Liebster Award

Huh, lain macam betul title entri gua kali ni. Rasa serupa pengelola rancangan Grammy Awards pun ada, muahahah.

Eksheli gua telah ditag tanpa rasa bersalah oleh rakan blogger Namy yang telah ditag oleh rakan beliau yang juga telah ditag oleh rakan beliau dan turut ditag oleh.. ok cukup.



Gua pun tak pasti apa benda Liebster Award ni (nampak sangat gua dah tua, uhuk uhuk) tapi gua syak ada kena mengena dengan "lie" (tipu). Jadi jangan marah bila soklan-soklan yang diajukan di bawah ni gua jawab dengan sedikit unsur penipuan sunat, hekhek!

  • Jika bulan jatuh ke riba, awak jatuh ke mana?
  • Awak kat mana? Awak kat mana, eh termenyanyi pulak. Semestinyalah gua jatuh somewhere in between katil dan lantai sebab gua suka aje-ajet stunt-woman sejak azali, untunglaaaa suami gua nanti, eh.
  • Jika pungguk rindukan bulan, awak rindukan siapa?
  • Rindukan pungguk sebab belia lebih comel dari bulan yang menggerutu. Ngarut, mestilah rindukan parents gua.
  • Jika layang - layang putus talinya, awak putuskan apa?
  • Kalau nak jawab putuskan tali sillaturahim karang berdosa, oklah gua putuskan untuk jawab "putuskan dia oh kasih, agar ku tak tersaingi, sungguh ke benci dirimu.." Haa cuba teka lagu siapa?
  • Jika sireh pulang ke ganggang, awak pulang ke mana?
  • Gua tak makan sireh. Gua mungkin pulang ke pangkal jalan kot, sebelum gua terlanjur merepek dengan lebih jauh.
  • Jika ayam disambar helang, awak disambar siapa?
  • Dalam life ni gua bukan takat pernah disambar helang, malah harimau serta buaya darat. Lintah darat belum pernah.
  • Jika kacang melupakan kulit, awak melupakan siapa?
  • Gua mungkin melupakan daratan kot. Gua pernah baca satu mitos yang melarang kita makan kacang jika nak hindari jerawat.
  • Jika halilintar membelah bumi, awak membelah apa?
  • Fasal belah membelah ni bahaya sikit, karang nanti orang sangka gua sedara mara Mona Fendy pulak. Gua jarang membelah ni, mem'blah' itu selalu. Tapi gua yakin gua sering membelah kelapa jika balik ke kampung halaman.
  • Jika Belanda meminta tanah, awak meminta apa?
  • Gua nak mintak tanah jugak kot, maklum lah gua ada sikit keturunan Belanda. Tapi gua fussy sikit berbanding nekmoyang gua, gua nak mintak tanah yang ada penduduk lelaki yang hensem di permukaannya, kahkah!

Alah, dah habis ke soklan? Gua baru nak rasa ajet-ajet Beyonce Knowles ketika ditemuramah majalah Vouge! ni. Tak pernah ada orang temuramah gua tau (mata bergenang).


Seseorang, tolong bawak gua balik ke alam realiti kejap. Harap takda yang bash zeraroks sebab pakai dress yang menampakkan klivej, kahkah!

*Pandang skrin laptop selama 17 minit*

Okey, gua pun tak pasti apa yang patut gua buat lepas jawab soklan tersebut. Tapi gua nak ucapkan berbillion terima kasih kat Namy yang sudi mengetag gua dalam acara bebas cukai ni. Terasa diri ini begitu dihargai dalam dunia blogging (lap hidung).


Till we meet again fellas! 

25 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. "ditag tanpa rasa bersalah" haha xD

    btw, sy dah banyak baca liebster award.. tapi tak pernah lagi tengok soalan yg mcm ni. Mengancam betul soalannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mengancam, sampai kan gua rasa terancam ><

      Delete
  2. hahaha..guwa suka lu,..lu lawak bangat...eh terkuar indon plak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua pun suka sama cewek gayak lu, ehh terkeluar jugak ><

      Delete
  3. Eh tak pernah lak nampak liebster award soalan macam tu haha. Mesti soalan kbat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kbat tu mende pulak? argh tua betul gua ><

      Delete
  4. thanks sgt sgt sgt sgt kat awak..tak kiralah awak berada dimana zyraroxx.
    Memang tak nyesal gua tag lu..pasal gua dah boleh bayangkan gua ter'kekekeke' baca jawapan lu..
    erkk..??.tetiba tertukar bahasa alaala zyraroxx plak.. ='D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha no hal babe, tulah lu dah kena virus zeraroks155 kakakaka ><

      Delete
  5. random sangat jawapan tu sampai tak tercapai akalku. gituhh~ dah la blog comel tuan pulak masuk air. kipidap! xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah tinggal nak keluar asap je ni. thanks! ><

      Delete
  6. wow, soalannya. Mesti blogger tu minat sastera kan. hahha. And jawapan yang diberi tu pun boleh yahan juga "sastera" nya. Mendalam sungguh. Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah kesusasteraan gua ni orang2 ilmu tinggi mungkin faham ><

      Delete
  7. jawapan yang diberi gua suka habis..aish3 terkeluar gua2 pulak..hehe..salam kenal, saya adkdayah dari blog kanvaskehidupanku.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tahniah, sorang lagi terkena virus zeraroks115 ><
      salam perkenalan

      Delete
  8. hai zyra. Selamat berkenalan. First time datang sini. Comel dan rock blog awak!

    btw jemput ke blog nuha.. entry terbaru tentang resepi kuih bakar yang senang tapi sedap!

    ReplyDelete
  9. hahha..jawapan boleh tahan sengal ya kak.. :P
    minta la tanah,tanah dah mahal sekarang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua ingat nak mintak nyawa je tadi ><

      Delete
  10. Replies
    1. AMBOI?! cEro dah besar sekarang, kakaka ><

      Delete
  11. sempoi ja menjawab. hahahahahaha. I like! :)

    ReplyDelete
  12. jawapan hang buat aku pending berejam2.


    komen pendek je. pending tak habeh lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang pending ka hang pening? kakakaka ><

      Delete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape