Mesej Dari Pembuli

Sekolah dulu lazimnya terdiri daripada 3 golongan:

Golongan pembuli
Golongan dibuli
Golongan neutral

Sekolah sekarang? Malas gua nak list.

Gua dulu pernah dibuli. Bukan buli versi tumbuk terajang peras ugut. Tapi buli mental, sakitnya lebih kurang buli fizikal. Padahal tahukah enkorang bahawa pada masa itu gua merupakan PENGAWAS sekolah?

Waktu tu darjah tiga. Sekolah gua yang terdiri dari dua kelas di setiap darjah menjadikan darjah tiga sebagai umur rasmi menjadi pengawas. Pengawas kat sekolah dulu dipilih berdasarkan taraf IQ bukan fizikal. Maka jadilah gua pengawas yang tercomel di sekolah, eleh sebenarnya nak gitau gua antara pelajar cemerlang (okey, selain perasan gua jugak seorang yang riak).



Gua pun tak faham kenapa tak ambik budak badan besar-besar jadi pengawas. Mungkin sekolah gua berpegang teguh kepada prinsip 'kepimpinan melalui tauladan'. Atau mungkin jugak bagi memudahkah cikgu untuk detect pelajar pandai..

Dan bermulalah lembaran baru dalam hidup gua. Semuanya bermula bila gua di darjah empat.

Setahun jadi pengawas gua dah diberi jolokan 'pengawas paling tak berdisiplin'. Penyebar propaganda tersebut tak lain tak bukan adalah Marvolo Riddle (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang senior. Pengawas yang kononnya paling berkaliber di sekolah dan disegani ramai lantaran bapak sedara beliau yang berpengaruh di kawasan sekitar dan ada kena mengena dengan syarikat penerbangan MAS suatu ketika dulu.

Duty yang paling gua benci adalah menjaga pagar sekolah. Sekolah gua takdak pak guard jadi pengawas lah menjalankan tugas mencatit nama pelajar yang datang lambat. Konflik timbul bilamana gua adalah salah seorang yang datang lambat.

Bukan sebab bangun lambat. Tapi disebabkan masalah logistik, gua hanya mampu tunggu abang yang tinggal di daerah lain untuk datang menghantar gua ke sekolah. Ayah dah sakit-sakit tahun tu (dan meninggal pada tahun yang sama). Abang sedaya upaya datang tepat pada masanya dan sebagai insan biasa, kerap jugak terbabas.

Marvolo Riddle ditakdirkan sering bertugas bersama gua. Ketibaan gua sering disambut senyuman sinis beliau yang memang mintak siku dan kaki. Tiba masa yang sesuai, Marvolo akan menghampiri gua sambil melemparkan kata-kata nista. Gua hanya tunduk. Memang gua bersalah. Tapi.. tapi.. tapi.. arhh. Nampak dua tiga tompok air menitik, gua sangka hujan, tapi rupanya air tu datang dari celah mata gua sendiri. Cis, tak macho langsung.

Demikianlah. Sehingga gua dimurahkan rezeki dan dianugerahi basikal sendiri. Sejak itu, pukul 6.30 pagi gua dah tercegat depan sekolah. Tapi itu tidak menghalang penghinaan Marvolo yang berterusan. 


**15 tahun kemudian**


Satu PM Facebook masuk.

Marvolo: Hi, ex-SKK?
Me: Yep
Marvolo: Wow, u yg mana satu ea. 
Marvolo: Oh, jap. mesti yg paling comel kan? Tgok muka sekarang pun I dh dpt agak which one ;)
Marvolo: Can u give me ur contact no? u know, nak bond balik ;)
Me: Kenal pengawas paling tak berdisiplin dlm era awak?
Marvolo: Huh, mana boleh lupa. She is so annoying. Comot, xde disiplin. 
Marvolo: Honestly I rasa dia langsung tak layak jadi pengawas. Such a pity
Me: Ouh.
Marvolo: Knp, u kenal dia jugak? Eh u sama batch dgn I ke, jap I nak teka which one
Me: Saya adalah dia.



Tak ada prefect yang perfect.

32 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Replies
    1. dan apakah sambungan cerita ini? hehee~ ;3

      btw, join my contest? Isi Buih-Kata Komik #2!!!
      Contest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD

      Delete
  2. ahaha. kesiannya awak kena buli. pulak tu pengawas. mesti ni pengalaman yg xley lupa kan,.

    ReplyDelete
  3. Tada! wawa ada dimana2.. muahahaha...
    alahai.. bestnye cite akak!! boleh jadikan novel ah cemni.. haha
    Kak, wawa pun dah kena mcm akak ni,. dulu bukan main kutuk macam, sekarang dok im bagai mintak no phone.. memang dia tempah nak makan kaki tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wawa situ sana sini. haha. thanks sapot gua di mana sahaja anda berada. tggulah nnt keluar drama adaptasi dari novel gua pulak, wuhuhu.

      kaki goreng kunyit sedap.

      Delete
  4. sedap je dia kutuk kan..haha xda sivik betul...-_-

    ReplyDelete
  5. pastu dia jawab apa bila kata saya adalah dia tu?

    ReplyDelete
  6. pnulisan yg santai..tersengah sy bace sorg2..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah pun jadi pengawas walaupun teringin nak jadi...sob sob sob :'(

    ReplyDelete
  8. AKu dulu pengawas jugak...
    Tp pengawas lain buat tugasan, aku pergi tidur dlm library.
    Nasib baik pengawas pusat sumber satu kepala join tidur...hehehe

    ReplyDelete
  9. Assalam..dik..siannya awak kene buli kan..heheh..tp kene buli zaman dulu jd kenangan manis bila ingat balik. Kene buli klu zaman ni..kompem jd mimpi ngeri..zaman dah berubah..

    Akak dulu pembuli jgk kt sekolah..tp bkn pembuli plg jahat tu..buli2 manja jer...skrg bila kenang balik..rasa nak mintak mahappppp lt budak yg akak buli tu..hahah nyesallllll 😅😅😅

    ReplyDelete
  10. tak dapat bayangkan respon Marvolo Riddle tu bila dia tau perkara sebenar.HAHHAH

    ReplyDelete
  11. Ahaa, its fastidious discussion concerning this paragraph
    at this place at this weblog, I have read all that,
    so at this time me also commenting at this place.

    Feel free to visit my web page; cost of private jet rental

    ReplyDelete
  12. aku mmg tak suke pengawas lebih lagi yg skema.. rase macam nk kene penyepak je.. haha

    ReplyDelete
  13. kawan2 yus masa sekolah dulu ramai yang pengawas & badar, kesian pulak bila ingat balik.
    selalu kena maki, caci dengan budak2 tak ada adab dekat sekolah. kata skema plus gila kuasa.

    bukan diaorang nak sangat buat macam tu tapi kalau tak buat mau tak kena marah plus dicop tak bertanggungjawab dengan cikgu. tengah2 pagar je diaorang tu.

    kita pun dibuli mental jugak dekat sekolah dulu. cisss.

    ReplyDelete
  14. Tolong buat sambungan cerita ni..
    Apakah kesudahan ceritera cinta antara Marvolo dan pengawas comot?
    Adakah pengawas comot menerima kehadiran marvolo dlm hidupnya?
    Atau diganngu dengan hadirnya orang ketiga?
    Setiakah mereka hingga hujung nyawa?
    persoalan2 ni berlegar di ruang minda aku...

    ceh kemain

    ReplyDelete
  15. Salam singgah.. :)

    saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya balik

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. xjadi pembilo tp penyakat di skolah smpai la dh keja ni

    ReplyDelete
  17. kemain bdk tu bg detail ye.. sabar je lah... hehehe...

    ReplyDelete
  18. Kuuuffff ird yang baca ni dah sakit hati. nak tergelak puns addaa :v

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape