Hey guys!
Harapan aku korang semua dah berjaya melakukan amal ibadat dengan khusyuk di bulan barakah ini. Apa yang berdebarnya dengan lebaran? Takde apa, cuma sedap didengar/dibaca.
Aku nak menulis sikit pasal persiapan raya aku dulu dan sekarang. Yelah, nak tulis minggu depan, dah hari raya. Siapa yang nak baca? Wahahahhha. In fact, aku haramkan korang buka blog aku di hari raya ni. Tolonglah minimakan penggunaan gajet dan maksimakan interaksi sesama umat. Simpan kejap rindu dendam korang kat blog ni *batuk keras
Kenapa kita selalu rasa raya dulu lagi meriah dan seronok dari raya sekarang? Adakah faktor umur dan persekitaran? Malam raya aku dulu happening bagi aku. Sebab..
Malam tulah nak pasang tirai..
Aku tak tahu kenapalah tak pasang seminggu awal, atau di awal ramadhan. Dan macam jadi tradisi kena pasang malam raya, kalau tak, kurang meriahnya. Memang meletihkan tapi sangat puas hati bila tengok hasil ruang tamu jadi kemas rapi menawan.
Aku tak suka pasangkan besi cangkuk kat tirai. Susah nak masuk satu hal, salah selang barisan satu hal yang lain pulak. Salah selang barisan boleh membawak kepada tirai jadi pendek tak sampai ke destinasi, atau terlebih lebar hingga sampai ke tingkap sebelah. The struggle is real. Kakak aku ambik pendekatan bijak dengan menulis SELANG 3 BARIS di atas tirai tu. Tapi struggle balik sebab kesan tulisan hilang lepas dibasuh.

Sekarang: Dah takda sapa nak rajin pasang tirai malam raya. Kakak aku awal lagi dah pasangkan. Hilang sikit meriahnya. Aneh, tugas yang sangat aku tak suka dulu, kini dirindui pula.
Malam tulah nak buat biskut terakhir..
Masa dulu panjang. Bukan aku mengarut tapi itu satu fakta. Masa semakin lama semakin singkat. Malam raya aku dulu lazimnya mesti ada paling kurang sejenis kuih dan kek yang akan dibakar. Seronok dia lain macam sambil buat sambil dengar lagu raya. Memang keesokan harinya tu para tetamu dihidangkan dengan freshly baked biscuit and cake.
Aku pulak dulu jenis tak senang duduk kalau jenis biskut sedikit. Paling koman mesti ada 5 jenis. Tu pun aku merengek dekat kakak suruh tambah lagi. Mesti ada 6 jenis ke atas. Sebab? Bukan tak nak kalah dengan jiran sebelah tapi bekas kuih raya ada enam bijik, aku tak suka tengok bekas kosong, haha.

Sekarang: Meh, sapa ada masa untuk semua tu? Semua biskut dan kek dah tersedia di dalam bungkusan..
Malam tulah nak habiskan menjahit baju raya..
Ini bukan aku, menjahit bukan bidang aku, tapi kakak aku. Dulu aku mana ada beli baju raya, semua kakak buat (kecuali baju raya kasual skirt, jeans, t-shirt lah). Pulak tu bukan baju kurung biasa, ada je dia bereksperimentasi dengan fesyen. Baju kebaya lah, kebarung, kebaya Johor dengan padanan kain yang memang menongkah arus fesyen semasa kat kampung aku masa tu. Seringkali jugak aku dipanggil oleh anak-anak dara kampung bila aku pergi beraya untuk meneliti busana raya pertama aku, hahaha bangga mak nak.
Keburukan buat sendiri ni, suka bertangguh. Agak cemas lah bila lagi seminggu nak raya tapi baju raya kau masih dalam bentuk kain ela, hahahah. Sedangkan rakan sepermainan lain dah enam kali try baju dan kasut raya memasing, fuh.

Sekarang: Kosser kakak nak menjahit baju untuk aku. Baju dia sendiri, suami dan anak-anak pun beli siap di kedai je sekarang.
Bagi aku, memang terasa beza sangat kemeriahan raya dulu dan sekarang. Dulu abang kakak memasing belum kahwin, rumah meriah. Sekarang, tinggal aku je belum kawin, maka aku sorang jelah yang beraya di kampung dengan sorang kakak dan dua anaknya. Siblings lain raya kedua/ketiga baru balik sebab beraya di rumah mertua memasing dulu. Takbir raya yang mendayu sure bring back memories with arwah ayah dan emak, dan abang sulung.. huhu.
Korang teka baju raya aku biru kan? Tahniah! Hahaha memang aku suka biru. Tapi dalam kes di atas, kaler biru kelihatannya seperti baju pengawas sekolah jadi aku pilih.. um.. lilac.
Korang teka baju raya aku biru kan? Tahniah! Hahaha memang aku suka biru. Tapi dalam kes di atas, kaler biru kelihatannya seperti baju pengawas sekolah jadi aku pilih.. um.. lilac.
Dan di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog Zyraroxx. Maaf sekiranya ada tulisan yang menggangu, walaupun awal-awal lagi aku dah warn kat atas blog 'read at your own risk' muakakaka. Selamat menyambut lebaran dengan yang tersayang tidak kira di mana anda berada. Buat yang bertugas di hari raya, terimalah salute dari saya. Dan sekali lagi aku nak ingatkan, kurangkan interaksi di media sosial, bersosial lah dengan sedara mara rakan taulan sepupu sepapat. Please disconnect to connect more, ewah dah macam iklan. Bencinya.
Pandu cermat, ingatlah orang tersayang