Dulu Lain, Sekarang Lain

Dulunya bujang sekarang dah kawen, ehwah.

Ahamboi sampai ke entri termenyanyi lagu Tan Sri SM Salim. Yang pastinya gua maseh bujang trang tang tang tang baqhang.

Tapi harini gua bukan nak kupas tentang kebujangan gua tapi gua nak hajak lu semua kupas tentang definisi menarik, gojes, cun, lawa mengikut perspektif zaman sebelum milenium dan zaman sekarang.



Kalau dulu lu dilahirkan bergigi jongang memang merana lah badan. Jongang satu hal dah huduh, nak pakai braces (pengikat gigi) satu hal lagi dabel huduh.

Tapi sekarang? Gigi rata macam pagar rumah pun nak jugak pakai braces. Nampak comel, innocent, stylo, etc especially kalau nak memikat jejantan kinki.

Jap, zaman dulu pakai braces tu sama dengan huduh?
Yup. Tak caya? Ni gerenti tak pernah tonton siri Yo Soy Betty La Fea mahupun Ugly Betty ni.


Jadi konklusinya di sini (amboi gua rasa tak kupas apa-apa pun dah sampai konklusi? Jajaja), andai kata lu huduh macam mana sekali pun, take it easy. Mana tahu tiba satu masa nanti kehuduhan lu bertukar menjadi kecantikkan pulak seiring dengan peredaran masa. Muahahaha. Ekhem, sebenarnya gua nak suruh lu bersyukur.


Zaman sekarang pakai spek tapi tak rabun, pakai braces tapi tak jongang. Gua ingat nanti akan sampai trend pakai kain kapan tapi tak mati.



ps: Penulis blog ni pun ada hati nak pakai braces sebenarnya. 
pst: Penulis jugak nak ucap selamat sambut tahun 2015 siap-siap, entah bila pulak nak bukak blog gamaknya.

16 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Deep giler ayat ayat last tuh..hehe. apa apa pon bersyukurlah dengan apa yang kita ada skg nih..betul ke tidak?

    ReplyDelete
  2. Awal lagi nak 2015 ni , lagi 15 hari hehe, same la teringin na pakai braces hahak

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala wakk, update entri pun lima tahun sekali :3

      Delete
  3. ramai dah pakai kapan tapi tak mati sekarang ni..
    semua kapan tak cukup sifat..
    xcaya pegi tgk anugerah2 artis kat malaysia ni..

    #kartunster

    ReplyDelete
  4. apa nak heran zaman la ni

    pakai tudung tapi still tak tutup aurat
    Belom kahwen tapi dah macam laki bini
    macam yes tapi bukan

    wkwkwkw

    ReplyDelete
  5. Aku rasa kalau aku pakai braces, masuk tahun ke-5 pon masih tak lurus2 lagi gigi...hehehe
    Cantik tak cantik itu belakang kira...yg penting confident mesti ada...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon encik cero kongsi tips confident ;)

      Delete
  6. Sama juga dulu asyik mengata orang tak betol, alih2 dia sendiri buat perkara tak betol tu. Ehh, azam kita memang nak buat braces plak. hahah...Selamat tahun baru 2015 yang bakal menyusul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha maklum la pagar tak berapa nak smooth >,<

      Delete
  7. sy pun pernah terfikir nak pakai braces.. tapi terfikir dua kali.. last2 batalkan niat... kikikikiki

    ReplyDelete
  8. Saya pakai braces sebab perlu. Tak de pulak orang nak kata lawa. Lagi dikeji hina adalah. Mata yang rabun ni sanggup menahan tak nak buat spek sebab takut rupa lagi tambah jebon.. Teen life disaster.

    ReplyDelete
  9. haha pakai kain kapan tapi tak mati tu lawak. kbai.

    ReplyDelete
  10. Salam. Hee mata tu leh laser takyah pakai spec ;p

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape