Tips Penjimatan Duit

Duit duit di mana kau duit, ehwah jom nyanyi sesama.

Duit.

Kertas berkepala agung idaman semorang. Even orang gila pun tau ia satu kertas bernilai. Sekarang semuanya duit, untuk parkir, untuk berak, untuk masuk toilet snap gambar perasan kat cermin pun duit. 

Fasal duit lakibini bulih gaduh, keluarga bulih putus saudara, kawan2 bulih saling berbunuhan. Semua kerana duit. Jadi, mai kita kontrol duit sebelum duit mengkontrol kita.. Kata nak kawen, kata nak ada keta, kata nak ... ok sudah.

Pergh dah macam edisi siasat tahun 2006 gua punya intro. Harap tak ada yang tertido membacanya. Harini gua bercadang nak kongsi tips jimat. Gua bukanlah penasihat kewangan yang profesional, harap berguna dan dapat membantu kepesatan ekonomi semasa. 


 6) Jangan bawak kad ATM 

Berkesan buat kaki window sopim. Kekonon pi mall nak tengok2 je kan. So bila tak bawak kad atm / kad kredit takdelah nak borong sakan apa yang ada. Lain la kalo lu muka tak malu nak pinjam duit dekat orang lalu lalang. kahkah. Jangan jadikan pinjam meminjam sebagai satu tabiat. ini serius.


5) Bezakan keperluan dengan kehendak.
ini segmen cari perbezaan ke cemana ni, ngahaha

Ok, ini tips basi. Semorang tahu betapa payahnya nak penuhi kemahuan. Gua akui bukan sikit payahnya. Sangat payah mengalahkan soklan algebra. contohnya t-shirt. Jangan pikir sangat soal jenama, sebab beli yang berjenama pun orang tetap tak nampak jenama tu. Bahkan kalau nampak pun mungkin orang ingat itu tiruan, sesia je. Yang branded lebih selesa? toksah dok muhung gua, gua dah terai, sama saja :3


4) Makan benda kenyang


Satu set kepsi berharga dalam lingkungan RM10. Tapi kenyangnya sekejap, muaknya yang lebih. Dahtu kita ni pulak jenis makanan rujinya nasik. Harus pelahap nasik baru bebetul kenyang. Ce fikir, RM10 tu bulih buat makan 2 kali nasik, bahkan 3 kali nasik kalau kita pilih lauk yang sederhana. Jimat dan kenyang. (Tapi bagi yang jenis perut macam gua, makan apa pun tak kenyang, err)


3) Buat akaun berasingan.

Bila dapat je gaji / elaun / biasiswa / duit kutu atau sumber kewangan apa saja peruntukkan sikit untuk simpan. Seeloknya untuk akaun simpanan ni cari bank yang lu jarang / susah nak jumpa. Motipnya supaya rasa malas nak kuarkan duit. Pegi bank lain nanti kena cas singgit, rugi tuuu. Lagi bagus kalo akaun ke 2 yakni akaun simpanan tu korang buat buku, jangan buat kad. Pergh lagilah malas nak isi borang kuarkan duit. (Takpun simpan dalam ASB)


2) Anggap gaji ciput


Dapat gaji lu tolak duit2 untuk pembayaran rutin bulanan, balance tu lu amik lah berapa pun untuk disimpan sikit (pastikan fix tetiap bulan, contoh: RM400) Yang baki tulah lu orang buat duit perbelanjaan. Anggaplah gaji lu orang tu banyak tu je sebulan. Tsk tsk.


1) Monolog dalaman

Tiap kali terasa nak beli benda merapu lu bersoal jawab dulu dalam hati: nak beli buat apa ni? perlu sangat ke? kalau tak beli, still boleh hidup tak? Bersoal jawablah dengan diri sendiri macam dalam mahkamah dan pastikan last2 lu yang menang. Akal versus napsu, kita tengok sapa yang kena.

Tu jelah kot. Gua tau ramai orang dah tau dan buat cara ni sejak dulu lagi. Saja gua kongsikan mana tau ada yang masih teraba2 cemana cara nak berjimat, anggaplah ini satu testimoni dari gua, heh, ingat ubat kurus je ada testimoni? Ok ok ok, gua ngaku ni, gua hanya apply 26% dari tips yang dibagi :3

Jangan lupa sedikits perutukan untuk enjoy! yipppi. Sedikits saja oke, sedikits. Ouh, lupa nak bagitahu, tayah gigih tekan refresh untuk gambar nombor 3 sebab memang takda gambar. Gua malas melukis tanpa gaji ni, kahkah :p



bersederhana itu lebih baik dari papakedana.

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Dah berkurun rasanya gua tak join segmen ni. Sekali sekala nak jugak join, merapatkan silatorohim katanya. takdela orang kata zyraroxx tu sombong kemainnnn.

Gua join segmen si Yaya ni pun sebab syaratnya senang dan tak banyak kerenah nak suruh buat itu ini sampai muntah darah gua membacanya, kehkeh.

kalau berhasrat nak join sila raba-raba banner ni. ini satu paksaan, muehehe!


Gua ni dah macam gila followers kan sejak akhir-akhir ini? Kahkah, sapa tak suka followers weh? Sapa tak suka? Bohonglah kalau cakap tak suka tu, tapi dalam hati nak jugak followers beribu riban kan? kan? eleh tayah nak kencing gua la brader, kehkeh.

Ok, daripada lu baca ayat-ayat gengster gua yang seterusnya, baik lu pi balik ke dashboard dan taip entri untuk join segmen ni. Buat permulaan folo lah gua dulu, tak gitu? muehehehe.

Ohoi, segmen ni sampai 15/02/2013 jep, so jangan dok ralit peram entri dalam draft je tak publish publish kang melepassss followers ribu riban :p


gila followers is better dari gila talak, ehh.

Cereka Dongeng Purbakala

Once upon a time....


Zzzzzhh, ini bedtime stori. Ok, ehem ehem tukar chanel.


Pada suatu masa dahulu, ada seorang puteri yang sangat comel. Comelnya puteri itu menggalahkan kumbang tompok hitam, tak bisa ditandingi sesiapa hatta burung hantu sekalipun jua.

Puteri Rapun-Rapunzyra Putaralam nama diberi, cukup sempurna. Seisi jelata menyambut kedatangannya ke dunia dengan berpesta selama tujuh purnama hebatnya.

Tapi sayang seribu lapa ratus kali sayang, setelah beberapa purnama dilahirkan, beliau telah dikidnap lalu dibawa lari ke hutan nuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuunnnn jauh di sana oleh si nenek kebayan yang vougue.

Modus operandinya, Raja Zoe Putaralam telah menolak akan cinta nenek kebayan itu setelah beberapa ketika mereka memadu asmara.

Tinggalah puteri Rapun-Rapun seorang diri diatas menara nun di puncak sana. Tanpa teman. Tanpa facebook, youtube, twitter, instagram, astro, jauh sekali samsung galaxy tab. hidupnya hanya bertemankan rambut beliau yang suburnya bukan mainan, panjangnya melapaui batas hukum logik alam

Hiduplah beliau dengan mahkotanya itu di atas sebuah menara tak bertangga, rimas, hanyir, bosan.




Arakian maka tersebutlah pula kisah seorang putera, Putera Shawmangkut Chulalapopcorn, pewaris takhta kerajaan Mongkut dan Manchuria.. Sungguh elok rupaparasnya. Kentuntnya sahaja bisa buat orang tidak ketahuan, belum lagi senyum tawanya.

Adapun putera ini tidaklah seperti putera kebanyakkan. Perempuan biasa bukan menjadi idaman, tak rare and collectible items katanya dalam bahasa Mongkut.

Akan tetapi, hobinya masih jua sama seperti putera raja kebanyakkan yakni pergi berburu. Hasil buruannya itu seringkali adalah ikan laga dan juga musang pulut, kerana hanya itulah saja hewan kegemarannya.


Dipendeekan cerita, berjumpalah sang putera dengan puteri ini berdua. Kedua-duanya tangkap cintan dan sempat menyanyi serangkap dua lagu ombak rindu versi acapella.

Sang putera cuba cari jalan untuk mendapatkan sang puteri namun hampa. Menara itu pula terlalu tinggi untuk didaki. Lalu tercetus idea separa bernas dari sang puteri supaya mereka menggunakan saja rambutnya sebagai tangga.

Lalu rambut dilontar ke luar jendela, mencecah hampir ke tanah. Terus sang putera mencapainnya tanpa membuang masa. Tapi sayang nam juta kali sayang, baru beberapa tapak putera panjat dengan batuan rambut....... berdebuk! beliau jatuh terduduk.


Sayangya rambut si puteri itu rontok karena rapuh (pinjam ayat pantene kejak)



Tsk tsk sadis tak cerita tadi? Tapi takpe, still hepi ending.

Setelah fedap, putera tersebut telah balik dan mengarahkan seluruh bala tentera dan rakyat jelata bersatu membina escalator naik ke atas menara tersebut.


Tammat.

~~~~~~~

Nampak sangat gua kegersangan idea kan? Takde harapan nak jadi penulis buku kekanak lah cenggini. Apa motifnya? ni hah motifnya:



Ceh, berani beliau memperkotak-katikkan dodol gua. UpinIpin tu rambut tak tumbuh-tumbuh tak pulak dipersoalkannya, kuhkuh. Sapa tak kenal korn sila angkat bulu dada.

Tengah sedap taip entri, tetiba timbul pulak tweet berikut:


Aih macam tahu-tahu je gua tengah buat cerita dongeng. Lu nak tahu samaada betul ke tak dia taip entri tu ce pegi blog si ArolMubin ni. Tapi gua rasa harapan jelah, kehkeh.


kisah dongeng - stacy
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape