Kisah Si Ikan Karin



Ahem2, pekabar semua? Sehat? Mata sehat tak? kalau sehat mohon baca entri aku, muehehe. Harini aku nak bercerita pasal kisah aku puluhan tahun nan silam, ceh rasa macam nenek kebayan pulak tuanya. Memandangkan entri kisah silam aku Kisah Si Parit-Parit dah banyak buat korang sedih, kali ni dan seterusnya aku takkan tulis yang sedih2 lagi. Childhood means something cheery and sweet, peh kemain aku speaking omputeh, main hentam cromok jep.

Padahal sebenarnya aku dah segan nak suruh makcik cleaner datang cuci blog aku ni, menjejel2 segala macam air korang kat sini, main2 calit2 je kan hingus korang kat dinding blog ni? Ok, sudah sudahla part jijiks. Lagi sekali aku nak cakap yang aku bukan typo tentang tajuk entri ni. Ya, ikan karin, bukan ikan kering mahupun Maya Karin. Eksheli, aku nak letak tajuk "Anak Ikan Maya Karin" sebenarnya, tapi mengenangkan yang aku ni takde duit untuk bayar saman nanti, hasrat tu ku matikan serta merta.

Jadah apa ikan karin ni? Dan yang pasti jugak beliau bukanlah blogger kaki tulis Ik Hanif, tetapi panggilan manja untuk Ikan Laga kat kampung aku. Tapasti pulak adakah panggilan ikan karin ni universal untuk wilayah utara. Korang mesti kenal kan ikan laga. Kalau tak kenal, sila duk tepi, sudah pasti zaman kanak2 korang amat membosankan, muehehe.
Aku dan Batman, si ikan karin yang paling hemsem pada zamannya.
Ok, aku tanak cerita pasal ikan karin yang dibeli kat kedai. Tak adventure, tak roxx, tak mantopp, tak halal, ehh. Aku nak cerita pasal ikan karin yang ditangkap hidup2, muahahaha cam ganas bunyiknya kan? Dah kuakui, aku memang berperangai jantan sikit time kecik dulu, maklumlah, pengaruh rakan sebaya, ehh. So, masuk keluar hutan tu perkara biasa. Perkara luar biasanya, apabila kakak pakaikan aku skirt pink secara paksa.

Selalunya kalau datang musim gila ikan karin, kawasan yang jadik tumpuan mestila kawasan paya yang ada pokok nipah. Pokok nipah pun tak tau? Nira nipah tau pulakk, ahh pi google jelah aku malas nak letak gambar :p Kat parit permainan aku pun ada jugak, tapi sangat rare lah nak dapat. Kalau kat celah pokok nipah memang ramai kaum kerabat ikan karin di situ. Mak aku cakap, maybe sebab celahan pokok nipah tu sejuk dan redup. Ikan karin ni tak berapa suka cahaya sangat kot, ala-ala vempire gittew.

Kebanggaan aku sampai sekarang adalah apabila aku tangkap ikan tu guna tangan je tanpa guna penyauk mahupun penapis. Pulak tu, dapat ikan karin jantan yang warnawarni. Pehhh bangga gila. Sampai sekarang idung aku kembang kempis mengenangkan detik2 cemas itu. Buat yang tak tau, ikan karin ni special sikit sebab kalau kena tangan maknusia, otomatik badannya akan jadik pucat lesi.

Nak kenal ikan karin kampuang ni senang je. Yang gelap jantan, dan yang cerah betina (biasanya kaler coklat) yang betina tak menarik, tak cantik, tak seksi, ehh. Kira berlawanan lah dengan fitrah manusia sebab ikan ni yang jantan yang cantik, awwww. Ok, dekat-dekat dengan rumah aku dulu ada satu asrama pompuan. So ada lah 2 3 pat lima orang yang nak jadikan aku adik angkat mereka2. Tak pasti motip mereka, adakah sebab kecomelan aku ataupun saja nak ngorat abang aku, muehehe.

Aku bukan ambik port sangat sistem angkat-berangkat ni, aku dah ada pat orang abang dan pat orang kakak, sesungguhnya aku da lemas dalam kasih sayang abangkakak, muehehe. Penah jugakla dorang joing aku pi tangkap ikan karin. Dorang tangkap tak? Puii, haremmm, baru di tackle pacat dah terjerit2 cam kena rasuk. Kerja aku pun tak jadi sebab kejap2 kena buangkan pacat untuk dorang. Hampeh.

Gaya aku mendera pacat yang tak bersalah
Sebab boring dan tension tadapat tangkap ikan, aku main2 pacat tu, aku gentel2, tarik2 pastu campak ke dalam paya. Mau aje aku campak ke dalam mulut kakak2 tu yang terjerit2, tapi takut jahanam anak dara orang  pulak karang, muehehe. Eh tetiba rindu la pulak nak nengok pacat. Balik kampuang itu hari, ada jugak ngintai2 dalam semak, tapi tadak pong, dah berhijrah ke bandar kot.

Memang tersenyum puas bila usha deretan balang horlicks yang mengadungi hasil-hasil tangkapan aku, pehh rasa cam nelayan pulak. Oh ya, aku cukup suka guna balang horlicks atau nescafe untuk wat aquarium ikan2 tu, ntah lah kenapa. Maybe sebab balang tu kaca kot, atau sebab aku tak minum dua jenis minuman tu, muehehe. Pastu diantara balang2 tu aku letakkan kadbord atau2 apa2 penghadang tak kasi they all stare at each other gittew. Motipnya takot nanti mati pulak asyik nak berlaga je 24 jam.

Aktiviti turun ke dalam bendang/sawah pun ada jugak. Bukan untuk cari ikan, cari ikan tu musim lain. Ni turun untuk kutip lumut atau rumpai air yang cantik untuk jadik hiasan dalam balang ikan karin. Tak main la yang plastik2 ok, tak neutral beauty gitu. Aku jenguk gak ke dalam bendang balik haritu, tapi tak nampak batang hidung rumpai pun. Maybe dah makeover jadik benda lain kot, muehehe.

Batman, ikan karin kesayangan aku tu suka mencekik nyamuk. So memalam time tengok t.v, aku bawak dia letak kat sebelah aku. Sambil nonton aku tampar nyamuk2 yang hinggap dan campak ke dalam balang Batman, ngap2 dia telan. Sampai tidur pun aku nak bawak Batman, tapi jelingan tajam dari mak membantutkan napsu, karang tumpah, basah tilam aku nak tido mana pulak, hewhewhew :3

Ahh dah panjang macam karangan budak sekolah peralihan dah entri ni. Takmo korang boring, nanti aku sharing2 lagi yep. Buat yang childhood macam aku, korang memang osemmm! :p
  

Kisah Si Parit-Parit


Hi semua! (yelah hai lah kau sesorang tetengah malamni) Ahh tak kisah la sebab aku dah lemas dalam kenangan ni. Peh, ayat tangkap leleh seketoi. Sila harap maklom bahawasanya tajuk di atas bukanlah typo (apa ingat aku gegel sangat ke sampai nak 2 kali typo :p)

Eh macam banyak je parit yang nak aku ceritakan ni. Sebenarnya satu je, saja aku gandakan kasi cantik ala pari-pari. Ok, mengarut sudah. Tak kisahlah yang pasti malam2 minngu nan syahdu ni aku tetiba teringat kat parit sebelah rumah aku kat kampung.

Jangan nak memacam, parit tu bukan longkang ok, ia satu sistem saliran air dari sawah. Takde taik kat situ. Air dia sejernih jeram atau air terjun, tapi tak lah sejuk sangat, ikut keadaan. Tengahari rasa suam2 gitu. Memang aku selalu lah lepak situ. Nak2 pulak musim hujan sikit kaan pehh air makin banyak sampai melimpah2 ke ladang jagung. Tapi tak sebahaya sungai, kiranya parit ni mesra bebudak dan manja2 gitu (parit manja? pelik2 lah kau ni zyra).

Air dia memang jernih habaq hang. Memang nampak segala macam batu kat bawah. Anak2 ikan tengah bergumbira pun boleh nampak. Kadang boring aku duduk sambil celup kaki ke dalam air, best je rasa anak2 ikan bergesel dengan kaki. Pernah sekali abang aku tercicir duit syiling, berterabur semua dalam parit. Selamba je boleh kutip macam terabur atas jalan. Kalau kat parit bandar? Jangan haraplah, nak sentuh air tu pun aku akan fikir patbelasratus kali.

Parit tu jugaklah tempat aku dan kengkawan main lawan sampan. Malas nak buat sampan pakai kertas, kitorang pakai daun, bunga atau apa2 je yang ringan dan terapung. Bersorak riuh rendah suruh "sampan" memasing laju. Paling celaka bila sampan tersangkut ke ranting dan kena tinggal jauh, huuu. Aku suka guna bunga seroja yang dikutip kat tepi parit, wangi, laju.




Bukan aku je yang teruja dengan parit ni bebudak lain kat kampung aku pun sama. Kiranya jadik port bebudak melepak dan mempraktikalkan kenakalan memasing. Teringat lagi trick aku untuk berenang dulu. Aku sengaja basahkan sikit baju atau seluar yang dipakai kendian pergi gtau mak aku yang aku da basah dan mak aku pun cakap "hmm dah basah pi la main terus".

Ahhhh betapa nikmatnya sebaris ayat tu bagi aku dulu. Apalagi, yippi agriba2 andre2 lah aku berlari terkedek2 terjun ke dalam parit bersama2 kengkawan yang "terbasah" jugak. Tapi trick tu tak selalunya menjadi, huhu kengkadang mak aku pun da naik fedap. Mana taknya, asyik kena basuh baju berbaldi2 gara2 aku, huu. Paling best musim hujan lah (macam ayat ulangan je) sebab banyak anak2 ikan yang berpesta.

Aku and the geng pun turut sama berpesta menyauk ikan. Habis penapis santan mak aku diseludup untuk sauk ikan. Ada anak ikan bulan, ikan temberas. Paling osem kalau tersauk anak ikan haruan yang kaler merah, pehhh bangga wooo boleh cakap besar dengan kengkawan. Dapat anak puyu pun ok, comel je ^__^ Dan musim hujan jugaklah mak aku tak menang tangan berleter, asyik main je 24 jam satu keja apa punn tak buat. Tension dia dapat anak pompuan tapi berperangai agak jantan, huu.  Tahan jugaklah telinga dibebel, mujur ada ayah tolong bekap :p

Pernah sekali Tok Pah, jiran tetangga aku meletak ranting buluh yang berceracak ke dalam parit, motipnya tak bagi bebudak berenang. Risau sangat cucu dia asyik berenang, takut lemas. Time tu, aku tarik muka lapanbelas. Potong stim beteilah! Tapi petang tu, abang2 yang agak senior dari aku datang dan alihkan sebab diorang pun nak berenang, hoyehh! Waktu tu, aku rasa macam diorang lah manusia paling gagah, segagah Superman :p

*****

Harini ni, parit tu dah tak macam dulu. Dah tak mengalir manja, dah tak dihirau orang lalu lalang. Dah tak dihiraukan oleh aku jugak... Kata orang lama: tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Maaf parit, kengkadang aku pun jadik macam orang lalu lalang tu, megah melintas engkau tanpa sikitpun menjeling, sibuk dihanyut arus kemodenan dan tak betah lagi diapung manja oleh kau parit.

Makin hari makin kontang. Sekarang hanya tinggal dedaun kering mereput di dasar engkau yang pernah jadik tempat bermain sang ikan. Kampung aku tak lah pulak ada kemajuan yang pesat sampai terjejas ekosistem. Entah, kengkadang aku terfikir, mungkin parit kontang merajuk sendiri sebab dah tak dapat kasih dan perhatian bebudak kampung. Budak sekarang dah tak perlu parit untuk main. Sekarang ada Facebook, Twitter, PSP, takkan setanding parit.

Lama aku termangu di tepian parit hari itu. Bagai melawat kawan lama yang dah lama tak jumpa, padahal selalu je aku lalu situ. Segala macam kenangan aku diparit terapung2 di permukaannya yang sepi. Deruman motor mat rempit bawah umur mengejutkan aku dari lamunan panjang. Mengeluh, aku bangun. Sebelum berlalu sempat ku bisik ke parit: "kita semakin tua", bunga seroja di tangan ku campak ke dadanya yang kosong.

P/S: Lupa nak pesan, mohon baca sambil dengar lagu 'Sungai Lui' by Aizat Amdan
  

Paper Bag Yang Ohsem!



Haip, tetengah hari buta yang panas terik ni kan, aku terasa nak post entri pulak. Berdedikasi tak aku? Orang tingin nak minum air kelapa dara muda, aku pulak terasa nak post entri, bangga2. Kembang kempis idung penyek aku ni. Okay tapayah teruja sangat, kali ni takde contengan kartun seperti selalu (eceh, ayat bajet2 hot setap)

Well, hujung2 bulan ni pepaham jelah kaaan, gaji sedang mengalir masuk dengan lemah gemalainya uolsss, yang setadi tu tayah kelam kabut pi cek akaun okeng. Bila gaji masuk ni memasing sibuk nak bersopim-mopim sampai pingsan kat eskelator. Yang kaya dengan paper bag berjejel sampai tercicir, yang miskin dok tepi makan eskrem (aku lettew).

Aku tertarik dengan paper bag yang menarik tertarik kau memang debom macam senarai di bawah ni. Siyes kretip tahap mentibang laut. Sayangnya menda2 cenggini bertuah sangat pun nak wujud kat Malaysia, mohon sesapa jadi perintis sat.

Untuk pencinta hewan mahupun yang foreberalone tadak tangan sapa nak pegang time jenjalan. Molek sangat lah paper bag ni kiranya dijadikan item perlu dalam list korang, ehehehek. Eh yang ni tak barapa nak kretip sangtlah, suam2 kuku beruang je ni :p

Muehehehe gerenti jejantan yang bajet2 tuff dan macho suka kan kan kan, pehh badan keding pun takpelah asal dapat bawak beg ni gi sopim, kunun2 nampak macho dan hebat. Kalah eron azis nokkk :p Kalau yang pepuan2 bawak ni gerenti tadak jantans berani dekat, takot dihempok ngan dumbell, iashh kes naya ni. Tapi bagus untuk mengaburi mata2 peragut dan perogol bersiri.

Perghhh, tak cukup dengan dumbell jep kam, tu belum ganas lagi tu, belum bole joing yakuza. Yang ni baru ganas. Sesilap haribulan bole dibawa ke lokap barang semalam dua sebab tayang senjata api merata-rata, muehehehe. Kalau bawak beg ni gi sopim, sudah pasti dan gerenti akak-akak promoter pakaian dalam takut nak dekat.

Okey, sedah2 lah nampak ganaih kemain tuu, sesekali bawak2 la jadik pempuan lemah lembut yang gemalai yang penuh bersifat keibuan. Bawak beg ni gi sopim memang sah sah lah tadak yang nak ngorat kan, nampak sangat bini orang, tak pun janda anak nambelas. Yang bawak anak tu, jejaga sama, kang ingat pegang tangan anak padahal anak lesap tah memana :p

Bhahahhaha cam kelakar pun ada paper bag ni kan. Agak yang panas baran tu bole aje bawak beg ni,  kunun2 melepas geram kat atas kepala orang. Peh, best2 bole luku kepala orang selama mana yang korang mahukan :p Ganas jugak penampilan beg ni, ce korang kombainkan bawak beg dumbell tadik dengan yang pegang pistol dengan yang ni, perghhhhh! Gelenti tadak olang mau dekat maaaa, yakuza abess wa cakap luu.

Ahem ahhhemm, yang ni aku paling berkenaaaaaan sangat. Memang yang paling kretip dan inovatip dan encik latip. Rerasanya penah nampak paper beg DiGi buat stail ala2 cenggini dengan makhluk kuning tu yang bergayutan kunun2. 

Ahh setakat tu jelah dulu diskeveri chenel aku untuk hari ni. Tetiba pulak hasrat nak mengabihkan duit tu datang mencurah ke ladang gandum. Tolong tolong! Tolong seret aku ke alam nyata, jangan biarkan aku lemas dalam pemborosan (ngancam tak ayat puitis aku?) 

P/S: Dulu pernah buat koleksi paper bag, trimas encik anai2 sebab perabihkan semua koleksi aku hingga ke cebisan yang terakhir 
  

Main Atau Dipermainkan?



Hi uolls, miss me? Ngaku jelahhh aku tau memasing rindu aku kan? muehehehe. Ok foine2, tak perlu nak terkam dan peluk cium aku sangat ok? Tetiba malam ni aku teringat kisah2 silam. Haip, bukan kisah percintaan zaman silam okeng tetapi tentang game. Ya, game, permainan. Pemuhung kuat lah kalau ada antara korang2 semua ni yang tapenah maen game. Paling cikai pun mesti penah maen game bricks kan? kan? Ngaku cepat! Muehehehe.

Suatu ketika dulu kan, ahh hebat kan intro aku? Aku penah ketagih tahap gaban degan game Farmville di Facebook. Ya, game bercucuk tanam yang tak pernah mengeluarkan peluh aku kecuali bahagian ketiak, muehehehe. Sampai satu tahap, aku pergi ke cyber cafe bila tenet umah problem, semata2 untuk pastikan ladang aku terbela, haaaaaaaaaaaaa dasat kan? Semata untuk ladang ok, aku tak amek kisah pun pasal post2 yang lain melainkan post Farmville semata. Peh, gila jugak aku dulu, muehehe.

Menjadi satu kebanggaan bila dapat menatang yang rare di ladang. Boleh dikatakan aku refresh wall post tiap pat saat untuk pastikan haku tak termiss menatang2 yang rare untuk di adopt. Memang gila tahap ketagihan aku ni sampai semua pusat pemulihan reject permohonan aku, sadis2. Memang gila bengang bila dalam dok refresh tu pun ada jugak termiss menatang, fuh ada org lain yang lagi laju dari aku ropanya, cis! 



Kengkadang tu laptop aku jadikk mangsa lepas geram, sib baek tahan lasak. Huish memang tak terkawal time ketagihan melanda. Kenapa aku berenti bercucuk tanam? Aku stop setelah dinasihatkan oleh pakar sakit puan aku yang mengatakan bercucuk tanam ni boleh menggangu sistem reproduksi aku nanti. Peh peh, hebat tak aku punya alasan? Muehehehehe, aloh innocent benar kalau caya alasang tu. Tadelah, aku stop sebab stress sangat, tiap hari nak kena maintain ladang. So aku block Farmville dari aplikasi abes cerita, dan aku tak penah lagi maen game2 lain selepas tu kecuali Draw My Thing. Hohohoho.

Kendian, bila ada fong yang agak2 canggih sikit, mula main Angry Birds pulak. Maklumlah kaaan, tengah musim. Aku memang maen kat fon je sebab tak reti nak maen dekat laen, muehehee. Bila maen game ni, mak aihh stress aku. Memang buat aku angry abes cam nak hempok2 fon ke meja makan. Tapi mengenangkan fon tu harganya bukan sekupang dua, aku matikan hasrat nak menghempok. Sudahnya, aku poke2 orang di FB untuk hilangkan bosan :p

Memang sangat menyakitkan hati bila tengok babi hijau tu tak mampos2. Ehh siap boleh sengih2 lagi kat aku sebelum game over, walaupun muka dah lebam2. Huwarghhhh! memang rasa kena troll habis-habisang dengan natang ni! 



Ahhh memang memerlukan kesabaran yang tinggilah kan maen natang ni, betul2 menguji jatidiri aku. Sudahnya, aku download segalam macam jenis game Angry Birds, dan segala macam jenis game tu jugaklah ditinggal camtu je tanpa satu game pun finish level, muehehe. 

Tapi bagi aku, semua game memang stress, depends kepada tahap yang kita nak lah kan. Takmo stress2, maen je anak patung sorang dalam bilik. Tapi game sepatutnya menggembirakan hati, bukan kasik kita susah hati kan kan? Game bagus untuk uji minda dan kesabaran, tapi amat tak bagus bila korang yang kena 'game' dengan game tu ataupun bila korang 'game' kan orang, muehehehe.

P/S: Maen game tradisi jugak yang best! 
  

Jangan Rindu Daku



Ehem ehem, pemberitahuan. Blog ini akan di hapdet semula pada hari Senin (bajet macam ramai sangat teruja ke sini) So mohon jangan rindu sangat ke aku ni, maklomla kalau sehari tanampak tapak kaki aku kat shoutbox kamu kamu, tak lengkap hari korang kan? :p

Sebab? Oh tidakkk tidakk bukan sebab aku merajuk, jauh sekali nak givap berblog (sorry anon)

Sebenarnya kan, sebenarnya kaaannnn... alah blushing (ok, gedik tak hengat)

Sebabnya ehh aku nak pi bercuti-cuti cinta, eh Malaysia :)



Sedang dalam proses pembikinan.

Sepanjang pemergianku ini, sesapa yang singgah tu tolong la tengokkan2 blog ni eh, mana2 nampak sampah tu ce sapu2 sikit, ayam itik tolong bagi makan :p

Kalau jejak tak berbalas, harap maklong. Aku dah gitau ni kan yang aku away pi berjimba??? (bukan marah, sayangggg :p) InsyaAllah kalau aku idop lagi pas bercuti, akan ku jejak korang satu persatu hingga ke lubang cacing. Bagi yang tinggal link yang bukan2, sorry, aku takpenah klik pun sebab aku tau mana yang real dan mana yang pemuhung kuat :p


P/S: Trimas kepada yang terus menyokong, aku sayang korang (tacing)
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape