Aku Suka Berangan


Hi u olls, eh apesal cam menggedik je intro kali ni kan? Aku memang gedik, ko hadooo? Hahaha! Tak salah gedik kalau itu boleh bangkitkan aura positif dalam diri, tapi jangan over youuuu, awww :p Okey, hentikan merepek. U' olls mesti ada yang suka berangan kan? Elle takyah nak tipu, tak banyak, sikit pun mesti penah. Nak nak pulak orang yang kretip cam aku kan, mesti selalu berangan. Hua hua hua! Eeh suka hatila nak perasan kretip, blog aku kan? Heheheee hepp takmo tacing :p

Once upon a time... ecececee, gelabah. Hahaha dulu time aku kecik-kecik aku memang suka berangan. aku berangan stapler jadik teransformers lah, pokok jadi markas alien lah, hahahha! bebudak memang cenggitu kan? Dah besar sikit mula berangan dengan artis-artis hensem, aww aww meowwrr. Apa signifikannya aku pun tak tau, tapi lecturer psychology aku cakap, jangan sekat imaginasi atau angan-angan tu sebab nanti membantutkan fikiran. Haaa bukan badan je terbantut, otak pun boley derr, so akan jadilah orang tua bajet muda.. Hahahha! kesian.


Lagi satu, berangan ni kan cerminan kerativiti korang. Cam yang aku mentioned tadi tu, hanya dengan berimaginasi akan wat kita berani untuk cuba sesuatu yang baru. Betul pun kan? Tengok je lah Wright Bersaudara tu (ala yang cipta kapal tobang tu, sah fail sejarah!). First time dorang cakap nak terbang semua orang gelakkan diorang. Nah sekarang amek, sapa yang terkinja-kinja book flight tambang murah Air Asia? Hahahhah! Bukan aku okey, aku tak pernah terbang di awan nano :p


Berangan tak salah, asalkan tahu bertempat bak kata Jay Jay ewwahh (Joget Angan Tak Sudah). Hahahha memang ponn, aku dulu time wat keja sekolah pong leh berangan, nak nak pulak time tengah wat karangan kan, meleleh leleh mood berangan nak datang. Dulu kan blom wujud lagi facebook, twitter, etc. Tengah sedap berangan tetiba, teringat pulak homework yang melambai-lambai tengah tuggu giliran untuk ditonyoh-tonyoh. Potong stim betei =,=

Sekarang bila dah keja, tak yah pikir lagi semua tu, muahahah! Ahhhh... Nak berangan sampai pagi esok pun takpe. Keh keh keh.. Tapi banyak tanggungjawab besar dok tunggu. Huu.. Aii dok berangan pulak dia, keja sekolah dah siap belum??

p/s: Mood merepk-repek, away beberapa hari pergi bertapa sat =.='
  

SEGMEN NASZ:JOM KENAL BLOGGER


Hi semua, hihihi cam sopan je aku harini kan? Harini aku ingat nak join satu segmen lah. Kiranya boleh dikatakan Spontaneous Thursday la kan sebab tetiba je aku tergerak nk join :) Hahahha motiff? Motifnya saja suka-suka dan aku dapati syarat-syarat penyertaan tu tak mengada-ngada atau bajet howt cam segmen-segmen lain yang aku sekilas pandang. Takdenya nak suruh orang folow ke, like ke what so everrr, just jawab soklan simple jew. Sangat sesuai untuk yang nak kenali blogger dengan lebih dekat tu, ececece :p

Korang pong nak joing? Ce klik kat incik penganjur berbaju merah tu, awww

Okeh, sekarang time untuk jawab soklan cepumas, kih kih kih

A. Nama Penuh Saya?
Siti Nazira Bt Mohd Jusoh

B. Nama Panggilan Saya?
Zyra/Baby/Adik/Hoi

C. Sejak Bila Saya Berblogging?
Buat blog tahun 2009, tapi aktip hujung tahun 2011 :p

D. Url Blog Saya?
http://zyraroxx.blogspot.com/


p/s: Moh le kite meramaikan mejlis ;)
p/s lagik: Segmen ni dibuat harini ditutup pong malam ni 29.03.2012 @11.00 p.m.

Kerana Kita Perempuan...



♥ Terdapat sebuah surah dalam Qur’an dengan nama kita (Suratul
 Nisa` (perempuan).

 ♥ Manusia pertama yang mati Syahid adalah seorang perempuan (Sumaya).

 ♥ Orang pertama yang mempercayai Nabi Muhammad SAW adalah seorang perempuan, Khadijah (Radhi ALLAHu 'Anha).

 ♥ Pesanan Nabi Muhammad SAW kepada umat baginda sebelum baginda mangkat: Beri layanan sama rata kepada kita, kaum perempuan.

 ♥ Dan kerana kita begitu berharga, Islam memuliakan kita dengan Hijab untuk memelihara maruah dan kesucian.

 ♥ Tak cukup dengan itu, Allah  Subhanahu Wa Ta'ala meninggikan darjat kita, ke tahap yang tertinggi sehinggakan Jannah (Syurga) ditempatkan di bawah tapak kaki kita!!

Begitu mulia seorang perempuan/gadis/wanita dalam Islam, kenapa kita sendiri yang menidakkan hak kita? Kenapa diri sendiri yang meletakkan diri ke taraf hina?



p/s: Kenapa sebok-sebok nak jadi pengkid/tomboy?

Wordless Wednesday #4



Wordless: Level 1087
  

Homework Dulu & La Ni


Peeps oh peeps oh gojes peeps! Hihihihi hamboih amek hati nampak.. Ala tak hingin la hati yu olls, baik amik hati ayam wat masak kicap. Tengah terbongkang pandang siling tadi aku tetiba teringat kisah-kisah silam zaman di kerusi sekolah dulu. Hahaha cam tua sangat aku kan? Padahal umur baru 15 tahun. Teettt!! Nextttt..

Dulu time wat homework aku mesti bertemankan radio. Takda MP3, iPod semua bagai weyyy, aku bukan orang senang.  Sambil dengar lagu sambil menulis dengan gigih dengan pen kaler-kaler (besok nak compare dengan member kamceng). Hahahah selalu merengek ''Makkkkkkk nak tidoq'', bosan gila kot wat homework yang tak mencabar minda iaitu salin dari buku teks. Ataupun sekarang ni dikenali sebagai copy n' paste. Mak aku dengan sabar menjawab: ''Habiskan kerja dulu baru lena tidoq nanti''

So aku pun teruskan menulis sampai krem tangan, dalam hati menyumpah kenapa la cikgu tak kasik fotostet aje! Eee eeee eeee makin dalam tekanan tulisan sampai boleh jadi tulisan braile kalau diraba-raba dari belakang, ngeeee! Pastu pulak tension time nak wat esei. Aduuu sakit kepala bila nak buat mukadimahnya. Habis mundar mandir macam Pak Pandir yang kematian isteri. Err.. Sekarang? Tanya je Encik Google! Dalam masa 0.00054 saat, siap!!



Aku rasa dengki lah pulak kat budak-budak sekarang aaaaa dengki dengki, berdaki-daki dengki aku ni. Dah lah ada henphone, MP3, Laptop, PC, PS 2, iPad, petik je dapat, pastu keja sekolah suka hati je nak buat ke tak. Kalau cikgu marah boleh gitau mak ayah, boleh saman menyaman cikgu, boleh masuk paper Metro. Glemer kejap pulak lagi tu haaaaaa, jeles jeles kejelesang terlampau!

Tapi aku bangga weh! Aku bangga sebab berjaya dari hasil usaha gigih aku selama ni. So aku tak heran bebudak sekarang ni dok komplen kerja banyak lah susah lah. Oh puh-leeeease... Korang hidup zaman copy paste dan internet so jangan nak wat muka kesian dekat aku. Muahahahaha.

p/s: Sila hormati cikgu dan cikgu sila hormati anak murid, jangan maciam-maciam boleh?

Jangan Makan Pau Ahmad!



Hoi semua peeps! bhahahahah! Sori kalau cam terkurang hajar tapi aku memang sayang reader(s) aku percayalah.. Percayalah aku tak tipu korang semua macam ini apek longsi tipu olang-olang Islam woooo. Haa lu olang ada penah terbiasa makang Pau Ahmad tak? Alah kuih pau tu, bukan laaaa bukan yang doremon makan, itu donat! Kuih pau pun tak tau, pau duit orang pandai pulak! Meh aku tunjuk sini tengok bawah.

Kat kampung aku nama timangannya Kopau

Haaa dah kenal kan? Emmmhhh mesti penah makan la kan, suka pilih yang kaler merah sebab inti daging errr... Ah sudah sudah! Sekarang ni kalau lu olang memang peminat setia Pau Ahmad, rentikan la wehh sebab tokey pau tu bukan Ahmad, bukan jugak Ahmad Albab yang punya, tapi Ah Keong! Hahahaha bukan nama sebenar, tapi yang pasti beliau berbangsa Cina siap ada tokong lagi dalam kilang khabarnya. Peh, selamat aku jarang sangat nak makan pau komersial cenggini, makan yang kakak aku buat je selamat darah daging!


Tengok tu, kemain lagi logo berkubah macam masjid bagai. Kisah si Pau Ahmad ni terbongkar bilamana masuk satu dokumentari dalam satu televisyen Cina. Tokey dia kata kalau nak berniaga di Malaysia ni senang je, kena tarik perhatian Melayu khususnya Islam untuk beli barang. Hairan bin ajaib cemana boleh lulus JAKIM eh? Aku takmo taip panjang-panjang sebab aku pemalas. Nak bacaan yang lebih menarik dan mengejutkan, baca SINI.

Bukan isu halal haram nak aku ketengahkan kat sini, tapi isu menipu! Kalau pun bahan-bahan semua suci ikut piawaian Islam, jangan lah menipu! Puihhh!! Apa yang best, Ahmad tu sebenarnya hanya lah dreba kepada Ah Keong... Teng teng teng! Sekali lagi orang Melayu jadi bahan lawak antarabangsa. Sekiang!
   
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape