nakk!!

Please, sesapa tau tak kasut ni wujud ke idak? Huhuhu, flexible lah. Macam transformers gitu, I loooikes! Heels boleh jadi flat, genius! Pastu tengok pulak gadis-gadis gojes pakai pumps dengan jeans, meletop abis! Tapi tak berapa minat pumps-pumps ni, kalau banyak duit nak pumps dari Christian Louboutin kat bawah ni nak pakai bila berdeting dengan bakal boipren. Khihihihihi.... (berangan, berangan, berangan!)


Papehal pun, ikutlah keperluan diri kita. Kalau selesa berselipar pakai je selipar kalau suka bercapal pakai jee janji kita hepi kan? Yang ber'high heels' tak semestinya jalang dan yang berselipar tak semestinya tak jalang, Ahakssss! Mengarut-mengarut di malam buta best gak. Kbai
 

Suka Benci?



"I hate you!" dah selalu sangat kena lafaz. Kadang2 tak perlukan sebab spesifik pun untuk bencikan orang. Iri hati, sakit hati dan macam2 lagi yang membabitkan soal hati boleh buat kita jadi benci, even orang tu tak da salah apa pun dengan kita. Hurmmm... Mesti ramai yang penah hadapi situasi yang sama kan?


Nak menambahkan lagi perasa sedih bila orang yang benci kita tu punyaaaaalah baik depan kita. Pijak semut ke kuman ke tak mati, pergh, dasyatnya hipokrit dia! Tapi takpe, ustaz cakap biarlah orang membenci kita, tapi kita jangan sesekali membenci orang. Ikutlah budi perkerti rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang tak pernah simpan perasaan terhadap orang2 yang bencikan Baginda. Memang lah kita tak seperfect Nabi kan tapi at least kita try ikut sunnah Baginda :)

“Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling belakang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah Subhanawataala yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya. Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya.”(Hadis riwayat Muslim).

Lagipun, sebelum kita ada rasa nak benci-benci tu baik kita fikir siapa diri kita yang suka-suka hati je nak membenci orang. Walaupun orang tu jahat dgn kita sekalipun. Apa yang kita dapat dengan saling dendam berdendam? Baik saling maaf-memaafkan. Hati senang, pahala pun dapat. Takkanlah kepuasan dapat membalas dendam lagi best dari ganjaran Allah S.W.T kan?

Baik jadi macam Encik Troll, walaupun orang sakit hati dgn tapi dia sentiasa tersenyum dgn perkataan femes beliau: "problem?" "u mad?" Ngehehehehh!

Bila benci makin berleluasa.... Baca sini.

Pengalaman VS Kelulusan


Sekarang ni bilangan siswazah memanglah berlambak-lambak sampai melimpah ruah tak dapat dibendung. Hehehe... Siswazah pulak ada macam-macam perangai dan 'cakadak' masing-masing. Ada yang choosy, ada yang ok je kerja apa pun asalkan halal (bagus diorang ni).

Tak kurang jugak yang naik hantu bila warga-warga emas masih belum 'dibenarkan' bersara. Ada sorang kawan mengeluh, "dok simpan orang tua-tua je, abis yg muda-muda ni nak keje ape?" Gulp! Memang agak pedas tapi padanlah dia pun memilih pekerjaan, baru grad dah nak keje pangkat tinggi, memang kena tunggu bapak dia bukak kompeni dulu lah jawabnya! Huhu..

Setengah orang memang susah sangat nak paham, atau buat-buat tak paham bahawa pengalaman itulah yang dikejar oleh majikan! Nak kejar graduan buat apa kalau dh berlambak2 dalam pasaran, lainlah kalau pointer tu bombastik atau jurusan yang diambik tu kritikal (grad je terus disambar). Makanya, sebab itula kita kena keja dulu, tak kisah lah keje apa pun kan janji dapat pengalam. Biarlah kita bermula daripada bawah, asalkan kita akan berada lama di puncak nanti, jangan jadi cam Mawi AF, cepat sangat berada di puncak, cepat pulak jatuh berdebuk! Oppsss.. Hehehe..

Kat sini ada satu cerita menarik tentang pengalaman dalam kerja dan mengapa mereka begitu berharga..


Insiden berikut adalah tentang kegagalan enjin kapal yang sangaaaaatlah besar berfungsi. Tuan kapal tu dah try bermacam expert untuk tengok apa yang tak kena dengan kapal kesayangannya tu. Tapi sorang pun tak macamana nak baiki enjin kapal tu.

Kemudian, pekerja dia ni bawak sorang tua yang dh lama baiki kapal, sejak zaman dia muda-muda lagi. Orang tua tu bawak beg punylah besar bersama-sama dia dan bila dia sampai, dia cepat-cepat memulakan kerja. Dia check enjin kapal tu dengan cukup teliti dari atas sampai bawah (tak tau lah enjin kapal tu besar mana).

Tuan kapal pun ada jugak kat situ, tengok je orang tua ni wat keje. Berharap sangat-sangat dia dapat baiki enjin kapal tu. Selepas tengok, check sana sini, orang tua tu bukak beg dia dan keluarkan satu tukul kecik. Dia ketuk sikit dekat something dalam enjin tu. Tiba-tiba je enjin tu terus hidup dan dia pun simpan tukul dia tu. Enjin dan dibaiki! Seminggu kemudian, tuan kapal tu terima bill dari orang tua tersebut yang berjumlah $10, 000.

"Apa?!" kata tuan kapal. "Dia bukannya buat apa sangat pun!" Lalu dia pun tulis surat kepada orang tua tu supaya dia perincikan apa yang dibillkan tu. Orang tua tu pun hantar sekali lagi bill yang bertulis:

Ketuk dengan penukul : $2.00
Tahu di mana nk ketuk: $9,998.00

Wah, kelesss pak cik tu punya ayat. Ala-ala iklan Master Card gitu; know where to tap: priceless. Cheewahh! Cayalah pak cik! Phew, rasa macam baru lepas bacakan bedtime story untuk bakal anak je.. khi hi hi hi~

So, sekarang ni jelas dan terang kan kenapa pengalaman dan pengetahuan tu penting? Moga-moga cerita kat atas tu dapat dijadikan ikhtibar kepada encik2 dan cik2 graduan termasuklah diri saya seniri. Huhuii.. Tak payah lah bangga sangat usung ijazah ke sana sini kalau kat 'dalam' kosong. Zaman berbangga dengan sekeping ijazah dah berlalu.. kalau 30 40 tahun dulu lain lah tapi sekarang.. teng teng teng.. Ahaks! Jadi, sudah-sudah lah salahkan pihak sana sini bila diri sendiri gagal utk dapat keja. Nak menunggu SPA je susahlah. Bak kata pepatah, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pergh, rasa macam Karam Singh Walia kejap. Hahahahaha! Motifffff

Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"

Segmen ni sangat2 lah sesuai utk blog shaye yang dh macam forever alone nih.. huhuhu, sudi-sudikan accept me as your blogger friends kayyy! Comel..
Jom! join sekali, kalau nak join klik je kat doremon syomel tu, nnt terus dia bwk anda ke blog cik Leeza! ^_^


Wondering: macamna bloggers otai boleh dapat ribu2 followers. Shaye ni, dpt sorang pun syusyah! Bhowowowooo! nangis dgn buruknya, Ahakss!

Troll Attack!

Assalamualaikum y'olls!

Sekarang ni internet joke cukup fofular dengan meme atau troll kan? ^_^ cik baby cukup suka dgn rage comic yang terdiri drpd character2 meme nih. Gambar biasa pun boleh jadi lawak bila adanya troll face, cereal guy, foreveralone (sian dia), dan macam2 lagi! Yang bestnya, orang buat rage komik ni utk menggambarkan sesuatu yang pernah dilalui in everyday life dan ada pulak joke yang buat kita terfikir "ya x ya jugak kan". Kena pulak kebetulan benda tu pernah jadi kat diri kita jugak! Kat bawah ni rage comic yang cik baby wat dan sentiasa terjadi tiap kali lucky draw (x penah lucky)

Untuk lebih banyak meme joke boleh lawat DamnLoL.com ataupun laman mukabuku OLRPHT. Pastu kan kalo rasa2 nk buat rage comic anda seniri boleh lah jenguk2 page ni:

quickmeme

memebuilder

ragegenerator

Ohkeyh, lepas ni boleh lah kongsi2kan pengalaman lucu atau kisah2 korang dgn lebih menarik! Ooooohhh I just love Mr Troll!

Tepi Kain

Assalamualaikum semua!


Kita hidup kat Malaysia ni memang tak bleh lari dr orang-orang yang sangat "prihatin" dan "mengambil berat" terhadap apa saja yang terjadi di sekeliling mereka. Huhuhu.. Memang bagus kalau dapat jiran atau kawan yang sebegitu TAPI sangatlah tidak bagus bila mereka over the limit lah. Semua benda nak ambik tahu, dari sekecik-kecik isu sehingga sedalam-dalam kain semua nak ambik tahu susahlah. Pulak tu bila dapat tahu hal peribadi si polan, dengan gah dan bangganya pergi pulak bercerita dan bergossip denagan si pelon. Huh, bukan mak cik-mak cik je, yang muda-mudi pun tak kurang hebatnya..


Yang menyedihkan tu, golongan kepoh ni pun ada yang terdiri dari hajjah-hajjah, maknanya di sini, orang yg dh pergi menunaikan haji. Bukankah pergi haji tu untuk bertaubat dan buang sifat buruk? Kalau Azwan Hj Ali tu takpayah cakaplah.. buang karan je.

Sememangnya orang-orang kepoh ni sangat sesuai untuk si forever alone.. Hehehe! at least dia x lah forever alone sebab ada orang yg spice-up kan hari beliau. Tapi aku tak perlu orang-orang penyibuk macamni, sekian.

Babi Punya Kulit

Oh my! Fashionista yang suka kan barang2 fake be alert pleaseezzh!

Sekarang ni kan rama yang shopping online je kan, main order2 je.. Kalau kena online seller yang jujur tak hapa lah, tapi kalau kena dgn seller yang nak untong je 24/7.. susah ler! Tahukah anda handbag di bawah ini, yang teramat lah larisnya dalam kalangan wanita amnya dan mak nyah khasnya, ada mengandungi kulit ba alif ba ya a.k.a babi.


Yeap, thas right.. produk2 fake ni lazimnya datang dari tanah besar China so, no wonder lah kan. Fake Handbag di atas ditemui dalam sebuah laman web "jujur" sebab dia bagitau apa materialnya. Umum memgetahui yang Chanel ni luxury item, sebab? mereka hanya menggunakan material yang bermutu. Kalau handbag di atas ni original dari Chanel, ia diperbuat dari lamb skin bukan babi skin. Hehehe.

So gals, kala nak merase jugak handbag mewah ni, carilah fake handbag yang menggunakan PVC atau PU atau plastik.. Janganlah cari yang murah pastu real kulit sebab pasti itu kulit babi. Kalau lamb skin seller tak akan jual murah2 ok. Use logic, avoid tragic!

Semoga kita terpelihara daripada najis2 berat dalam bergaya.
See ya!

Hipo Oh! Hipo

Salah satu sifat negatif yang orang x suka ialah hipokrit. Tapi, hipo tu rasanya perlu kot kalau kita nk cuba melawan sifat2 negatif yg lain. Ekk? berbelit2 tah hapa2 aku pun x paham. Yang aku paham ialah: kita tengah sedih, rasa down sangat2, low gila2. Tapi pada masa yang sama, kita tak nak orang tahu. Sebab? kita nak cuba lawan emosi tu supaya x menguasai diri kita. bagi aku lah, bagi korang tak tau la sebab apa. Lagi satu sebabnya: senang! ckp aku OK lebih mudah daripada nk kena explain apa yg kita rasa kat orang.


Tetapiiii... kena jugal hati2 sebab perasaan kalau di simpan lama2 sorang2 tanpa diluahkan, kelak akan memakan diri.. kalau rasa nak menagis, menagislah. kalau rasa nk jerit, jeritlah (bukan di tempat awam) dan ada baiknya mencari seseorang yang boleh pakai utk berkongsi masalah. "Yang boleh pakai" okey, if you got what I mean.. huhu.

Dan, untunglah kalau dapat kawan yang boleh detect kalau kita hipo atau tak.. lagi hebat kalau boleh detect perasaan kita yang bercampur baur di saat2 itu. Sigh.. so far that type of friend does not exist in my life. I thought I have one, but then. . she just disappear. .
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape