Homework Dulu & La Ni


Peeps oh peeps oh gojes peeps! Hihihihi hamboih amek hati nampak.. Ala tak hingin la hati yu olls, baik amik hati ayam wat masak kicap. Tengah terbongkang pandang siling tadi aku tetiba teringat kisah-kisah silam zaman di kerusi sekolah dulu. Hahaha cam tua sangat aku kan? Padahal umur baru 15 tahun. Teettt!! Nextttt..

Dulu time wat homework aku mesti bertemankan radio. Takda MP3, iPod semua bagai weyyy, aku bukan orang senang.  Sambil dengar lagu sambil menulis dengan gigih dengan pen kaler-kaler (besok nak compare dengan member kamceng). Hahahah selalu merengek ''Makkkkkkk nak tidoq'', bosan gila kot wat homework yang tak mencabar minda iaitu salin dari buku teks. Ataupun sekarang ni dikenali sebagai copy n' paste. Mak aku dengan sabar menjawab: ''Habiskan kerja dulu baru lena tidoq nanti''

So aku pun teruskan menulis sampai krem tangan, dalam hati menyumpah kenapa la cikgu tak kasik fotostet aje! Eee eeee eeee makin dalam tekanan tulisan sampai boleh jadi tulisan braile kalau diraba-raba dari belakang, ngeeee! Pastu pulak tension time nak wat esei. Aduuu sakit kepala bila nak buat mukadimahnya. Habis mundar mandir macam Pak Pandir yang kematian isteri. Err.. Sekarang? Tanya je Encik Google! Dalam masa 0.00054 saat, siap!!



Aku rasa dengki lah pulak kat budak-budak sekarang aaaaa dengki dengki, berdaki-daki dengki aku ni. Dah lah ada henphone, MP3, Laptop, PC, PS 2, iPad, petik je dapat, pastu keja sekolah suka hati je nak buat ke tak. Kalau cikgu marah boleh gitau mak ayah, boleh saman menyaman cikgu, boleh masuk paper Metro. Glemer kejap pulak lagi tu haaaaaa, jeles jeles kejelesang terlampau!

Tapi aku bangga weh! Aku bangga sebab berjaya dari hasil usaha gigih aku selama ni. So aku tak heran bebudak sekarang ni dok komplen kerja banyak lah susah lah. Oh puh-leeeease... Korang hidup zaman copy paste dan internet so jangan nak wat muka kesian dekat aku. Muahahahaha.

p/s: Sila hormati cikgu dan cikgu sila hormati anak murid, jangan maciam-maciam boleh?
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape