ZyraRoxx's Blogbuster

Gua faham sangat lu suka pilem-pilem blockbuster, oleh itu gua pun membuat acara ini, kehkeh. seperti siaran telebisyen yang sibuk tayangkan pilem2 blockbuster sempena nak habis tahun ni, gua pun nak menampilkan blogs yang memang cecah pecah panggung, whoahh.

Ni kira seken time gua membuat acara sebegini setelah sambutan yang agak memberangsangkan pada acara dulu :')

Oleh itu, dengan rasminya (gosok-gosok tangan) gua merasmikan acara gilang gemilang ini!! *potong riben merah besaq gajah diiringi bunga api berguguran

(http://i.imgur.com/Jx1bM.png)

...Menampilkan blogs hebat masakini, sapa yang join otomatik hebat, kehkeh.

30.12.2012 - 15.01.2013


Cara cara menjoin:

 1. Follow dan like page gua satu keperluan, bagi memastikan gua tak keseorangan, sadis tak ayat gua :p
 2. Buat satu entri bertajuk "ZyraRoxx's Blogbuster" tajuk laen gua maleh layan, hekhek
 3. Lekat sticker gua kat atas tu. (http://i.imgur.com/Jx1bM.png) dan linkkan ke entri ini.
 4. Letak link entri ke komeng post ni.

Apa pekdah yang boleh didapati? Lu bakal dapat ramai geng blogger baru dan 6 blog yang gua terbekenan bakal masuk bloglist gua permanent. permanent ok, gua malaih nak tukar2, hehh tanak ke masuk bloglist gua hem? hem?


*barangsiapa main tipu, tak folow gua, gua sumpah blog beliau jadik cengkerang kura-kura, ping!

senarai Blogbuster™ yang dah join 

xoxoxo,
ZyraRoxx

Dress-Me-Up Kertas

Umum mengetahui bahawa gua ni agak ganas, tak sweet dan yang sama waktu degannya. Hanya sedikit yang tahu bahawa gua kekecik dulu ada jugak unsur-unsur sweetnya, eceh.



Selain aktivi penuh adventure seperti panjat pokok, terjun bendang, main cari harta karun, dan lain-lain (pergh gua dulu lagaknya macam Dora the Explorer), gua jugak turut terbabit dalam bidang permainan kaum hawa, yakni anak patung.



Watlek, tayah nak terkezut sangat oke? Kehkeh. Adapun gua dahulunya tidaklah mampu nak beli set kelengkapan Barbie Doll semua bagai. Kat tempat gua takdak jual Barbie, banyak jual ikan bilis je dan beras je. Oleh itu gua dan kengkawan menghabiskan zaman kekanak ribena dengan bermain....



jeng jeng jenggggg












dilarang memperkotak-katikkan hasil keluaran gua ini, gua malas tahap sardin dalam tin.










Ya, patung kertas. Nak sedap didengar sikit 'dress-me-up paper doll'. Dedulu balik sekolah gua selalu singgah kedai Usop beli sekeping dua. Alah sekeping ada satu set patung dan baju serta aksesori, baru berharga 20 sen, beli 5 set dan cukup buat main parti harijadi, kehkeh. Sweet tak gua dulu? Katalah sweet, cepuk kang.


Kalau agak patung yang dibeli tu design tak menepati citarasa, ataupun tengah sengkek tadak duit, gua dan kengkawan guna alternatif buat seniri patung kertas. Lukis atas kertas yang keras sikit dan gunting, tapi tak best sangat sebab tak cantik macam beli, hukhuk. 



nindia! sajala nak bitau yang gua dulu penah ada patung yang macamni, baju kuning tu febret gua, asik tukaq sampai lasam dan lunyai. anehnya gua tak suka hat kaler biru, semak macam nenek sangat kot. 



Pegi sekolah kira wajib selit set anak patung dalam buku latihan, nanti rehat boleh main. Kadang tayah tunggu rehat, dalam kelas pun curi-curi main, kehkeh. Tak sabar nak tunjuk koleksi baru punya fasal. Kembang kempis hidung bila dapat koleksi yang tidak didapati individu lain. Yang tak bestnya, aksesori kecik macam kasut, riben mudah hilang ditelan arus.


Anak buah gua yang gegirls sekarang mana tahu patung kertas ni semua. Yang depa tau on tenet pastu bukak Barbie online, cehh takda feel langsung, puih. Nyesal pulak gua tak simpan khazanah patung kertas gua dulu untuk tunjuk kat depa, hmm dah dimamah anai-anai gamaknya, macam gua ni yang semakin dimamah usia (ayat macam nenek).


Ternostalgia :')

Saya, Maybank2u dan Bill

Ini ada satu kisah, kisah ini kisah benar antara saya, Maybank2u dan encik Bill.


Wah, dah macam tajuk drama sinetron je mukadimah kan, hehe.


Pada suatu hari minggu, sedang asyik bermalas-malasan di rumah sambil melayari internet, tiba-tiba jeng jeng jeng, teringat yang segala macam bill belum dijelaskan and guess what? esok adalah due date! Oh my goodness, esok perlu rush settlekan kesemuanya, phew!



Hari minggu yang indah tu buat saya gundah gulana dan esoknya itu saya tergesa-gesa ke sana sini macam lipas kudung untuk settlekan semua bill. Pergi servis center, bank, pejabat pos, etc etc untuk bayar segala macam jenis bill bulanan, kena beratur, ambik nombor, menuggu.. argh, menunggu itu satu penyiksaan tahu?



Dan kemudian, ting! satu mentol lampu telah bernyala atas kepala saya, saya mendapat satu idea bijak dan bernas. Saya beralih ke Maybank2u. Wow! urusan pembayaran tak pernah semudah ni! Dan tak perlu risau lewat bayar lagi sebab semuanya di hujung jari.

tak kira siang atau malam ^_^


Tak kisahlah di mana sekalipun asalkan ada line internet, time tengah bercuti pun boleh settlekan bill dengan senang hati. Tak perlu risau lagi ^__^
Argh kenapalah saya tak terfikir untuk guna Maybank2u ni sejak dulu lagi? 



Kini tidur malam lebih lena dengan adanya Maybank2u. Urusan pembayaran balik PTPTN, ansuran bulanan kereta, bill telekomunikasi, semuanya dapat settle dalam keselesaan rumah sendiri, jimat masa dan tenaga sebab setiap masa itu begitu bernilai untuk terbazir begitu saja kan? ;)

Oh ya, mahu jadi bintang untuk iklan Maybank tak? Cepat join pencarian bintang iklan Maybank ni. Bukan setakat dapat masuk iklan, korang jugak berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM5,000! Pergh, Berbaloi baloi kan? So, tunggu apa lagi? Mudahnya nak dapat duit dan terkenal, semudah Maybank2u.com!


oh! Maybank2u save my day

Sepetang Bersama Bloggers

Fuh, macam tajuk cerekarama pun ada. 

Eksheli kunun2 nak buat gath, tapi memandangkan ramai blogger yang suka bagi harapan palsu, maka yang hadir cuma 8 orang, so kalau nak letak title 'gathering' tu macam lari konsep. ceh, dah macam ayat eric leong casa impian.

Pape pun, layan jelah gegambar ni semua. Gua faham benar lu memang suka scroll nengok gambar berbanding membaca kan, puihh.

8 bblogger yang hadir ialah:

Zyraroxx (gua la, perlu ke bitau?)
Piradunia (Bebising)
Korn El Jr. (Korn is My Name)
MK Syahir (Apakah?)
Lyssa Faizureen (Lyssa Secret)
Hafizzy Aziz (Fizz Graphic)
Aima Baby Comel (Baby Comel)
Nizam (Mengarut Sudah)

kenapa dalam gambar nampak ramai? ouh itu adik2 kepada Aima. Eh banyak bunyik pulak, scroll je lah. Muehehehehe


ini gambar mejik, hah apa lagi teka jangan tak teka sapedia blooger ni, ce cari mana gua dan boypren. kehkeh

pergh, kalo robin hood nengok skill gua, gerenti dia nangis lalu mewasiatkan semua harta ke gua, kuhkuh. (tinggal gua ngan korn gigih habiskan anak panah, last2 tinggal gua sorang =.=)


habes game masa untuk posing maut, hoho. dah macam tarian zapin


Apit dan Zam (pencahayaan tetiba bertukar romantik bila masuk foodcourt)


Lyssa ngan Aima yang suwittt sgt, kencing manis gua dibuatnya ;p



oke, oke, sila diskas nak pegi mana pulak, gua nak posing kejak, kehkeh *dushh dushhh




tak puas hati betei gua dengan dekorasi krismas pink kat sini, huh *tetiba



model pencarian dewi remaja 2013 sudah bermula! hantar penyertaan anda ke gua cecepat, kehkeh ini lah Korn yang ketinggianya mampu memukau mak jemah yang lalulalang.



depa ni memang harus gua angkut ke mana saja gua pi, kehkeh. kecuali time ngedate, ehh



ini geng gegirl, ehhh otototoo comeynya gegirl sorang tu 




koleksi figura limited edition, cepat dapatkan di toy R' us berhampiran, stok terhad. whoahh!

dah lama tak sarung bawal oih, sekali sarung memang dah macam mak jemah putus cinta je gayanya :3




aksi aksi bawah pokok pinang katanya, katanyalah kaann






Huahh sampai tertido tido ni haaa gua menghaplodkan gegambar ni. Apa yang boleh gua cakap, memang hepi sangat2 dapat bergather gather sesama blogger ni kan, salu nengok blog je. Cemana blog depa, camtu jugaklah tuan blognya kewll uollss.


sebelum balik sempat lagi si Aima kasik cekelat, tinggal ilustrasi jelah sebab cekelatnya dah selamat terhadam dalam usus memasing, kehkeh.

Macheh Aima! ^^

Tu jelah kot. Ikutkan hati memang gua nak haplod semua seratustujuhbelas keping gambar. Tapi karang takda modal pulak MK Syahir nak buat entri, maklumlah semua piccer di atas ini credit pada beliau kecuali piccer cekelat, kuhkuh.

Anyway ni baru kali ketiga gua bejumpa bloggers secara beramai2, apa yang gua boleh kata, memang best dan patut jadi acara tahunan setiap blogger. berjumpalah walau dengan sorang blogger lain, ewah kemainla kata penutup gua.

Ok, dengan ayat penutup tu maka gua pun bolehlah tutup mata.. kejap je ok, kejap, esok bangun balik insyaAllah :)



izinkan gua untuk ghindu hampa

Muntah Pelangi






Dah apehal ceria benar muntah gua ni, harap tadak Badang yang nak telan muntah gua ini. (ok, jijikss)



Anggaplah gua ini golongan yang veteran yang ketinggalan dalam bidang teknologi. Hoi gua bukan golongan veteran! gua still tahu teknologi, gua tahu iphone 5 makin panjang tumbesarannya (tetiba).


Ok memandangkan gua suka screen besar dan lebar (mudah gua nak belek game) gua ingin benar miliki tab. Hajat hati nak beli tab cikai2 sudaaa, takat nak tenyeh2 sekali sekala time busan.


Akan tetapi, jeng jengggg fon gua mula tunjukkan ciri2 orang kurang siuman, cuma2 je dia kena lempang dengan gua tiap hari. so pilihan yang jelas terbentang haruslah:



Samsung Galaxy Tab II 7.0 3G WiFi bla bla bla



Sebabnya beliau ini dapat jadik fon + tab, lengkaplah hidup gua. ewah.


Hoi, gua tau la sekarang orang gila Galaxy Note II tapi gua bukan gila sampai tahap perabihkan duit gua untuk seketul henfong :3 Untuk makluman, gua tadak PTPTN, MARA, JPA, Parents mahupun Bapak Gula yang menyara hidup gua, semuanya harap ke gaji. Ceh dah macam ayat kais pagi makan pagi ayat gua, tapi syukur bukan tahap tu lagi.


So far gua puas hati dengan review dari orang ramai tentang natang tab ni. Tapi gua kureng bekenan terhadapp kemeranya yang hanya 3.0 MP tapi itu bukan persoalan pokok sebab gua ini tidaklah spisis budak pavi ambik gambar seniri dalam jamban sorang2, kuhkuh.


Apa pula kata lu semua yang baca? (harap ada yang baca entri gua, kuhkuh)





Samsung vs. Samseng.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape