Download Paint Tool SAI Full Version

Memandangkan ramai jugak yang menanyakan apa software yang gua gunakan untuk buat doodle, gua dengan ini nak share link untuk download menda alah ni secara FREE FREE FREE talk, kakotalk, eh salah iklan.

Tetiba gua rasa nak cerita sikit sejarah software yang gua gunakan untuk melukis. Bermula dari Microsoft Paint (memang setiap komputer yang guna Window mesti ada natang ni). Dulu masa kecik, gua selalu main lukis-lukis pakai benda ni lah, maklumla takda game canggih lagi. Memang kelautlah lukisan kalau tak reti handle tetikus, fokus kena tajam, hasil langsung tak smooth :3

hasil kerastangan menggunakan MS Paint time memula menceburkan diri dalam blog


Seterusnya, gua up sikit guna Adobe PS. Eksheli memang dah sedia ada, tapi gua hanya guna untuk edit gambar atau buat header saja. Gua dapati melukis guna PS ni agak tricky. Tak taula kenapa, gua memang susah nak hadam teknik buat doodle guna PS :( Memang tak dinafikan Doodler tersohor lazimnya guna PS untuk hasilkan doodle yang hebat.

Hasil kemetottangan guna PS. Gua suka brushstroke PS je, ufufu.


Dan, jeng jeng jenggg. Gua guna Paint Tool Sai ni haa yang terbukti berkesan dan serasi dengan sanubari gua gitu, kami saling memahami, kahkah. Di samping simple, dia jugak tak berat untuk load time bukak berbanding PS. Tapi gua guna untuk lukis je, untuk edit, masih guna PS, ngehehe.

hasil dari SAI. kemas, kacak, bosan.



Ok Ok, gua tahu lu bukan datang untuk baca bebelan gua, lu nak downloadkan? Sila ambil perhatian bahawa anda memerlukan Winzip untuk mengekstrakan file yang telah dikompresskan sebab ianya sejenis zip folder (betul ke istilah yang gua guna?). Once lu dah ekstrak ke folder yang dipilih (My Documents contohnya), just klik dekat sai (yang ada logo buah limau tu)


bila dah di 'ekstrak' dari Winzip, ginilah jadinya. Tu buah limau yang dimaksudkan.


Tetapi AWAS, jangan copy dan paste ke desktop untuk buat shortcut, kalau tak entah cemana dia takkan jadi full version. So, better create a new shortcut. Ataupun kalau susah sangat, lu jangan buat apa-apa, bila nak guna, pergi je cari kat folder tu ha, solamat.

Gua tak tahulah sama ada pekongsian ni membantu ataupun tak. Maybe ada lagi link lain yang lebih mudah untuk diikut. Apa-apa hal pun, selamat mencuba dan jangan takut untuk try & error dalam melukis. 

Oh ya, gua tak guna tetikus. Motif? sebab laptop gua sentiasa atas katil, gua suka on sambil baring, mengiring songsang sisi dan sebagainya. So, celah mananya gua nak bagi ruang pada tetikus kan. Oleh itu, gua lukis guna jari dekat mousepad laptop.


sharing is daring

16 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Gua guna SAI lepas tue macam tak kena plak dengan jiwa dan sanubari.. so kami terpaksa clash.. dan gua kembali kepada PS .. hua hua hua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh lu lain, katun lu cun. mohon tunjuk ajarku sifu ;)

      Delete
  2. Salam alaykum,

    boleh tahan ar..pasni nak teray teray ar guna mende alah nim..

    ReplyDelete
  3. Thanks for the link..sy masih setia dengan PS..hee..dah pernah try gune sai..kerastangan gua tau.

    ReplyDelete
  4. Sai senang sikit, ps mmg payah gila. Tapi, lawaa laa lukisan kak guna paint tu, bukan sonang nak lukih guna paint.

    ReplyDelete
  5. Wah! Guna touchpad je lukis? Hebat! :D Fy guna mouse pun tak reti nak buat comel comel camni. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe xlah hebat mana pun hasilnya, uhuhu

      Delete
  6. hooooiiihhhh,,, aku tak reti melukaaaiiiihhhh!!!! grrr

    ReplyDelete
  7. yep SAI jadi pilihan hatiku jugak...masa guna PS dulu doodle aku macam kotak..-_-

    ReplyDelete
  8. Donlod pun tetap tak reti nak melukis cam zyra lukis.. Huhuhu.. Takde bakat melukis.. Gugugu~
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  9. akan tetapi ku adalah peminat setis photosop, tpi akn dipertimbangkn untuk mendolod ini :D
    thumbs up!!

    ReplyDelete
  10. gile cool bdk ni lukis..pki paint ek dlu? perghh..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape