Kisah Jari Telunjuk

Podiaa podiaa??

Jari telunjuk pun nak jadi kisah ke? Dah macam pengarah pilem yang ketandusan idea nak buat pilem je kan gua ni, dush dush!

Gua bizi dengan urusan rumahtanggabatu semejak dua menjak ni so gua bizi. Dalam bizi mana nak terbitnya idea nak buat entri kaw-kaw yang canggih manggih *sedih*

Tapi gua pablish jugak lah entri ni sebagai pengubat rindu peminat gua *ayat bajet retis buat album baru hadiah ke peminat*

Dalam cerita kalini gua hanya nak menampilkan zyraroxx dalam beberapa versi, almaklumlah kurang bajet nak nambah banyak-banyak watak dan pelakon tambahan, hiks.

versi malas tahap cacing kerawet



versi control ayu dan bambam

versi pudina segar

versi designer, kahkahkahkah k

versi taleh blah, zyraroxx dah besar *sobs* :')



Eksheli cerita gua diatas dihasilkan melalui tablet gua time takdak keja di opis. Setakat bulan ni jelah kot takda kerjanya, bulan depan memang macam lipas kudung lah gua, sobs sobss. June, keep away from meh!


Nah, watak utama si jari telunjuk yang punya kerja buat pelbagai versi zyraroxx. Harap masa mendatang lagi pawer lagi jari telunjuk gua hasil dari dakwat blueblack, auchh!

Lu nak pawer? celuplah jari dalam dakwat jugekkkkk, kehkehkeh! Sapa politikkan gambaq gua, gua sepak.

Ada Apa Dalam Handbag Anda?

Ini bukan macam kisah Ada Apa Dengan Cinta, takyah nak teruja sangat, kehkeh.

Gua tertarik dengan sebuah blog bernama Tangan Punya Kerja ni, dia punya ilustrasi sungguh memikat hati sanubari gua ini, lukis pakai apatu? Hiks.

Dan gua jugak berbesar hati dan pankreas nak join segmen yang dianjurkan oleh beliau memandangkan segmennya lain dari yang lain dan bernilai estetika tinggi. Yang penting, tak menyusahkan gua untuk klik itu ini sampai rosak mousepad gua.
Inilah henbeg beliau, comels 
(sila 'ragut' henbeg ini untuk join segmen)


Takyah cakap banyak, jom kita pergi menjelajah menelusuri masa ke ruang dimensi henbeg gua. Gua ada beberapa ketul henbag sebenarnya, jadi gua pilih yang gua selalu bawak dan boleh jadi henbeg kesayangan kot sebab beliau merupakan henbeg yang tertua. 


Inilah beg yang gua maksudkan. Hampir tiga tahun beliau berbakti dan memberi keyakinan tatkala melangkah kaki, atoddia ayat. Benda-benda berikut merupakan yang wajib ada dalam beg, even bila tukar beg pun mereka pasti dipunggah sama. Setelah ditapis segala resit dan sampah sarap, mai skodeng apa yang ada:


1. Purse

Yang ini haruslah wajib. Kang tak pepasal jadi warga asing dan kena mintak sedekah, kuhkuh. setakat ni gua masih tak penah terlupa bawak. Tapi pernah hampir tertinggal dekat celah-celah longgokan baju di supermarket, phew!

2. Kunci

Gua pernah tertinggal kunci dalam bilik dan dengan slumber rocknya pi tekan kunci sebelum keluar. Alamatnya, terpaksa jadik McGyver tak bertauliah sebentar dengan memecahkan dan tukar tombol kunci baru dengan SENDIRI, wah megahnya bila boleh buat kerja jantan. Semenjak itu, kunci, beg dan gua tidak lagi dapat dipisahkan.


3. Phone

Gua rasa menatang ni buat ada-ada je, just in case. Bukan selalu gua guna pun. Kadang-kadang termati cenggitu je dalam beg sebab kehabiasan bekalan bateri, kesian beliau.

4. Tablet

Menatang ni lah punca phone gua terabai. Sibuk dok LINE, WeChat, Whatsapp bagai dalam ni haa, luas sikit mata memandang. Kadang boleh jugak sketching lukisan bila bosan tahap gaban.




5. Mekap

Wahh ayu gittewww. Biasa, keterampilan harus dijaga. Kahkah! Tapi gua bukan jenis yang tacap mekap tiap 38 minit. Memang depa selalu berada dalam beg sebab gua jenis mekap dalam kereta tetiap pagi dekat parking lot, kuhkuh mengejar masa lah sangat.

6. Ubat Kecemasan

Kemahen lah kecemasan kan. Kira cemas lah jugak bila tetiba terasa jerawat mula nak berputik kan, baik gua 'siram' dengan racun sesiap sebelum ia berkembang mekar. Tiger balm pulak sangat membantu saat headache datang mengintai tatkala melayan karenah bos dan client.

Muehehe, itu saja lah kot benda penting yang tak boleh termiss dari dalam henbeg. Oh ya, ada lagi iaitu kabel USB merangkap pengecas gajet dan jugak snek ringan (malas nak lukis, dush dush!)

Apa pulak menda yang ada dalam beg ampa? Takdak henbeg? Beg galas pun boleh, kalau takdak jugak beg plastik punnn boleh. Yang penting jomlah join reramai kasi meriah ini segmen, oh ya, tarikh luput segmen ni adalah pada 10 Mei 2013, sempat lagi tuuuu. ok, tata!

jom balik kampung pergi mengundi

Calon Bebas PRU 13

Busy busy busy busy busy busy busy busy busy busy suby busy bsuy busy buys busy!

Kemahen taip busy banyak-banyak tanpa kopipes, abaikan je andai ada taipo, tak larat dah nak ikut tempo. Ewah dah macam syair pulak rentaknya.

Busynya bukan main-main, hampir lupa bahawa gua mempunyai seorang blog yang ketandusan kasih sayang, pergh! Nasib beliau tak menjadi remaja liar. 

Kesibukkan gua ini bolehlah dikatakan setanding pak menteri, ehh lebih lagi bizi rasanya dari menteri kebudayaan sebab gua merupakan calon acara bebas PRU-13. So sekarang nampak tak betapa bizinya diri ini mempromosikan diri gua supaya meraih undi berketul-ketul. 

Gua teringat blog ni pun sebab tengah pening nak pikirkan idea cemana nak berkempen. Dekat Facebook dah, siap bertikam lidah lagi penyokong-penyokong gua dengan penyokong parti lain. Dekat Twitter pun sudah, favourite dan retweetnya dah cecah ribu-ribu kali. Instagram jangan cakaplah, sampaikan penduduk Yugoslavia pun terus follow gua disebabkan idea gua yang bernas.

Undilah demi kesejahteraan bersama gituuuuu

Oleh itu, dikesempatan ini yang sememangnya gua sengaja ambik kesempatan, gua nak umumkan manifiesta, err manifesto parti ZyraRoxx untuk tatapan dan rujukan tuan/puan:

1. Andai ZyraRoxx diberi peluang mentadbir, gua akan pastikan hidup lu orang semua terjamain dari segi kecomelan, takda yang terkecuali, semua comel-comel belaka. Hatta jamban tuan/puan sekalipun bakal dicomelkan.

2. Jika Zyraroxx diberi mandat oleh lu orang pada kali ini, gua akan pastikan tiada lagi iklan-iklan cegampang di chatbox, shoutbox, atau box-box lu orang yang lainnya melainkan komen-komen yang rasional dan berhemah sahaja.

3. Gua jugak akan pastikan traffic blog lu orang naik mencanak-canak bagaikan napsu anjing yang tertelan viagra, ini sebuah janji! 

4. Pilihlah Zyraroxx kerana hanya gua yang dapat menjamin bahawa lu orang akan mendapat bayaran DUA kali ganda dari Nuffnang, ChurpChurp, Says dan sebagainya, setimpal dengan usaha lu orang menghapdet bloh tetiap hari.

5. Zyraroxx sangat prihatin akan masalah lu orang yang susah untuk mendapatkan likers, subscribers, followers. Usah gusar, beri sahaja mandat kepada gua, nescaya lu akan tengok sendiri hasilanya dalam tempoh sepenggal pemerintahan gua.


Demikianlah manifesto gua yang bersifat padat dan realistik. Gua rasa setakat itulah dahulu entri gua untuk kali ini sebab masa gua sekarang sungguh suntuk, tinggal berapa hari je lagi sebelum PRU. Nebes woiii nebesssss!

Akhir kata, gua merayu pada lu orang supaya ngundi lah gua pada PRU nanti untuk kebajikan dan kelestarian hidup lu semua, kbai.

Dah dah dah, gua nak pi sambung berkempen.

 
Copyright© ZyraRoxx Inc. 2011 All Rights Reserved