Musim Menuai Padi Datang Lagi

Ewah, dah macam iklan 'Tora datang lagi pulak'. Bebaru ni gua berpeluang balik kampung time jentera mengerat padi a.k.a mesin padi sedang giat berkerja.

Harumnya bau padi dikerat mesin itu sukar digambarkan dengan kata-kata buat anak petani seperti gua. Gua membesar dengan bau itu dua kali setahun. Lejen at its finest katanya.

Zaman kekecik dulu, musim menuai adalah musim paling ditunggu budak kampung. Boleh lah diibaratkan macam budak sekarang eksaited tunggu video game Grand Teft Auto V. Sebenarnya, setiap musim padi ada saja agenda tersendiri, musim padi tengah hijau misalnya, aktiviti mengail ikan dan bermain layang-layang akan giat berlangsung. Tapi kali ni gua nak fokus kat bahagian menuai.

Memang budak kampung dulu takda istilah boring dalam kamus hidup depa, termasuk gua. Sesungguhnya tak sempat pun untuk mengecap rasa boring disebabkan jadual osem yang padat, ngeh. Ketika petani sibuk dengan urusan padi, kami budak kampung sibuk dengan urusan seri paduka baginda seperti:-

1. Bo-o-la O Bo-o-la Kampung

Sila sebut tajuk di atas dengan irama lagu tema animasi Bola Kampung. Tapi bola kampung ni lagi osem sebab main dalam padang bola sawah. Memula, segala sisa tunggul padi yang dah jadi jerami dipotong guna mesin rumput, ataupun memang akan ranap dipijak bebudak kampung sehingga rata dan membentuk padang bola yang berwarna keemasan gitu. Seterusnya tiang gol yang diperbuat dari buluh meriam buluh didirikan. Siap. Apa lagi, mula la buat dua team, pemain berbakat lazimnya menjadik rebutan tatkala ini. Nama samaran ala-ala pemain antarabangsa mula diberi.


Let the games begin..

2. Rumah/Kereta Jerami

Sebagai kanak-kanak perempuan gua mestilah tak termasuk dalam memana pasukan bola kampung, pantang tujuh keturunan kot. Itu bukan satu hal besar sebab gua bersama-sama geng yang seangkatan akan berada di petak sawah berhampiran, bermain jerami. Ya, jerami. Daripada tunggul-tunggul padi akan berteraburan jerami hasil dari batang dan daun padi. Dari situ akan terhasillah pondok, kereta dari jerami. Gua biasa buat kereta sport je dari jerami ni, senang. Cari port yang banyak jerami, buat lubang, masuk dalam tu. Vrooom vromm! berlawan lumba dengan 'kereta' sebelah. Lawan bunyi jelah, keretanya kat situ jugak =.=
deng, gua tak reti nak gambarkan keta sport jerami gua dulu :3



3. Tangkap Ikan (aktiviti untuk sawah yang basah & berlumpur)

Aktiviti ni memang mendatangkan keseronokkan dan kemarahan dari emak-emak. Seronok sebab dapat makan lauk ikan darat/ikan sungai. Tak seronok sebab baju anak-anak habis kotor kena selut atau kat tempat gua panggil 'tamboq'. Gua ada alternatif lain, gua pakai baju yang lama & buruk, setel masalah, ngeh. Selalunya bebudak tangkap ikan pakai tangan yang betul tangan semata-mata. Orang dewasa ada yang guna alatan seperti serkap (hasil lagi banyak). Ah tak adventure langsung. Gua lagi suka seluk dalam selut sambil meraba-raba ikan yang melekat kat situ. Memang ikan tu semua tak boleh lari sebab air sikit sangat, paling power pun bulih 'menanam' diri depa dalam-dalam ke dalam selut.
keterujaan yang amat bila dapat tackle bapak haruan makan anak


Err gua dah tak tau apa nak ditaip sebab terlalu terbawak ke zaman kecik dulu. Mungkin bagi sesetengah orang, rasa jijik bergelumang dengan kotor semua tapi  let it be.  Gua bangga jadi budak kampung, tak pernah malu mengaku. Hell, budak kampung lagi osem kot dari budak bandar, kehkeh. Mungkin sebab gaya hidup aktif sedari kecik menjadikan gua tuff, err dari segi kulit jela, bukan tuff badan ketul-ketul.

Tapi sekarang, hanya permainan bola sepak je yang masih dimainkan, yang dua lagi tu dah pupus mungkin. Zaman dah maju, sapa yang nak hadap selut lagi bila ada iPhone di tangan?


the real kampung girl.

20 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. kampung wa takde sawah..huhu..teringin nak berkampung ade sawah..pernah turun sekali ke sawah.itupun jakun..haha

    ReplyDelete
  2. zaman dulu lagi best kot. tak adalah nak hadap laptop smpi mata rabun. huu. -.-

    ReplyDelete
  3. seronoknye..malangnye mun punya kampung xde padi..lalang banyak :p

    ReplyDelete
  4. kiranya kampung girl la nie hihi:)

    ReplyDelete
  5. kiranya kampung girl la nie hihi:)

    ReplyDelete
  6. ang dah buat cek tringat jamang cek cari duit kengkonon dengan mnanam tembakau. buat satu dapat 1 sen. jenih gilow nak dpatkan 50 sen. padahal kalau mintak ngan abah, 10 hinggit pun dapat. saje nak cari duit sendiri katanya. adventure weh.. hahaha.. ps- cek rindu,,, :')

    ReplyDelete
  7. Hai awek kampung suka main sawah.. hehehe :D

    ReplyDelete
  8. syok noh!!, best gila gua tngok main kereta jerami! :D

    ReplyDelete
  9. ye² aku teringat dulu² kalau org dh amik padi kami adik beradik p bendang main layang²..kalau layang² boleh terbang tu bangga tak kira lah..huhu tp atok aku salu pesan hati² sbb time² lps amik padi ni ular pun syok nk main..

    ReplyDelete
  10. Wahh, bestnya dapat main kat sawah padi. Saya seumur hidup tak pernah pun turun bendang sebab kat kampung sy takde sawah. Hopefully dapat g sawah.

    ReplyDelete
  11. Rugi pulak tak pernah rasa duduk kampung.. sebab tu bila balik kampung bapa, jakun semacam bila jumpa macam2. haha!

    ReplyDelete
  12. tangkap ikan pernah laa masa kecik tinggal kat kg dulu...tangkap ikan laga pakai sabut kelapa...

    ReplyDelete
  13. Akak pun budak kampung.. Zaman2 keick dulu memang takde istilah boring dalam hidup.. Ada jer aktiviti nak buat.. Mandi sungai tu jadi aktiviti wajib waktu petang biar pun berbirat belakang kena rotan ngan mak hari2.. Lepas tu, main dalam semak.. Tebang batang2 pokok yang kecik2 tu buat pondok.. Lepas tu main lawan2 silat.. Main culik2 pun ada.. Ngahahaha! Asik la kena culik kengkunun, pastu terlepas lari.. pastu kang kena culik lagi.. Main selut itu normal.. Nak2 time musim hujan.. Pergh! Memang heaven abis dapat main selut dalam ujan.. Ngahahaha!
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  14. best ape jdik bdak kg.. mcm2 benda kita explore.. xmcm bdk2 skrg,, mcm xda life. asyik dgn gajet je kan, hehe

    ReplyDelete
  15. pacat dan lintah mmng jadi member baik kalau main sawah bendang ni..
    main layang2 .. main tomoi dalam selut.. perghhh

    ReplyDelete
  16. dulu kecik2 pernah ikut nenek pegi sawah padi tapi padi tu padi bukit.. orang panggil sawah jugak eh? hihihi..

    ReplyDelete
  17. @Anne Nurain kalau tak salah, itu orang panggil padi huma :D

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape