Mesej Dari Pembuli

Sekolah dulu lazimnya terdiri daripada 3 golongan:

Golongan pembuli
Golongan dibuli
Golongan neutral

Sekolah sekarang? Malas gua nak list.

Gua dulu pernah dibuli. Bukan buli versi tumbuk terajang peras ugut. Tapi buli mental, sakitnya lebih kurang buli fizikal. Padahal tahukah enkorang bahawa pada masa itu gua merupakan PENGAWAS sekolah?

Waktu tu darjah tiga. Sekolah gua yang terdiri dari dua kelas di setiap darjah menjadikan darjah tiga sebagai umur rasmi menjadi pengawas. Pengawas kat sekolah dulu dipilih berdasarkan taraf IQ bukan fizikal. Maka jadilah gua pengawas yang tercomel di sekolah, eleh sebenarnya nak gitau gua antara pelajar cemerlang (okey, selain perasan gua jugak seorang yang riak).



Gua pun tak faham kenapa tak ambik budak badan besar-besar jadi pengawas. Mungkin sekolah gua berpegang teguh kepada prinsip 'kepimpinan melalui tauladan'. Atau mungkin jugak bagi memudahkah cikgu untuk detect pelajar pandai..

Dan bermulalah lembaran baru dalam hidup gua. Semuanya bermula bila gua di darjah empat.

Setahun jadi pengawas gua dah diberi jolokan 'pengawas paling tak berdisiplin'. Penyebar propaganda tersebut tak lain tak bukan adalah Marvolo Riddle (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang senior. Pengawas yang kononnya paling berkaliber di sekolah dan disegani ramai lantaran bapak sedara beliau yang berpengaruh di kawasan sekitar dan ada kena mengena dengan syarikat penerbangan MAS suatu ketika dulu.

Duty yang paling gua benci adalah menjaga pagar sekolah. Sekolah gua takdak pak guard jadi pengawas lah menjalankan tugas mencatit nama pelajar yang datang lambat. Konflik timbul bilamana gua adalah salah seorang yang datang lambat.

Bukan sebab bangun lambat. Tapi disebabkan masalah logistik, gua hanya mampu tunggu abang yang tinggal di daerah lain untuk datang menghantar gua ke sekolah. Ayah dah sakit-sakit tahun tu (dan meninggal pada tahun yang sama). Abang sedaya upaya datang tepat pada masanya dan sebagai insan biasa, kerap jugak terbabas.

Marvolo Riddle ditakdirkan sering bertugas bersama gua. Ketibaan gua sering disambut senyuman sinis beliau yang memang mintak siku dan kaki. Tiba masa yang sesuai, Marvolo akan menghampiri gua sambil melemparkan kata-kata nista. Gua hanya tunduk. Memang gua bersalah. Tapi.. tapi.. tapi.. arhh. Nampak dua tiga tompok air menitik, gua sangka hujan, tapi rupanya air tu datang dari celah mata gua sendiri. Cis, tak macho langsung.

Demikianlah. Sehingga gua dimurahkan rezeki dan dianugerahi basikal sendiri. Sejak itu, pukul 6.30 pagi gua dah tercegat depan sekolah. Tapi itu tidak menghalang penghinaan Marvolo yang berterusan. 


**15 tahun kemudian**


Satu PM Facebook masuk.

Marvolo: Hi, ex-SKK?
Me: Yep
Marvolo: Wow, u yg mana satu ea. 
Marvolo: Oh, jap. mesti yg paling comel kan? Tgok muka sekarang pun I dh dpt agak which one ;)
Marvolo: Can u give me ur contact no? u know, nak bond balik ;)
Me: Kenal pengawas paling tak berdisiplin dlm era awak?
Marvolo: Huh, mana boleh lupa. She is so annoying. Comot, xde disiplin. 
Marvolo: Honestly I rasa dia langsung tak layak jadi pengawas. Such a pity
Me: Ouh.
Marvolo: Knp, u kenal dia jugak? Eh u sama batch dgn I ke, jap I nak teka which one
Me: Saya adalah dia.



Tak ada prefect yang perfect.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape