Resolusi Tahun 2015

Zeraroks ni bukan sejenis manusia yang suka pasang azam di tahun baru, walaupun agak selalu pasang angan-angan Mat Jenin.

Tapi bila sana-sini orang sibuk memasang azam tahun baru sempena tahun 2015 serupa pasang lampu kelip-kelip sempena hari raya, gua pun nak pasang jugak lah. Harap berseri sikit 'rumah' gua nanti, hihi.

Gua taknak berazam untuk kuruskan badan (dengan berat 40 kilo nak kurus hapa lagi?)
Gua taknak berazam untuk gemuk (metabolisma tinggi sangat)
Gua taknak berazam untuk jadi Menteri Pembagunan Wanita & Masyarakat
Gua taknak berazam jadi penulis novel yang berwibawa
Gua taknak berazam untuk jadi terkenal dalam YouTube

Tapi gua nak berazam supaya gua dapat nurturing the positive thoughts dalam palahotak gua ni :)
Berazam untuk belajar bersangka baik dalam setiap perkara tanpa ada side sarcasm, hihi.
Berazam untuk menjadi hamba-Nya yang sabar, baik hati, penyayang dan comel (maaf, belum bulih dapat buang lagi side perasan)

Doakan gua! >,<





P.S. Umur gua dah naik level advance  T_T

Trend Nama Anak Panjang Berjela

Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam
Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri binti Md Arif

Cukuplah nama-nama di atas menjadi mukadimah entri kali ni, itu pun dah kira satu perenggan apa. Memang agak semput jugak kalau nak melafazkan nama-nama diatas dengan sekali napas. Itu belum lagi dia punya pronunciation, sebutan dan makhrajnya lagi, phew!

Gua tak salahkan bapak, apatah lagi ibu yang mengandung, tapi gua salahkan surat beranak JPN yang baru. Sapa suruh sedia ruang panjang-panjang? (Sila refer gambarajah 1.1)







Tengok pulak surat beranak dolu-dolu (sila refer gambarajah 1.2 pulak), seciput je ruang untuk nama anak. Tapi tak tahulah pulak kalau-kalau zaman tersebut jika nak letak nama anak panjang-panjang kena guna lampiran berasingan, kuikui.




Gua sarankan kepada bakal ibubapak sekalian supaya pertimbangkan dulu situasi-situasi berikut sebelum letak nama anak panjang-panjang serupa beras Faeza Herbaponni TajMahal:-

1. Anak lambat belajar tulis nama sendiri;

2. Sesi suai kenal menjadi panjang dan hambar;

3. Berkemungkinan berlakunya salah faham tentang sebutan nama apatah lagi jika anak pelat ketika berucap;

4. Menjadi pelajar yang paling tidak digemari guru-guru sekolah walaupun anak anda bijak bistari (lenguh tangan nak tulis nama banyak sangat)

4. Anak menjadi keliru sebab di sekolah cikgu panggil Zahra, kawan baik panggil Mia, kawan biasa panggil Farzana, jiran sebelah panggil Nasuha etc.;

5. Menjelang peperiksaan, kawan-kawan dah menjawab soalan nombor sebelas, tapi anak anda masih terkial-kial menulis nama sendiri (belum masuk bin/binti lagi tu);

6. Jika anak anda perempuan, mungkin menyukarkan proses akad nikah sebab sukar untuk melafazkan nama anak anda dengan sekali lafaz (belum campur darah gemuruh lagi). Kalau cinta tak kuat, mungkin pengantin lelaki lari akibat tension; dan

7. Satu perlakuan yang sia-sia bila orang panggil anak anda dengan nama singkatan (yang tak membawa makna dalam Islam). Lebih malang lagi bila anak anda diberi nickname seperti Chiko (apa guna letak nama sampai lapan perkataan?!)

Ada jugak kebaikkan nama panjang ni sebenarnya, iaitu dapat masuk dalam Malaysian Book of Records wahahaha, glemer tu. Orang kita kan suka glemer-glemer.



P.S: Entri ni terbit hasil dari ketidakpuasan hati penulis terhadap abang beliau yang meletakkan nama anak barunya Nur Safiyya (sahaja). Penulis ingin menambahkan Nur Zara Safiyya supaya penulis boleh memanggilnya Zara tetapi direjek oleh abang beliau. Namun begitu, penulis berazam untuk memanggil anak buah barunya itu sebagai Safiyya dan bukannya Piya, Piah, Safi Rania atau sebagainya.

P.S 2: Amboi panjangnya P.S

Dulu Lain, Sekarang Lain

Dulunya bujang sekarang dah kawen, ehwah.

Ahamboi sampai ke entri termenyanyi lagu Tan Sri SM Salim. Yang pastinya gua maseh bujang trang tang tang tang baqhang.

Tapi harini gua bukan nak kupas tentang kebujangan gua tapi gua nak hajak lu semua kupas tentang definisi menarik, gojes, cun, lawa mengikut perspektif zaman sebelum milenium dan zaman sekarang.



Kalau dulu lu dilahirkan bergigi jongang memang merana lah badan. Jongang satu hal dah huduh, nak pakai braces (pengikat gigi) satu hal lagi dabel huduh.

Tapi sekarang? Gigi rata macam pagar rumah pun nak jugak pakai braces. Nampak comel, innocent, stylo, etc especially kalau nak memikat jejantan kinki.

Jap, zaman dulu pakai braces tu sama dengan huduh?
Yup. Tak caya? Ni gerenti tak pernah tonton siri Yo Soy Betty La Fea mahupun Ugly Betty ni.


Jadi konklusinya di sini (amboi gua rasa tak kupas apa-apa pun dah sampai konklusi? Jajaja), andai kata lu huduh macam mana sekali pun, take it easy. Mana tahu tiba satu masa nanti kehuduhan lu bertukar menjadi kecantikkan pulak seiring dengan peredaran masa. Muahahaha. Ekhem, sebenarnya gua nak suruh lu bersyukur.


Zaman sekarang pakai spek tapi tak rabun, pakai braces tapi tak jongang. Gua ingat nanti akan sampai trend pakai kain kapan tapi tak mati.



ps: Penulis blog ni pun ada hati nak pakai braces sebenarnya. 
pst: Penulis jugak nak ucap selamat sambut tahun 2015 siap-siap, entah bila pulak nak bukak blog gamaknya.

Maka DiciptakanNya Adam & Hawa

Persoalan tentang jantina berlawanan ni selalu terjadi dari awal zaman hingga akhir zaman, baik dari budak tadika hingga ke orang tua. Bak kata mat saleh, Men are from Mars, Women are from Venus. Kepala hotak dia, sebenarnya Men & Women both came from heaven


Kenapa boboy ada bebird, kenapa gegirl takde?
Kenapa mesti perempuan je ada period?
Kenapa spender laki jual dalam kotak?
Kenapa perempuan suka shopping?
Kenapa perempuan mudah ingat perkara lapan tahun lepas sedangkan lelaki perkara semalam pun susah nak ingat?


Sepanjang gua hidup ni banyak sangat gua jumpa soalan-soalan mintak kaki (kecuali soalan-soalan dari budak kecik yang memang tak reti fikir sendiri). Ada sesapa yang sokong feminism kat sini? Kalau ada, meh sini gua nak bagitau: perempuan memang tugas utama dia jaga keperluan seisi rumah, menjadi yang dipimpin bukan yang memimpin so pergilah memasak.

Hoi Zyraroxx ni bukan perempuan ke? Asal tak sapot feminism?

Sebab gua dah syukur dengan kedudukan kaum gua pada harini dibandingkan dengan zaman terdahulu. Zaman di mana anak perempuan ditanam hidup-hidup, zaman di mana wanita langsung tak dibenarkan bersuara dan hanya suffers in silent

Dan sebab gua tahu kaum gua ini tinggi martabatnya dalam Islam. Cukup.

Sedih jugak bila terdengar kaum hawa serupa gua ini merungut bila diserang period pain, "awatlaaa laki takdak period, tak aci (tak adil)!" - Nak tanya sikit kak, yang ciptakan ovari tu siapa ye? Allah kan, bukan ke Dia maha ADIL?

Serupa jugak laki, "hek eleh pompuan ni lemah, lemah, lemah!" - Erm, abang mampu tak nak tahan sakit sebanyak 57 Del ketika bersalin (mind you, tubuh manusia dicipta untuk tahan sakit sekitar 45 Del je).



Jawapan bagi soalan-soalan di atas mudah.

Memang Allah SWT cipta Adam & Hawa dengan sifat berbeza. Kalau nak semua sama sekata, sehati dan sejiwa, baik Dia ciptakan Adam & Adam atau Hawa & Hawa saja, problem solved. Tapi tak, Dia maha tahu, diciptanya Adam begitu dan Hawa begini supaya saling melengkapi. 

Serupa jigsaw puzzle

Kalau dua pieces bentuk sama, apa jadi? Mestilah tak boleh lengkap, sebab tu kena guna pieces yang berbeza.

Simple.

Life ni simple sangat sebenarnya, takpayah kita susah payah nak buat dia jadi complicated.

Kita complicatedkan dengan pengkid, tomboy, maknyah, shemale dan segala macam haramjadah tu semua. Atas nama? Kebebasan, hak asasi manusia, dengarlah luahan hati kami and all that sort of bulls**t. Kalau kau dah lahir dengan jantina tu, kau jangan nak bagi excuses untuk jadi jantina lain lah. Human rights? Yeah, "human rights" my arse.



Weiii apesal gua serius sangat ni weii weii weeii adakah zyraroxx sudah matang untuk dipetik? Kahkahkah. Adios.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape