Kerap kali kau fikir begitu.
Sifat kau yang over-thinking pula mengeruhkan lagi keadaan. Di samping negative thoughts yang sering berlegar-legar di minda.
Jadi kau pun mula berperasangka buruk dengan Tuhan. Oh kau banyak sangat dosa, lalu Tuhan pun macam malas-malas nak layan permintaan kau yang bukan sedikit itu.
Cuba kau renung semula:
Kau pernah menghadapai masalah kerja yang kau anggap maha besar, terlalu hebat seolah takkan mampu untuk diselesaikan tanpa pengakhiran yang buruk. Kau buntu. Namun akhirnya semuanya berjalan lancar. Masalah selesai. Malah kau pun hampir lupa akan peristiwa tersebut.
Bukankah kau tak pernah putus berdoa;
Ya Allah kau permudahkanlah urusanku di dunia juga di akhirat?
Ingat lagi tak kerana sifat boros kau dulu kau terpaksa bergantung kepada RM20.00 untuk hidup selama seminggu di bandar raya. Kau menghela nafas lega bila diberi upah untuk melukis dengan bayaran RM30.00 sekeping.
Bukankah salah satu doa kau adalah;
Ya Allah ya tuhanku, kau murahkanlah rezekiku?
Dan yang paling kau takkan lupa adalah di mana kau nyaris menjadi mangsa kemalangan jalan raya jika kau terlewat melalui jalan itu selama 3 saat. Kau menghela nafas lega dalam gamam.
Bukankah di pengakhiran doa-doa kau ada menyebut;
Ya Allah, kau lindungilah aku dari malapetaka dan kesulitan?
Jadi, masih menganggap doa-doa kau tak pernah diterima Tuhan? Belajar bersyukur. Mungkin dengan itu kau lebih bersedia untuk menerima doa-doa yang masih belum dimakbul.
Sumber gambar: About Islam |
Ehem.
Ini aku sedang bercakap dengan diri sendiri. Korang jangan nak perasan sangat.
Chill,
Zyra
tersentap gak kita baca..hee..peringatan yg sgt bagus utk dri..:)
ReplyDeleteSaya doakan semoga Zy sentiasa dipermudahkan urusan, dipermurahkan rezeki dan dilindungi dari segala kesulitan dan malapetaka.
ReplyDeletealhamdulillah ya Allah.. aminn
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan .. Aminnn
ReplyDeletehai kak . ingt ain lagi ? haha /. lama gile taak on blog
ReplyDeleteSalam kenal saya dari gacorteros.com, saya telah membaca artikel yang Anda tuliskan ini dan saya terkesan. saya harap anda selalu diberikan kemudahan dalam hidupmu dan jangan menyerah, karena tuhan pasti memiliki rencana yang lebih indah :)
ReplyDeleteWow, kematangan fikiran..! Benar.. Semoga urusan hang dipermudahkan segala-galanya, Zy. Amiin..
ReplyDeletethanks atas peringatan, btw, kita follow ye
ReplyDeletecanlı sex hattı
ReplyDeletejigolo arayan bayanlar
CİL
Thanks great bloog post
ReplyDeletedatang dari masa depan. hahaha... tertiba teringat nama blog ni and tgglkan komen.
ReplyDelete