Freaky Friday: Misery



harini di opis.


































bukak pc seperti biasa




















seselesai tugas, ingat nak melukis



















































tak jumpa software yg diinstal






















oh, ok. dah diremove softwarenya.







































akhirnya.....


































microsoft paint tool


































ouh, di sini apapun tak bole.

Tips Menjadi Cun, Comel, Cantik

Whoah, tamak benar tajuk di atas.


Ok uolls, kata nak comel kan, amacam menjadi tak tips comel ala helo kiti gua tempoh hari? Pergh, hari ni dengan besar hatinya gua nak bagi lagi tips semulajadi / alami untuk mendapatkan 3C (cun comel cantik) 

Dahh macam bapuk tua je ayat intro gua. ceh ceh. Yang pasti untuk dapatkan 3C lu orang kena nyahkan 3G (gedik gatai gila) kehkeh, jangan bantah cakap tok guru, nanti tak menjadi baru tahu.

Nak dapat 3C harus dimulai dari dalaman, berikut tips yang boleh diaplikasikan hari2 sampai berjaya. apa yang penting jangan putus asa mahupun putus bekalan letrik.


elok nau kalau lu orang mula amalkan memakan buahan yang kaya vitamin C, A, zink, anti-oksidan dan sebagainya. Macam tak percaya bila sorang kawan gua bitau dia tak makan buah. Gila, buah antara makanan terlazat di dunia hoi! Seeloknya ganti buah sebagai snek dan junk food lu, senang cakap makan buah tidur buah main buah, ok dah jauh benar tesasar :3


selain itu lu kena minum air putih paling busuk pun 7 gelas sehari. Maksud air putih tu air kosong kosong kosong bak kata najwa latip, yakni air masak. Bukan air Sprite ke, 7up ke. Bukan jugak air mata air, itu rare sangat. Ulang suara, bukan air 7up walaupun dia ada angka 7 tak bermakna ia umpama minum 7 gelas air, begitu jugak air slurpee dari 7Eleven, arghh! ok gua nak ke 7E sekarang.

Tujuannya untuk nyah toksin dan cepatkan proses salin kulit, so nanti lu orang berseri2, glowing gittu



omputih kata get your beauty sleep. tido yang mencukupi adalah 8 jam. Tapi gua rasa masa gua online lagi lama dari masa gua tido, kuhkuh. Tido jelah, asal lu tak menjadi pemalas yang asik nak tido tido dan tido. Tido mencukupi boleh elakkan lu dari dapat mata panda dan tubuh dapat rehat yang cukup untuk proses pembaharuan sel. kemain lah, pepandai gua je.



Ok, opsyen terakhir kalau dah malas sangat nak buat amalan2 di atas dan terdesak sangat untuk menjadi 3C, maka bolehlah berfikir untuk melakukan pembedahan plastik. Tapi kalau duit topup pun mak ayah tanggung lagi, tak payah nak berangan sebab opsyen ni perlukan beriban duit.



lebih baik jadi 3D

Bersama Untuk Gaza


Berdoalah untuk mereka tiap usainya 5 waktu,
kalaupun kurang mampu.




Dari mencacimaki puak Yahudi yang terang2 dilaknat Allah (cacimaki tak dapat mengubah apa2 pun), ada baiknya kita berdoa supaya, lebih ramai lagi Yahudi berfikiran sebegini:


"the only difference is the difference you hold on to. if you still holding onto the hatred from the mid centuries you will never live in the 21st century. lets get over it."





Kalau mampu, hulurkan jugak sedikit sumbangan berbentuk kewangan kepada mereka,
tidak kira seberapa banyak, asal seikhlas mungkin. Sedangkan internet pun bulih seringgit sehari.







Dan gua tertarik untuk memetik post Afzal Sukasuki di dalam GBS:

"Di sini nak aku kongsikan kisah nabi Allah Ibrahim yang dibakar agar dapat kita berfikir sejenak dan jadikan iktibar. Sewaktu nabi Allah Ibrahim dibakar dalam bara api yang marak, datang seekor burung kecil membawa air dalam paruhnya untuk memadamkan api tersebut. Tindakannya disedari burung2 lain yang hanya melihat dan mentertawakannya. Ada seekor burung yang besar memperlekehkan burung kecil tersebut lalu bertanya 'Adakah air dari paruhmu yang kecil itu mampu memadam api yang besar?'

Balas burung kecil 'Ingatlah, Allah takkan tanya di akhirat nanti adakah air yang kubawa ini mampu memadamkan api.. tapi yang ditanya nanti apakah usaha aku untuk memadamkan api tersebut'

Jadi di sini aku menyeru rakan2 agar dapat menyumbangkan sesuatu untuk bumi berdarah Palestin. Walaupun kita tak tahu bagaimana kesudahannya, tapi aggaplah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita"



SEKIAN

Imaginasi Penimbang Rupaparas

Penimbang gula tepung dah penah tengok

Penimbang emas pun sudah dibelek

Penimbang beras jangan cakap lah siap boleh hapal

Penimbang surat pun ada je kat opis, sebelah sampul

Penimbang berat badan dah lingkup dipijak2 gua sambil melompat

Penimbang dacing/kati pun ada je berkibaran sana sini bila tiba musim PRU.




Gua nak pergi jauh malamni, jauh meninggalkan alam nyata, kemelut perang, politik, urusan duniawi yang tak pernah habis dan puas dan berkesudahan.

Efeknya kunun macam gua terbang ke awan nano tanpa sayap. Bukan mejik, mejik itu sihir, sihir itu syirik. Ini imaginasi. Kekanak yang berimaginasi  bakal jadi manusia hebat. So gua ini bakal jadi orang tua hebat.





Penimbang rupaparas. Itulah imaginasinya.

















Tak banyak sangat bezanya dengan penimbang berat. Nampak sangat unsur plagiat di situ, gua malas nak berimaginasi lebih jauh, bimbang terimagin yang bukan2, errr.



Tapi bila difikirkan balik, tak usah guna penimbang ni kalaupun ianya wujud. Ukurlah rupaparas lu semua dengan menggunakan pendapat manusia. Sebab manusia ada yang hipokrit, pandai mengambik hati, membodek bagi tujuan tertentu. So, kalaupun kita huduh piang, tetap akan dikata lawa, kan?



Ye ye ye ye ye rupa bukanlah segalanya. Ok, lu tutup mata rapat2 pilih pasagan secara random di Petaling Street, lu bercinta dengan orang random itu. Kata rupa bukan segalanya? :O


Mesin tak reti membohong kecuali bila rosak.

Pavlova dan Puaka

Daniel mengesot seselo ke arah ibunya yang tua, Makcik Amylea. 'Cemana ni mak? kesian adik tu asik muntah2, cirit birit sampai letih'

Makcik Amylea pandang sayu anak bongsunya, Danish yang terbaring lesu atas tikar usang. "Nak ke hospital kerajaan tu jauh.. nak ke klinik swasta mak tak mampu..' ucap Makcik Amylea perlahan. Kalau boleh biarlah dia je yang sakit, tak sanggup dia tengok anak2nya yang sakit.

"Ginilah, aku ni pun dah nak balik, kejap lagi aku singgah jap ke rumah Makcik Elizabeth dukun kampung tu, dulu anak si Rafael pun penah jadi macamni, kena jampi sikit terus okey' sampuk Pak Cik Zack panjang lebaq.

Makcik Amylea hanya mampu angguk pelan2. Memang tadak opsyen lain lagi, itu je jalan yang ada. Tak sanggup lagi dia tengok Danish derita.

Setengah jam pastu Makcik Elizabeth datang terbongkok2. 'ha mana yang sakitnyee? mmmhhh aku dah agak dah ni, ni mesti lalu kat busut tepi bendang tu kan? kan aku dah cakap budak2 jangan main situ petang2 kan ke dah kena sampuk' ngomelnya sambil tonyoh2 tembakau ke gigi.

'Aku dah jampi budak tu Mylea oih, pengerasnya idok lah banyak, ko bagilah aku cash barang 35 hengget pestu besok petang ko anta pavlova bertaraf otel lima bintang kat busut tu, kalo tak nanti anak ko ni sakit balik'

Makcik Amylea pelan2 kuarkan duit dari celah lemari. Hajat hati duit simpanan tak seberapa tu nak dikumpul pelan2 untuk dibuat belanja kenuri arwah somi tercinta yang pergi nam taon dulu. Dah nam taon, satu kenuri pun belum terbuat. 'Maaf abang, Mylea guna dulu duit ni, Mylea tak sanggup tengok anak kita sakit, abang pun mesti macam tu kan?' Air mata dikesat cepat2.

* * * * *

'Daniel, sini nak, tolong mak hantarkan makanan ni ke busut tu' arah Makcik Amylea lembut. Daniel sambut makanan, terliur sebentar dia menatap pavlova di tangan. 'Mak, Daniel rasa sikit boleh?' Makcik Mylea tersenyum kelat, 'nanti lepas musim menuai yg seken mak belikan lagi yeaa..' Daniel tersenyum nipis, 'baik mak, Daniel pegi dulu' kata Daniel sambil ciom pipi cengkung si ibu kiri kanan.
entahlah ni pavlova ke mende, banje gua hoihh



'Eh tumpang lalu situ Daniel tolong letak racun tikus ni kat bangsal tepi sawah tu ye' sebotol racun tikus dihulur ke Daniel. Makcik Amylea menghantar Daniel dengan pandangan berkaca2. 'Maaf nak.. mak tak penah mampu nak kasi kau orang makan sedap2..' air mata meleleh dikesat dengan lengan baju lusuh.

'Untungla jembalang ni nanti dapat makan sedap' gerutu Daniel dalam hati sesambil berjalan. Tiba2 dia dapat satu akal. Dia berenti tepi jalan lalu menyiram sikit racun cair tersebut ke atas pavlova dan buahan yg berterabur, racun dan sirap buah teradun sebati. 'Ha macamni baru betul, eleh jembalang mana bole mati kan'. Ucapnya sinis.

Sampai di busut, Daniel letak cermat pavlova yang beratnya bole tahan tu lalu berlari balik lintang pukang tanpa menoleh ke belakang lagi...

* * * * *

Esoknya orang kampung terkejut mendapati Makcik Elizabeth meninggal di tepi perigi. Mengucap panjang orang2 kampung bila mengetahui hasil post-mortem menunjukkan bahawa kematian beliau berpunca dari termakan racun tikus...

TAMMAT






Kalau tipu orang, kau sial. Kalau kau tipu orang susah, kau dabel sial, kau jembalang.

Konspirasi Kondom (10.11.12)

Alkisah maka syahdan tersebutlah sebuah unibersiti yang dihuni pelbagai bangsa layaknya.

Klasik nau intro gua, syahdu gua membacanya. Okokok sambung balik ke penceritaan gua ini:


Sebuah fakulti yang dirahsiakan nama dari sebuah universiti ternama yang juga dirahsiakan namanya (padia ni) telah membuat suatu lawatan sambil belajar ke sebuah kilang barangan getah.

Sungguh teruja mereka dapat melawat kilang, maklumlah time nunggu keputusan SPM dulu tak berpeluang nak kerja kilang. Maka adapun sampailah depa ke bahagian membuat puting botol susu.

Kedengaran bunyik 'hisshh-hisshh pop' berulang-ulang kali adanya. Jurucakap kilang yang membawak bebudak ni melawat dengan senang hati menerangkan bahawa bunyi 'hisshh-hisshh' tu terhasil dari getah yang ditiup menjadi bentuk puting dan 'pop' terbunyi bilamana jarum dicucuk untuk membentuk lobang.

Ok, pelajar2 terangguk faham lah cekununnya. Maka mereka pun pura2 menulis sesuatu di buku nota. Seterusnya mereka berangkat pulak ke bahagian produk yang sangat laris di serata dunia. Tak lain dan tak bukan produk kondom. Bukan kodomo lion, bukan.

Ternganga kejap bebudak jakun ni perati cemana kondom dibuat, ada jugak yang cam malu2 tapir, padahal salu beli, ehwah termengarut dah gua. Okok, dalam duk perati tu kedengaran bunyik 'hisshh-hisshh-hisshh-hisshh-hisshh pop' berulang2 kali jugak.

Sorang budak berasa kaget lalu bertanya dengan penuh hemah dan skema: mengapakah terdapat bunyik pop jugak. Oh, jurucakap itu dengan tenang menjawab, memanglah, pada setiap kondom yang keenam akan dicucuk hujungnya supaya berlubang, sama seperti puting botol susu tadi.

Haih? Bebudak menjadi heran binti ajaib, bukankah itu tak baik untuk kondom, nanti bocor pastu termengandung cemana? Tanya mereka risau. Nampak sangat mereka2 ini seorang pengamal kondom yang tegar.

Sambil senyum2 jurucakap memberitahu bahawa, teknik yang dibuat itu berkesan untuk pemasaran puting botol susu tadi. Senang cakap, kalau tak buat cemtu, bimbang puting botol susu tak laris pula nanti.... kehkeh.






harap syarikat kondom tak cari gua :3

Cara Menjadi Comel

Semua pun nak comel.

secomel helo kitty, heliza helmi, etc etc.

Lu orang sangat terbertuah sebab malamni gua nak ajar cara jadi comel. Memula tu lu kena sediakan:

1) salotep lutsinar
2) sebutir jagung
3) skaf rambut kaler putih
4) riben kaler pink
5) eye more moist

Cecaranya, memula amik eyemore tetes ke mata kasi bersinar. gua tak galakkan pakai kontek lens murah, nanti buta percuma. Pestu amik skaf rambut dan riben pink, sematkan atas kepala. Kendian amik selotep, potong sepanjang 2 inci lebih kurang (buat 6 helai) lekatkan ke pipi, 3 kiri 3 kanan. Lastly lekatkan biji jagung di hidung (gua tak tanggungjawab kalo biji jagung tersekat dalam lobang idung)



Tadda!





Mohon jangan lempar gua dengan telur tembelang, kuhkuh. comel itu bersifat subjektif, pandangan manusia berbeda, ada yang kata mulut itik tu comel sedang gua berkata tidak, tidak sama sekali. See?

Apa yang mampu gua katakan, kalau nak nampak comel, jangan terlalu berusaha untuk nampak comel, jadi diri seniri, sebab tiap orang ada comelnya masing2. betul :)




ke laut.

Secomel Semalu

Pada suatu hari,

Gua pergi ke sebuah pejabat kerajaan atau lebih sedap dipanggil opis gomen. Atas urusan2 kerja gua la, ingat gua suka2 nak pi sana tumpang bergosip dengan makcik2 gomen ke, kuhkuh.

Baiklah, seperti biasa dan seperti di mana2 opis gomen, membuang masa menunggu itu amalan biasa. Kalau takda sejam dua tiga jam, bukan opis gomen lah namanya ye tuan puan.

Ceh banyak pulak terkutuk, padahal dalam hati membara, membuak2 hasrat dan keinginan nak keja gomen :3 Yang pasti kalo ada rezeki keja gomen gua akan sedaya upaya tak mandom, lembab macam staff2 sekarang, itu janji gua. Janji!

Ok ok, dek bosan tahap apa pun gua taktau, gua pun pi keluar ke halaman bangunan tu dulu. Haram, langsung takda apa2 yang menarik, gua menguap lagi kali ke seratuslapanlima.

Tiba2, jeng jeng jengggg. Gua terpandang akan sesuatu yang menarik gua ke situ. Apa bendanya tu? Bersambung....









































Kehkehkeh! kemain setia jugak korang skroll ke bawah ea, gua baru nak lari pi semunyi :3 
Ok, gua tau trik tu bosan, kuhkuh. Sebenarnya gua tertarik kepada pokok semalu yang hinggap di bawah pokok bunga kat satu sudut laman opis tu.


apahal dah macam sperma hurung ovum je bunganya ni :3


Dah lama benar gua tak main dengan si semalu ni, padahal dulu pantang nampak, gatal je organ2 badan gua nak mengusik beliau. kihkihkih.

Penah masa kecik dulu gua jumpa satu padang yang penuh dengan semalu. Saitednya waktu tu jangan cakaplah. Gua bercadang nak guling2 atas pokok tu sampai terkatup semua sekaligus. Tapi harapan jelah sebab baru je gua pijak sikit gua dah terlompat2 macam kangaroo kena sawan. Adoi! berduri rupanya si semalu ni, puih! Nampak je bunga dia tu gebu, pink tapi ganaih.

Sambil mengelamun teringat masa lampau, tak sedar jari gua dah raba, lurut satu2 bilah2 daun si semalu kat situ. Dan seperti selalu, semalu tunduk malu mengatup dedaun beliau, dari kaler hijau ke coklat keunguan. Gua senyum2. Lama sangat dah tak rasa teruja cenggini. 

Banyak. Gua sayang nak sentuh semua sekaligus, azam gua adalah untuk lepas rindu cukup2. Gua teka kalo ada yang perati gua time tu sah depa ingat gua gila meroyan, kuhkuh, ahh persetankan itu semua. Akhirnya habis jugak semua daun gua transform. Bunga gebus semalu gua cuit2, geli. Rasa macam nak lalukan bunga gebus ke pipi macam dulu2 tapi bimbang orang yang perati call ambulans terus.




Berangan kerja gua kat dalam opis da settle, gua masuk semula. Dah nak dekat lunch hoih, gila lapar. Lembab betei buat keja. Akhirnya gua tatau berapa lama pulak gua kat dalam, menuggu itu satu penyiksaan yang maha hebat. Siksa zahir dan batin. Bukan calang2 siksanya.

Phew! akhirnya siap jugak. Gua jalan laju2 sebab perut gua dah mula nak mogok lapar. Sempat gua toleh ke tompokan semalu tadi. Serentak gua tersenyum sekejap perati depa yang masih malu2 miyau. 

Sambil melangkah gua terpikir, masih ada ke budak2 sekarang yang tahu akan magis si semalu? Masihkah ada yang gila saited tiap kali nampak semalu macam gua dedulu?



teladani sifat si semalu.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape