Fuh, kenmain lama jugak gua bertapa cari ilham untuk entri kali ni. Gua telah diminta untuk menulis review sebuah buku yang gua tangkap dekat The Big Bad Wold Books sale itu hari.
Zeraroks. Review. BUKU.
This will be a total disaster.
Actually, gua telah disuruh oleh si Plain83 yang begitu curious dengan buku ini walaupun hanya ternampak kulit buku sipi-sipi je dalam gambar yang gua ambik. Bukunya bertajuk The Big Book of Gross Stuff (Buku Besar Mengenai Benda-Benda Jijik). Ok, pelik benar bunyinya dalam bahasa ibunda, maap ye zaman Uni dulu gua tak ambik course Terjemahan & Interpretasi, kuhkuh
Berbalik kepada permintaan Plain83 tadik, gua sebenarnya hampir-hampir abaikan je permintaan beliau tu. Tapi memandangkan gua ni comel dan berhemah tinggi gua cecuba jugak meriviu buku tersebut (di samping tadak idea nak tulis entri). Manalah tau kan tahap ke-curious-an beliau tu dah mencapai tahap tak lena tidur, tak basah mandi dan tak kenyang makan.
The Big Book of Gross Stuff (TBBOGS) merupakan salah satu dari koleksi buku non-fiction gua yang sangat funny dan full of amazing facts! Gross stuff (benda-benda jijik) ni seringkali dipandang enteng dan hina oleh masyarakat. Tapi ada banyak fakta menarik sebalik semua benda tu yang kita tak tau (yelah, tiap ciptaanNya mestilah bersebab). Buku ni mendedahkan banyak fakta menarik di sebalik setiap benda yang kita labelkan sebagai jijik yang berada di sekeliling kita.
Tengah gua belek buku ni masa baru beli haritu gua terperasan bahawa jacket buku ni adalah reversible yakni boleh diterbalikkan lalu boleh menyamar menjadi buku nota yang boleh dibawak ke kelas yang suram atau meeting yang muram, cool kan? (Ye ye Zyra, orang suruh lu review buku, bukan design buku). Oppsy.. Okey berbalik kepada kandungan buku TBBOGS. Mungkin ramai yang berkata, wadehekkk tulis buku fasal benda-benda jijik ni? Takde faedah! Salah salah salah! Sebenarnya (maaf cakap lah ye) buku ni lagi bagus dan berfaedah dari novel-novel Suami Gua Duduk Dalam Gua.
Buku ni pada gua boleh jadi satu pendekatan yang boleh diambik oleh individu yang jijik/geli tahap gaban dengan sesuatu benda. Sebab dalam psychology, salah satu cara untuk overcome atau mengatasi rasa geli geleman adalah dengan cara mendalami/memahami sifat 'benda' yang digeli kan tu. Dan buku ni jugak sangat sesuai buat mereka yang curious dan ingin tahu terhadap apa yang berlaku dengan persekitaran.
Dan lebih menarik lagi, penulisan buku ni sangat santai dan kelakar! Sesuai untuk seisi keluarga. Mungkin fakta-fakta ni pernah didokumentasikan dekat Discovery Channel atau saluran yang sama waktu dengannya tapi bagi gua membaca membuatkan kita lebih faham sebab ia seolah kita grab that cold hard facts.
Cara penulisan dia tu boleh lah gua katakan akan menghilangkan rasa mual yang lu rasa bila membaca. Contohnya time dia bercerita tentang uri (placenta) dalam bab kelahiran bayi. Dikatakan ada sesetengah keluarga yang bawak balik uri yang fresh dan dijadikan sup sebelum dimakan. Lepas tu penulis buat ayat:
"There might be a way for me to figure out WHY people do this, but I'm too busy throwing up right now to concentrate properly."
Seriously gua yang rasa mual time baca berkenaan 'makan uri' terus hilang rasa mual tu sebab tergelak dengan ayat beliau yang gua rasa cukup spontan. Kalau tak salah, dulu gua penah baca Tom Cruise makan uri anak dia. Gua tak tau apa motifnya. Mungkin untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu, anak dan ayah. LOL.
Kalau lu rasa bimbang bosan baca buku-buku ilmiah begini, jangan risau sebab TBBOGS ditulis seringkas mungkin dalam setiap perenggan. Dan boleh dikatakan setiap page ada Fakta Trivia menarik fasal sejarah-sejarah yang berkaitan dengan topik yang jugak sangat kelakar. Selain tu, ada jugak diselitkan ilustrasi yang dilukis untuk hilangkan rasa hambar tatap perkataan je kan. Pendek kata, isi kandungan buku ni sarat tapi tidak terlalu 'berat' dan melarat untuk bacaan seisi keluarga.
Secara jujurnya, gua dapat perspektif baru mengenai apa yang ada dalam badan kita yang kita consider sebagai satu perkara yang jijik macam: hingus, air kencing, poops, cacing kerawet, sendawa dsb. Dan yang paling penting gua kira, buku ni TAK BOSAN. Yelah lazimnya buku-buku yang bagi ilmu dan pengetahuan selalunya bosan dan hambar dan lu akan baca sambil berfikir bila lah nak habis, tapi dengan buku TBBOGS ni, lu akan terus selak dan selak page seterusnya and then lu akan be like: lah, dah habis ke? (Ceh, dah serupa promosi barang)
Hokay, tu je yang gua nak cakap fasal buku ni. Beria je gua review, tapi mana nak cari buku ni pun entah le. Setakat harini gua belum pernah jumpak lagi dekat kedai buku biasa. Mungkin kedai buku berprestij seperti Kinokuniya ada kot. Nak pinjam dekat gua? Sorry, gua dah ada banyak sejarah hitam fasal sistem pinjam meminjam ni, her her her.
Kalau gua cun serupa Fazura, gua mestilah akan cakap: "Saya suka, saya kasi empat bintang" sambil buat gaya manja gitu. Tapi memandangkan gua bukan dia gua hanya nak cakap
Gua harap Mr/Ms Plain83 berpuas hati dengan review di atas, kalau tak puas hati pun gua peduli hapa, hakhak!