Cinta Anak Anjing

Dulu masa zaman jahiliah gua ingatkan cinta monyet tu dalam bahasa inggerisnya adalah monkey love, rupanya jadi puppy love pulak. Cinta anak anjing, hum, agak kurang hajar bunyiknya.

Cinta monyet gua takda sehebat rumi & juling, setakat crush sana crush sini. Mampu crush jelah, takde sapa nak kat gua (sobsob). Oleh itu, dari menyimpan perasaan kat orang yang belum tentu sedar kewujudan gua, baik gua crush dengan artis terus yang memang sah-sah tak tahu akan kewujudan gua ini. Ngehh.

Time gua sekolah dulu media sosial alam maya bukanlah semewah sekarang. Internet masih belum menjadi satu keperluan. Tapi kami still pandai mengabihkan masa dengan merapu macam remaja zaman sekarang jugak. Bezanya merapu kami educated sket, yakni membabitkan pengiraan matematik (gua tabik kat orang yang memula buat formula tak berfaedah ini):-



gua syak kalau dia suka gua 100%, musti dia fikir namratusjuta kali sebelum membunuh diri, kah!



Makin tinggi peratusan tu maknanya makin hebatlah cinta 'kami', kahkah naif sungguh. Hebat jadahnya kalau kenal pun idok kan, kuffkuff. Tapi pedulikkk, yang pasti gua rasa puas dan hati berbunga riang. Cumanya, nama-nama crush gua tak pernahnya kawan gua berkenan. (dengan BF sekarang baru dapat 100%, ehem hokhokhokhokhok *dush)


noarom, berani dia tak suka sama gua



Atau gunakan kaedah yang lebih mudah untuk mereka yang benci kira-kira. Caranya petik satu bunga yang berkelopak dan tarik kelopaknya satu-satu sambil menyebut 'dia suka aku, dia tak suka aku" (ulang sampai habis setaman bunga). Kelopak yang terakhir tu lah tanda dia suka lu ke tak. Kalau lu dapat "dia tak suka aku", mohon ke taman jiran sebelah dan ulangi proses sama sampai berjaya. (tips dari gua: kalau nak lebih mujarab, guna bunga tahi ayam)                                                                                                                                        
                      
Bila difikir balik, pathetic sungguh hidup gua time tu, hokhok. Tapi masih terkawal lah dari remaja zaman sekarang. Penis sama itu Mammary Gland pun belum habis develop  tapi sudah pandai comolot dan post gambo ke FB. Huhh.


crushed

Beri Baju Terus Clash?

Selamat petang. Ya, tajuk entri ni ditaip dan dideraf pada waktu petang, publishnya tu entahkan pagi entahkan senja. Yang pasti, anggap je petang.

Kisahnya kawan gua ni tengah buntu mikir nak belikan apa hadiah thorbaik untuk tunang beliau lalu menanya pendapat gua. Perfume? dah, henfong? dah, kuda? mahal sangat, lalu gua pun mensajeskan beliau supaya memberi sehelai baju. Simple.


Tak semena-mena di jerkahnya gua yang mulus ini: "Hang gila nak bagi baju??? Putuih ikatan kami satgi!"


Mendengar ayat tu, gua tunduk membelek ibu jari kaki. Kejadahnya baju dan clash, macam tak bersenandung je. Saintis pun gua syak tak reti nak mula dari mana untuk buat kajian saintifik depa. Persoalannya disini: kita nak percaya kuasa Allah ke kuasa baju?

Jodoh pertemuan, ajal maut semua urusan Dia. Bagilah hadiah banglo atau keta perari pun kalau tak berjodoh putus jugak. Baju itu hanya alasan, accessory.



Ukuran baju di badan sendiri.

Nasib Bun KFC

Dalam sepinggan lengkap KFC snack plate mahupun dinner plate, gua rasa bun lah item yang paling dipandang sepi (bagi gua). Salah KFC jugak, time gua kekecik dulu gua cukup suka akan bun mereka, lembut dan liat. Bukan macam sekarang, kering dan berongga kasar, tak sedap.

Acap kali jugak gua perati nasib bun-bun ni yang salu kena tinggal dalam pinggan di restoran kepsi dan kemudiannya masuk dalam perut tong sampah. Kadang gua cuba jugak habiskan bun tu dengan cicahkannya dengan kentang putar, tapi terkadang gua biarkan bun tu jadi makanan tong sampah jugak. Erm, tetiba terasa syaiton menepuk-nepuk belakang gua mengucap syabas. Sob.

So sekarang, gua cari alternatif lain dengan jadikan bun tersebut sebagai appetizer, yakni gua makan bun tu dulu yang gua convert menjadi baby burger, sebelum gua meratah ayam KFC semahu-mahunya, hekhek. Kalau gua ratah ayam dulu nescaya bun tersebut pasti dipandang sepi seperti selalu :3 




Jom elakkan pembaziran dengan penuh bergaya.


taraaa! sebiji beger comel. bulih jadi apetizer, dessert atau bawak balik kasi adik lu
 

Atau gua sorang je blogger yang punya habit tinggal bun? :3

Port Paling Menarik Untuk Bergambar


Sedang gua meluru laju untuk melepaskan hajat, dari jauh gua nampak sederet gadis di depan cermin besar tandas awam sebuah mall. Dalam likungan 11 orang kesemuanya. Argh, gua dah la nak terberak ramai pulak orang. Sampai ke dalam tandas, gua lega. Rupanya depa tengah beratur untuk bergambar, bukan untuk berak.

Gua tak pasti mengapa fenomena selfie ni harus terjadi dalam tandas. Asal bergambar dalam tandas je muka jadi cun. Gua syak pasti ada kena mengena dengan penataan cahaya ataupun kerana tandas merupakan tempat jajahan takluk geng syaiton. Entahlah.


Emak: "Bersiap cencomel ni nak ke mana?"
Anak: "Nak ke tandas, snap gambar untuk DP baru"

Tindik Telinga Guna Senapang

Pada suatu hari, gua ke sekolah dan melakukan rutin harian seperti kekanak umur lapan tahun yang lain. Belajar kenal apa itu darab, bahagi, mewarna, berfoya-foya dan melanggar peraturan sekolah.

Balik dari sekolah, selesai mandi makan, gua berlari terlompat-lompat nak keluar bermain dengan Diah, setahun muda dari gua. Dalam hati tengah dok berkira-kira nak main apa, masak-masak? cikgu-cikgu? power rangers? tiba-tiba


Mak: Harini toksah keluaq main, pi bersiap
Gua: Awat, nak pi mana mak?
Mak: Kita pi Simpang Empat
Gua: Yeyy! 


Sememangnya sejak dari dulu gua suka betul keluar berjalan, tak kisah dekat atau jauh. Pekan Simpang Empat bukanlah macam Pavilion yang menerujakan remaja sekarang. Ia cuma pekan koboi yang kecik namun bagi gua cukup lengkap segala segi dengan kedai-kedai apek yang menjual bermacam jenis barang yang tak sama dengan kedai kampung.

Sampai di pekan, gua perasan abang gua parkir motor depan sebuah kedai emas. Dah nak raya ke fikir gua, atau mungkin mak nak usha rantai? Gua mencongak sendiri dalam hati. Gua menonong ikut mak masuk kedai. Seorang nyonya menegur


Nyonya: mau apa, ada emas mau tukar ka
Mak: Nak tebuk telinga anak ni
Gua: Ahh? (telan liur yang rasa kesat)


Sungguh! Gua tak ready lagi untuk semua ni. Dada rasa berdebar-debar kencang. Boleh tahan mak gua punya seprais. Saat genting cenggitu jugaklah gua teringat perbualan dengan sepupu beberapa bulan lepas..


Wani: Orang tebuk telinga ni sakit wooo 
Gua : *melopong 
Wani: Depa tembak telinga guna senapang..
Gua: * makin bulat mata dan mulut melopong




Beginilah sedikit sebanyak imaginasi gua mengenai tindik telinga time tu (-_-)'



Suara nyonya kedai emas tu mematikan ingatan gua. Gua cemas dan kaget, rasa cam nak lari keluar kedai, tapi nak ke mana? Karang tahu dek orang kampung atau rakan sekelas rosaklah reputasi gua. Tetiba gua didudukkan atas satu bangku depan display case, rambut gua kat telinga diselitkan belakang cuping. Apek yang mungkin suaminya si nyonya sengih-sengih pandang gua. “Manyak berani woo ini budak kecikkk”. 

Mak hanya senyum (oh mak, help!).

Nyonya tu ambik sebatang pen kaler biru berjenama Kilometrico. Fuh, detail sungguh ingatan gua di saat-saat genting begitu. Dia buat titik di telinga gua kiri dan kanan guna pen tu. Entahlah center ke tidak, gua tak peduli lagi, gua tengah nervous menuggu senapang dikeluarkan nih

Siap semua apek tu datang menghampiri gua dengan memegang satu benda. Cuping telinga gua dicalit sesuatu, sejuk. Lalu dia keluarkan sesuatu yang pada gua tak ubah macam sebiji stapler saiz besar. “Tahan sikit naa adik, sikittt saja” lalu tikk! telinga gua di 'stapler'. Tikk, sebelah lagi, serentak itu gua rasa bagai tercucuk jarum, tak sakit sangat cuma lebih kepada terkejut. Siap!

Gua meraba cuping. Telinga terasa panas akibat disentuh jari gua yang sejuk gara-gara takut. Gua masih melopong time tengok cermin yang dipegang apek. Mata gua aje yang terkelip-kelip tengok subang berbatu merah delima. 

Esoknya gua melangkah bangga ke sekolah. Mana taknya, gua dah level up! (namun tak bertahan lama sebab tak boleh pakai subang ke sekolah, lalu ia digantikan dengan lidi, hmph tak vogue langsung)

Tapi dalam hati masih menggerutu tak puas hati dengan kazen gua. Hehh, Guna SENAPANG lah sangat!



Kini, bertindik bukan hanya di telinga
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape