Komen Puji Pujian

AMARAN OLEH KERJAAAN MALAYSIA: entri ini berbaur riak dan takabur, muahahahah.

Ekhem.
Harini gua rasa terharu sikit. Terharu sebab blog picisan gua ini medapat tempat jugak di hati pembaca. Malah dipuji pula, sungguh gua tak sangka (lap hidung). Bagi gua, pengikhtirafan ini jauh lebih bermakna daripada dapat masuk dalam akhbar tempatan sebab dapat masuk dalam hati readers ni, dia punya feeling fuh, sangat lain macam.

Tanpa perlu membuang masa dan tenaga elektrik, gua pamerkan di sini komen puji-pujian yang telah menjadi inspirasi dan pemberi semangat untuk gua terus merapu dalam setiap entri:



Thanks guys, you rawks! Lama gua tak jenjalan ke blog rakan taulan tapi lu still datang ke blog gua. Maafff sangat sebab perasan sibuk sampai tak sempat bagi nafkah zahir yang berupa komen dan kutukan yang membina. Maafff perasan sibuk sampai tak terjawab soklan-soklan yang mintak tips berblog (rasa otai sangat bila dapat soklan cenggini tahu?)


Sekali lagi gua nak ucapkan berkoyan-koyan terima kasih kepada geng blogger yang susah payah buat review blog zyraroxx atau mementionkan nama gua dalam entri-entri mereka dan tak kurang jugak yang telah memasukkan nama zyraroxx dalam bloglist. Jasamu dikenang, sumpah tak tipu! 

Dan apalah sangat blog zyraroxx ni tanpa pengomen-pengomen setia (even komen spam pun gua terima dengan seadonya). InsyaAllah panjang umur nanti gua nak buat entri khas untuk menyanjungi dan menghargai jasa pengomen-pengomen tegar zyraroxx. Love you guys! 



P/S: Entri ini tidak dapat diteruskan ekoran daripada pendarahan hidung yang teruk yang dialami penulis. Sekiranya blog tidak berupdate selepas ini, faham-faham jelah ye - Jiran Admin

Major Turn-Off

Manusia mana yang tak pernah hadapi situasi-situasi yang menghampakan dalam hidup? Artis popular dan terkemuka mungkin pernah berasa hampa kawen dengan laki yang dia tak cinta, billionaire Arab Saudi sekarang mungkin tengah duduk hampa di rumah sebab gagal membantu Palestin. 

Senang cakap semua orang pernah menghadapi saat-saat kehampaan. Major turn-off dalam hidup. Dan sebagai seorang manusia, gua pun tidak terkecuali. Sebab tu gua taksub betul baca fiction, melarikan diri dari dunia realiti.




Situasi #1

Lu kenal seorang mamat ni di twitter. Cool habis, funny nak arwah, kerja bagus dan lu pernah terbayang seolah dia ni hensem dan macho untuk padan dengan sikap dan kriteria beliau. Kendian dia follow Instagram dan lu pun follow balik dan apalagi cik senah, lets stalk sampai pitam. Scroll-scroll gambar, yes, takde pic dengan perempuan (ada harapan). Tiba-tiba satu wild komen muncul

“Eh, ni tempat yang kau pergi dengan awek kau haritu kan?"

*baling henfon*
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi #2

Dekat bookstore terkemuka dunia. Jangan risau, gua masih di Malaysia, kahkah. Tengah sebok membelek dekat bahagian fiction tetiba wild man appear. Sangat khusyuk belek bahagian non-fiction kisah pahlawan Islam suatu ketika. Macho, segak, tampan, kotemporari dan yang penting suka membaca sama macam gua! Tetiba mata bertentang, sikit senyum kat tepi bibir (hati gua dah jatuh kat lantai). Mata gua tertengok kat tangan beliau yang mengandungi beberapa buah buku. Suddenly

“Buku Latihan Tahun 2”

*silent scream* “Cilaka bapak orang!” (hati pujuk kata mungkin dia cikgu Tahun 2)

Tertengok lagi

“Majalah Wanita”

*silent scream x5* “Noharom laki orang!!”
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi #3

Dekat cafe golongan pertengahan. Spot satu mamat tengah minum sorang dengan satu buku kat tangan. Taste gua baqhang. Dia letak buku, mengeluh dan minum dengan wajah sedikit sedih dan muram. Awwaa adakah nasib kita serupa? Mulalah gua nak berdrama tv3 sorang-sorang dalam hati. Tiba-tiba wild b**ch appear out of nowhere

Dearrrrr tadi kan I ada nampak kasut tu, cantik sawngat tauuu, belikan laaa pleaseee

*tengok dinding dan cakap “kenapalah taste engkau perempuan bimbo?" sambil buat gaya Leo*





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hampir seluruh kaum Adam jatuh dalam kategori memiliki, termiliki, dimiliki atau gay.
Jadi jangan tanya kenapa gua single mingle jingle bell jingle bell jingle all the way.

Apahal macam cilake sangat entri kali ni?!

Masalah Yang Sering Dihadapi Gadis Bertudung

Sebelum ada hijabister yang menyelar entri gua kali ni, suka gua nak ingatkan di sini bahawa tajuk yang sebetulnya adalah masalah yang dihadapi oleh gegirl bajet rock dan selekeh seperti gua ini, huehuehue ><

Oh ya, entri kali ni gua tidak menampilkan si Budak Roxx seperti lazimnya memandangkan dia tu free hair (bila entah nak bertaubat). Jadi gua tampilkan diri gua seniri, taraaaa! (menguap)

Sebagai seorang pengguna dan penggemar tudung jenis shawl dan bawal yang tegar, masalah berikut begitu sinonim dengan gua. Kenapa gua tak minat tudung-yang-pakai-sarung-gitu-aje? Alah tudung style Faridah/Arianim tuuu? Maaf, udah dicoba tapi gua kelihatannya seperti orang Indonesia bukk (so, big NO di situ).


Ye tuan puan sekalian, belilah seberapa banyak pun pin tudung, lama kelamaan akan susut jugak sedikit demi sedikit. Entah le sama ada disebat orang, terjatuh time berjalan, tertinggal kat toilet R&R, patah atau hilang begitu sahaja tanpa sepatah kata. Pernah gua beli sepapan pin kat Mydin akibat geram. Namun, lagi banyak gua beli, lagi cepat pin tu semua menghilangkan diri! Boleh disamakan seperti kaum lelaki yang selalu hilang butang baju melayu jugak lah lebih kurang..


Ini masalah lazim bagi pengguna bawal. Silap lipat, silap iron dan silap haribulan, memang tak menjadilah tudung gua. Bergulung-gulung, kembung, senget serupa roti canai. Puas ditiup, dilipat, dikelepet tapi takmo jugak dia jadi bentuk yang gua nak. Sudahnya gua give-up dan keluar cemtu je sambil berserah pada takdir semoga ada yang terpikat pada gua dan bukannya ke tudung, muahahah (sila boo gua sorang sikit).


*********

Arakian, begitulah adanya ceritera yang nak gua sampaikan kali ni. Sikit je? Cukuplah tu buat sekadar hiburan petang-petang. 

Please jangan cakap gua sorang je yang menghadapi masalah-masalah tersebut :3

Instrument Melukis Paling Efisyen

Ramai betul orang tanya gua lukis pakai apa, lukis pakai apa? Kalau gua jawab guna jari punn boleh karang kena benci sampai mati pulak. Jadi gua jawablah dengan berhemah tinngi: saya lukis pakai mouse menggunakan aplikasi Paint Tool SAI atau kadang Microsoft Paint.

Lukis pakai mouse?

Pernah jadi satu insiden kelakar berlatarbelakangkan kampung halaman gua. Sorang anak buah gua yang remaja tanya soklan yang sama dan gua spontan menjawab lukis pakai mouse yakni merjuk kepada mousepad laptop. Yelah, gua masih belum rasa nak beli lagi gajet-apekenamanya-tu-ntah yang boleh lukis-lukis di alam maya.

Tanpa gua sedar anak buah gua yang berusia 4 tahun berada kat belakang (mind you gua ada lapanbelas orang anak buah, muehe. Anak sendiri? Doakan gua dapat suami dulu).

Kemudian, terjadilah dialog di bawah:

"Ibuuuuu, nak mouse"
"Nak main komputer ke? Kakak kecik lagi laa"
"Bukan, nak mouse hidup"
"Ooo nak bela mouse? Eee geli lah. Hamster boleh?"
"Bukannnn, nak mouse jugak! Sebab tu kakak lukis tak cantik sebab kakak guna pensil, Chu lukis guna mouse!"
"????"

Dan gua tergelak besar kat situ jugak. Sorry Kak, gua dengan secara tak sengaja dah termerosakkan sel-sel otak anakmu yang sedang pesat berhubung.



 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape