SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84



Ahem ahem, takmo gosip liar okeng? Ini bukan gambar boipreng aku mahupun album terbaru Zamani Slam, ini sekadar gambar hiasan dalaman. Ehh ehh tak takkkk!! Hahahahah ni banner untuk segmen Blog Pilihan Zamani 84 yang bakalan menutup tirai besinya pada 24 haribulan April 2012 ni. So, tunggu apa lagi??? Joing lah cepat sementara stok masih ada! Ahhh takkan nak suruh aku lak yang watkan entri untuk korang, banyak cakadakkk, kemain ngengadanya :p

Hapa? Hadiahnya? Ohhh sangat lumayan, korang mungkin terpilih jadik bini beliau, eh yang laki mungkin terpilih jadik tukang kebun separuh masa. Hek hek hek! Nama pon segmen oihh, bukan giveaway nk adiah bagai. Eh ehh banyak bunyik lak dia, dah dah rentikan la nengok gambar tu lelama.. join jom! Klik kat gambar tu yee. Amboi laju ajee, korang memang kan, pantang nampak lelaki berdahi licin! :p

P/S: Rajin betul aku join segmen memalam ni bertemankan lagu 'fire on the rain'
  

Tak Suka FB Timeline?? Sini!

Hai hai bai bai semua, ishk aku ni tengah melarikan diri jap dari Facebook. Eh bukann, bukan sebab aku ada utang apa-apa dengan Mark Zuckerberg tapi sebab letih nengok status facebookers yang macam "Aaaa benci timeline, xsuka xsuka xsuka!!" awwww tak suka pun apa boleh buat nokkk, Facebook tu bukan pakcik ko yang punya tapi Ahmad Albab yang punyek! Redha jelah.

Aku malas nak amek pot hal hal camni semua, malas sebab menda ni nanti akan berlalu camtu je, bagaikan angin kentut yang slow2 dihembus bayu. Mula-mula memangla protes konon buat fan club benci timeline lah, wat grup lah, wat notes lah, wat rilek wat pis sudah lah oihh korang mampu ke menahan napsu si Zukerberg tu dari membuat pembaharuan? Lepasni aku jamin, mesti semua dok diam sambil layan FB macam tidak pernah ada sengketa sesama mereka, chewwaahhh!


Sebab aku faham sangat bebudak sekarang takkan mampu nak boikot atau ngajuk dengan FB lelama... Lagipun pakai FB ni pong pree je kalau kena berbayar tu lain lah kan korang nak komplen2. Ni aku nak cakap bagi pihak si Zukerberg tu: "adeww aku keysahh??" Hahahahhaha hameekkk, beliau yang kata ye, bukan aku :p

Tak kurang hebat jugak bila memasing sibuk cari cara nak remove timeline nih, akhirnya sentap sendiri sebab akaun FB kena block sebab install menda bukan-bukan kat FB. Kah kah kah! Seperti kelihatan wajah troll Zukerberg di situ. Okeh2, aku tanak menambahkan kebencian korang kat aku pulak, huuu so aku nak tunjukkan kat sini beberapa individu yang sangat kretip dan dapat accept timeline tanpa banyak songeh. Jom chill dengan timeline cover!


>> Cover osem level 583. Tak pandai photoshop tayah nak berangan cik senahhh



>> Bhahahaha nice one lah. Err.. sila abaikan yang kat celah kangkang tu ye.


>> Untuk mereka yang suka berterbangan di awan nano 



>> Sesuai sangat jadik cover mat rempit tegar



>> Stail untuk yang bajet2 perasang cam aku :p



>> Trend planking yang sedang menular sekarang. Lagi sekali, tadak skill photoshop jangan berangan :p



>> Untuk yang low profile takmo tempek muka seniri, mahupun untuk hewan peliharaan yang mempunyai FB seniri.

Haaa so cemana? Ahahah aku bukan nak pomot timeline ke atau jadik duta tak rasmi FB ke tapi aku dah bosang oih, sekali FB wat pembaharuan, sekali facebookers berkokok. Khihihihi... Haaaa dah tengok kan? eleh leh nak terai letteww.. Hahahah have fun dengan timeline yeahh? Wheee. Ahhh aku tau ada yang akan cakap "Emmhh ini nampak cool bila orang view profile jeww". Eh lantak kaulah kalau takde sapa nak view profile kau, bukan salah aku pon, ihik hik. Ala gurau pun tak boley semua nak sentap2, apapun tak boleee. Banyak cakadak, kbai! :p
  

Pabila Boss Ber'trolling'


Hai hai, bersempena dengan cuti umum pertabalan diraja ni tetiba rasa rindu lah pulak nak kerja. Motippppppp??? Hahaha ok, seronok pulak rasa bersesak dalam jem pepagi bertemankan driver-driver Penang yang memang diakui ohsem sejak 1986.

Hokay, harini tetiba jugak aku rasa rindu dengan bos aku yang sorang tu. Motippppp?? lagik. Eksheli aku tatau nak buat apa cuti umum ni. Tengok siling, tengok dinding, pastu nampak cicak wat pis kat aku dan dengan tiba-tiba aku rasa rajin nak wat entri. Thanks cicak walaupun aku geli dengan hang.

Korang ada bos kan? Yang still study dan kerja seniri tu tak yah sebokkk... Hahahaha. Err cemana karakter bos korang, happening? hey-pening? tegas? amanah? gatai? dan aku rasa mesti separuh rakyat Malaysia akan jawab annoying, yaaaa annoying sebab apa? Sebab dorang bos lah! Untunglaaaa kalau bos hired korang untuk duduk saja ngadap facebook kannnn. 

Bos aku suka trolling, yaaaa suatu trend yang tak asing lagi masa kini. Apatu trolling? ntah aku pun tak mampu nak bagi maksud yang spesifik, cheyyyy. Tapi bila korang tengok perangai bos aku kat bawah ni korang mesti akan paham sikit sebanyak... Err

Jadik orang lalu lalang
Bila aku asyik melekat je kat depan PC mula lah bos aku tu mundar mandir kunun jadik orang lalu lalang kat pasar tani. Ekspresi muka cam tengah memikir, ye dokkk. Alasang je semua tu nak pastikan aku tak 'mengular' ke laman-laman sosial. Ceh, aku mengulo jugak lah bos. Aku bukak kecikkk je windownya ha, keh keh keh rasa best lak kan bila nampak cam tekun dan gigih bekerja dengan ekspresi muka yang ketat padahal tengah sibuk mencurik segala tulang temulang :p 

Tak boleh tengok orang senang, Apa pun tak boleee
Nexxxtttttt, bos aku cukup pantang dengan meja yang bersih, licin berkilat sehingga menciut. Cepat aje dia kasik kerja yang berlambak. Aku kadang naik heran macam mana dia dapat kumpul kerja banyak-banyak. Naik angin pun ada. Yelah, time meja aku bersepah dia suruh kasik clear, bila dan clear dia kasik kerja bagi sepah balik, memang fffffffffffffuuu habis! 

Reminder  bergerak yang mencengkam
Bos aku juga terkenal dengan sifat 'prihatin'. Tengah kita dok ketaq kepala buat kerja boleh pulak dia datang jadik remider bergerak ingatkan itu ini sampai aku jadik nebes. Terbantut kejap napsu nak berfacebook bila teringat ada deadline yang perlu dikejar. Aaah deadline, apesal aku perlu kejar-kejar engkau tiap masa? Tak boleh ke kau duk diam?? Pastu pulak bos aku suka bagi deadline palsu, suruh siapkan arini urgent kunun tapi gunany next week. Mentallllahh. Suh-amah-zingg.


Ya, beliau juga sangat berdedikasi tanpa mengira tempat  dan cuaca. Kalau datang dia punya hyperactive habis hidup aku diganggu  gugat. Tak cukup siang, malam pun dia bagi aaaaaaa. Tak boleh ke enkau tunggu esok bos? Tinggal berapa jam je lagik pon kau nak hadap muka aku. Konpius aku apa dia buat tetengah pagi tak tido2, baru lepas proses menambahkan rakyat jelata kottt. Gudnight?? smiley?? Watepakk.. Ehhhh aku macam ternampak2 muka Mr. Troll tengah tersengih kat skrin fon tu. Untungla bos sebab telinga aku dah terbiasa alert dengan sebarang bunyik fon waktu tidur. Err yang dipegang tu henfon tau, bukan kad kelinik kesihatang (blushing).

Haaa banyak lagilah sifat anoying tapi kalau nk senaraikan sampai minggu depan pun tak habis. Apahal pun syukurlah bos aku tu troling je takde nak mintak atau buat yang bukan-bukan dan kadang-kadang memahami jugak aku ni, heheheeee sayang bos ketat-ketat!

p/s: Kerjalah dengan iklas supaya rezeki berkat :)

Wordless Wednesday #6


  
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape