Sponsor Doodle Untuk GA

Wah wah kali ni pestaim gua jadi penyumbang kepada giveaway. Gua ingat nak sumbangkan lagu je, tapi gerenti kena rejek mentah-mentah oleh tuan punya GA, kufkuf.

Tujuan jadi sponser ni bukan apa, nak memartabatkan kan sikit blog Zyraroxx ni haa keperingkat antarabangsa (pingsan). Ek eleh sponser doodle jek? Gua tumbuk karang tahulah, lu ingat buat doodle ni senang ke, huff. Lagipun kasi doodle ada nilai sentimental sikit, setiap lirikan, garisan dan warnaan dibuat oleh gua dengan penuh kasih sayang gitu, muah. Eksklusip tahu, orang lain takde lagi, sebab gua perati ramai je yang guna doodle yang sama.

Gua tak pasti sama ada nak ucap tahniah atau takziah ke Eyra Dzuhairah ni sebab telah berjaya memenangi sebuah doodle dari gua (tepuk-tepuk) bersempena dengan Special GA yang dianjurkan oleh Misz Nadea ritu (tepuk-tepuk lagi). Taraa..
Hajat hati nak buat live-sized, tapi nanti sampai esok tak habis scroll, kahkah


Gua memang tak tahu nak kasik doodle apa so gua tanya spisis doodle yang dikehendaki, dan beliau telah merikues doodle muslimah biru, pehh memang geng gua lah biru-biru ni, hikss. Maaf andai doodle ini tak sepertinya doodle dari pereka grafik yang lain, huhu maklumlah gua dulu belajar management je :3

Sebenarnya ada sorang lagi pemenang doodle ni yakni Eiyza Elena. Tapi gua masih belum dikontek oleh beliau, ke gua yang kena kontek dulu, alamak gua ni pemalu, ufufufu (dushdush!). Blognya juga takdak FB so gua tak reti nak kontek (gampangnya alasan). Tapi takpe, gua bagi masa selama 3 purnama, kalau takde jugak gua tutup kedai ea ea.



melukiz iz my terapi

Kurus Tapi Buncit? Oh Tidak!

Gua memang suka perasan. Perasan comel, perasan rockstar, perasan pandai, dsb. 

Tapi harini gua perasan satu maciam. Gua perasan buncit. Ops. Badan kurus perut buncit, hoi something wrong somewhere, rasa agak loser di situ.

Pfft, dah macam budak afrika yang kurang zat, kurus dan buncit. Mengapa dan kenapa fenomena ini berlaku? Kalau budak aprika yelah, dah sedia maklum akibat kekurangan zat dan mungkin jugak pelbagai jenis keturunan cacing bersarang dalam perut depa, tapi kalau di Malaysia ni, sebab apa? Teruskan membaca (ceh rasa macam pengacara nona pulak)

Sebelum gua pergi lagi jauh, jom kita cek dulu buncit ke tak. Kalau tak buncit takyah lah nak over-reacting, kahkah. Kalau keputusan menunjukkan lu buncit, gua tumpang bersimpati, tsk tsk. Kalau laki buncit itu seksi (konon) kalau perempuan? Hmmm agak jatuh saham di bursa attractiveness -_-

Nah, berikut cara paling saintifik untuk memastikan samaada lu ni ada masalah kebuncitan perut atau tak. Tolong jangan tahan napas sewaktu buat okey, gua lempang lelaju karang. Cara yang digunakan adalah dengan mengira Waist Hip Ratio (WHR) atau nisbah ukuran pinggang kepada bontot (matematik habis).




Dann, jejejenggg sekiranya ukuran WHR lu melebihi 0.85 (Gegirl) dan 0.95 (Boboy), gua ada berita buruk... ini bermakna perut lu buncit! (selamatlah gua cuma 0.7375. Tapi dah hampir-hampir tu, sobs)

Kepada yang buncit, takyah feeling down sangat. Kalau gua buncit pun gua tak salahkan perut sebab gua memang kuat makan dan tido, kufkuf. Pada yang tak kuat makan tapi still buncit tu, apahallll?? Kadang gua rasa semua zat makanan disedut oleh perut tanpa beri peluang bahagian lain membesaq :3


Sebenarnya begini:


#1 - Kurang ayaq putih

Minum air kena banyak. Gua rasa dah berbuih mulut pakar-pakar kesihatan suruh manusia minum air banyak-banyak. Paling kurang pun 7 8 9 gelas sehari. Takat ni gua hanya berjaya meminum 2.5 liter sehari. Letih woi nak ke tandas. Tapi bila lu dah biasa minum banyak, kekerapan ke tandas makin kurang, mungkin sistem badan dah terbiasa dengan kebanjiran air. Ini pengalaman gua. Air banyak bagus untuk buang segala toksin, tapi perut kembung dengan air jelah, kahkah.


#2 - Makan tak reti tertib


Ni satu hal yang umum. Makan buru-buru macam nak pi perang. Bila makan tu kalut, otomatiknya lu telan makanan tu dengan cepat tanpa kunyah sampai hancus. Bila cenggitu ceritanya, udara dalam usus jadi tersekat-sekat (macam kita semput) lepastu membentuk gas, pastu perut pun kembung, pastu buncit, pastu? tak reti-reti nak ubah stail makan? Nabi pun suruh kita makan, bukan mencekik. Sunnah nabi kunyah 44 kali tu ada fungsinya. Takat ni gua selalu jumpa orang yang kunyah 4 kali je, 44 belum penah.


#3 - Sembelit

Sembelit atau bahasa kampungnya susah berak. Bila 'benda' tu lama tak keluar, usus besar pun makin berbelit-belit, kahkah. Err maknanya depa tak larat dah nak tampung najis yang menginap lama-lama kat dalam tu sampai tak reti-reti nak checkout. Dulu gua ada masalah ni, kadang rasa macam bukan orang, makan tapi tak keluar, badan tak naik naik, mana pegi semua makanan? Tapi sekarang sejak gua amik pil vitamin C, babai sembelit.


#4 - Malas bersenam

Ini sangat TRUE! Bila kurus rasa sangat malassssss nak senam, konon senam ni untuk orang gemuk je, duh. Yang betulnya senam ni untuk semua, kecik, besar, tua, muda, miskin, kaya, janda, maknyah, aaatodia. So rerajinkan lah senam, gua pun nak mula senaman perut, sebelum buncit baik kasi cantass dulu, ye dok? 


#4 punca buncit tu gua dapat dari cakap-cakap dokter-dokter yang gua jumpa (tak termasuk Dr Shawn, kahkah). Entahkan betul ke tak gua kurang arif, maklumlah sejarah pendidikan gua bukan berlatarbelakangkan sains perubatan, kuhkuh. Kalau tak betul muhun pencerahan di ruangan komen di bawah (nampak tak permainan gua nak suruh lu komen -,-)


jom sihat!

Erti Sebenar Sebuah Kekecewaan

Ceh, tajuk dah macam chapter novel kekeluargaan. Tapi benar, itu yang gua nak isu kan di sini. Kecewa itu subjektif. Ada yang kecewa bila kucing peliharaan buat 'donno' je, ada yang kecewa bila PTPTN lambat masuk akaun, ada yang yang kecewa bila kawan tanak keluar dan sejuta satu perkara lain yang boleh mengecewakan.

Kekecewaan bukan perkara baru. Menda ni berlaku sejak kecik lagi, sejak belum reti bercinta, kecewa dan dikecewakan. (pergh! gua kah ni?)

Zaman kekecik dulu selalunya kecewa bila tak dapat cekelat, mainan, baju transformers, dan yang sama waktu dengannya. Tapi ada lagi perkara lain yang mengecewakan gua pada zaman keanakkan. Bahkan, gua rasa tak melampau kalau gua kata ia masih mengecewakan gua even bila berlaku time gua dah tua bangka macam sekarang.

Apa dia?


Nampak tak betapa ibu-ibu kita semua berjaya mentroll kita dengan jayanya sejak 1996, kahkah. Walau kerap terkena tapi harapan tu tetap tinggi bila bukak petisejuk dan ternampak bekas aiskrim yang agak 'baru'. Harapan tu tetap ada, ya tetap ada. Nak nak pulak bila tahu emak/kakak baru balik dari pasaraya, lagilah menggunung harapan bila ternampak bekas aiskrim dalam freezer.


Selain itu?



Deng, gua pernah terkena kot. Nampak bekas Danish Cookies atas meja kakak gua yang gemar menjahit. Langsung tak terlintas di benak fikiran bahawa ianya bakal terisi dengan benda lain selain biskut. Pada fikiran gua kakak sengaja tak letak kat dapur sebab nak makan sambil menjahit, begitu naif sekali pemikiran gua pada masa itu. Begitu mudah terpedaya dengan pesona dunia, kahkah.

Tapi situasi di atas tu dah tak berlaku lagi kot pada bebudak sekarang yang dah biasa dengan makanan segera dan kudapan lazat senantiasa di dalam petiais. Yang tak pernah nak rasa kecewa sebab setiap kehendak dipenuhi, so bila kecewa putus cinta mulala pikir nak bunuh diri, WTF betul.


"Harapan, harapan mejadi laaaaayuuu" - nyanyi lagu HyperAct kejap

Download Paint Tool SAI Full Version

Memandangkan ramai jugak yang menanyakan apa software yang gua gunakan untuk buat doodle, gua dengan ini nak share link untuk download menda alah ni secara FREE FREE FREE talk, kakotalk, eh salah iklan.

Tetiba gua rasa nak cerita sikit sejarah software yang gua gunakan untuk melukis. Bermula dari Microsoft Paint (memang setiap komputer yang guna Window mesti ada natang ni). Dulu masa kecik, gua selalu main lukis-lukis pakai benda ni lah, maklumla takda game canggih lagi. Memang kelautlah lukisan kalau tak reti handle tetikus, fokus kena tajam, hasil langsung tak smooth :3

hasil kerastangan menggunakan MS Paint time memula menceburkan diri dalam blog


Seterusnya, gua up sikit guna Adobe PS. Eksheli memang dah sedia ada, tapi gua hanya guna untuk edit gambar atau buat header saja. Gua dapati melukis guna PS ni agak tricky. Tak taula kenapa, gua memang susah nak hadam teknik buat doodle guna PS :( Memang tak dinafikan Doodler tersohor lazimnya guna PS untuk hasilkan doodle yang hebat.

Hasil kemetottangan guna PS. Gua suka brushstroke PS je, ufufu.


Dan, jeng jeng jenggg. Gua guna Paint Tool Sai ni haa yang terbukti berkesan dan serasi dengan sanubari gua gitu, kami saling memahami, kahkah. Di samping simple, dia jugak tak berat untuk load time bukak berbanding PS. Tapi gua guna untuk lukis je, untuk edit, masih guna PS, ngehehe.

hasil dari SAI. kemas, kacak, bosan.



Ok Ok, gua tahu lu bukan datang untuk baca bebelan gua, lu nak downloadkan? Sila ambil perhatian bahawa anda memerlukan Winzip untuk mengekstrakan file yang telah dikompresskan sebab ianya sejenis zip folder (betul ke istilah yang gua guna?). Once lu dah ekstrak ke folder yang dipilih (My Documents contohnya), just klik dekat sai (yang ada logo buah limau tu)


bila dah di 'ekstrak' dari Winzip, ginilah jadinya. Tu buah limau yang dimaksudkan.


Tetapi AWAS, jangan copy dan paste ke desktop untuk buat shortcut, kalau tak entah cemana dia takkan jadi full version. So, better create a new shortcut. Ataupun kalau susah sangat, lu jangan buat apa-apa, bila nak guna, pergi je cari kat folder tu ha, solamat.

Gua tak tahulah sama ada pekongsian ni membantu ataupun tak. Maybe ada lagi link lain yang lebih mudah untuk diikut. Apa-apa hal pun, selamat mencuba dan jangan takut untuk try & error dalam melukis. 

Oh ya, gua tak guna tetikus. Motif? sebab laptop gua sentiasa atas katil, gua suka on sambil baring, mengiring songsang sisi dan sebagainya. So, celah mananya gua nak bagi ruang pada tetikus kan. Oleh itu, gua lukis guna jari dekat mousepad laptop.


sharing is daring

Special Birthday Giveaway Bernilai RM750

Lalalalla, first time beb join GA (tepuk tepuk tepuk).

GA ni dihasilkan oleh Nabila Medan. Nama yang tak asing lagi bagi bloggers, terutamanya bloggers gegurls kan kan kan. Bersempena dengan ulangtahun beliau yang ke tujuhbelas tak lama lagi, maka diadakannya acara yang gilang gemilang ini.

Ok, jom nyanyi reramai: happy birthday to you happy birthday to youuu happy happy always yea. Semoga panjang umo dan murah rezeki.  ^_^v

Rugi lak rasa kalau tak join memendangkan hadiahnya memang kababoom dan lain dari biasa, peh kemain. Syaratnya pun simple dan senang nak diikut. Jangan risau, tak perlu tujuh dulang hati nyamuk pun, ufufufu. 

banner GA ni pun kewl & naiss

Nak join jugak? just klik banner kata atas. Ehem, first time join GA harapan memang setinggi gunung, kehkeh. Hopefully dapatla jugak adiah kan walaupun sebungkus tisu. hukhuk. 


GA ini tammat riwayatnya pada 10 Oktober 2013 (5 p.m.)



Hmm Hmm, gua nak ngetag Miss Fluffy ngan bang Aida Omar, weehuu!


Jom join reramai!
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape