Sisi Positif

Heyyyy guyssss,

Remember me? Ngahaha (ketawa orang lupa diri).
Okay sebenarnya aku ada sangat banyak idea utuk blog. Tapi apa boleh buat, cemburu betul masa dengan aku. Nak korek hidung pun tak sempat.

Oh ya, selamat berpuasa kepada muslimin muslimat!
Harini aku nak cerita hal berkaitan Islamik sikit sempena bulan Ramadhan yang mulia.

Bulan lepas aku ke ibu negara atas urusan peribadi. Aku dan beberapa orang kawan ke sebuah mall terkemuka bagi menjalankan urusan tersebut. Tipikal weekend, manusia melimpah ruah luar dan dalam. Lalu tiba waktu zuhur bagi kawasan Kualau Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kami bergilir ke surau mall. Mashaallah manusia.. Ramai bangat. Setan pun bisik suruh qado je nanti balik rumah, hahahah.

Tapi walaupun ramai manusia, masih agak selesa solat di situ. Takde bau hanyir simen basah. Takde bau kepam telekung yang diguna pelbagai orang. Alhamdulillah itu pun aku dah syukur sangat! Selesai solat, kami pun kembali ke kafe tempat berurusan dengan riang. Pejam celik pejam celik dah sampai hujung-hujung waktu asar. Amboi lama betul urusan di situ sampai staff kafe pun menyampah agaknya.

Sekembali ke surau. Ya ampunn masih ramai dan berpusu orang dalam tu. Aku tergelak kecil bila dengar kawan aku cakap "memang orang datang sini untuk beribadat je ke?" Agaknya mereka pun macam kami, sedaya upaya usaikan solat asar sebelum berangkat keluar dari mall.

Kemudian kami ke sebuah lagi mall untuk meneruskan urusan. Sampai situ dah maghrib hujung-hujung. Terus ke surau dan.. Ya Allah lagi ramai dari tadi. Tak tau lah sebab kapasiti surau yang kecik atau apa tapi aku nyaris nak Clausthorophobia, hahahaha. Solat pun tak sempat aminkan doa orang dah mintak telekung.

Dalam menghadapi situasi di atas mestilah aku mengomel dalam hati juga secara zahir pada yang sudi mendengar. Tapi bila difikirkan semula pengalaman tu, aku jadi seronok.

Aku sepatutnya rasa seronok tatkala membuka pintu surau dan terlihat aku akan limpahan umat manusia yang beratur untuk berwudhuk.
Aku sepatutnya rasa seronok bila 'berebutkan kain telekung wakaf surau. 
Aku sepatutnya rasa seronok bila pakai tudung pun main agak je sebab cermin penuh dengan wajah-wajah para muslimat lain.
Sebab? 

Alhamdulillah masih ramai umat Islam yang memegang Lima Waktu. 
Tak lupa solat walau dalam kesibukkan metropolis. 
Tak lupa solat walau menjinjing beg kertas yang pelbagai.
Tak lupa solat walau masih belum tergerak hati menutup aurat dengan sempurna.
Tak lupa solat walau sedang spend time dengan buah hati pengarang jantung.

Jika ditakdirkan tiap surau kosong, aku pasti aku gembira waktu tu. Tapi aku rasa kegembiraan aku tu takkan bertahan lama..

Jadi guys, penuhkan lah setiap surau!! 

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape